24 December 2011

Hear me out Santa Claus!

aku ni, lepas satu barang nak barang lain pulak. ape nak jadi najwa oii. hang ingat hang kaya sangat ke najwa. hang pikiaq hang tadah tangan sikit teghuih org nk huloq duit sekepal dua ka? aku ni duit dalam tabung haji dah tinggal sedikit dek pergi ke UK suatu masa dolu. yaa people. i use my own money! mama ada laa tambah sikit, tapi pokok pangkalnye, duit AKU yg amat kucintai tuuu turut dikorbankan!!! i'm so sorry sayang ku *setitis mutiara berguguran jatuh ke bumi

waaahhh gitewww. adakah ini kesan pembacaan novel yang berpanjangan? wohoooo! kayak seorang sasterawan gitu!!

move on..



skang ni aku dok mengidam nak iphone 4s. wah kauuuu. mengidam nak yang paling canggih aje! bio le, alang alang nak beli iphone, beli le yg paling latest, tak ke gitu?? *wak luu



kalau bukan iphone pon, mungkin blackberry 9900. tapi aku rase aku tak sesuai pakai blackberry. tapi kalau dah di offer, tak menjadi sebarang masalah.

ok next is, i want a DSLR.

then maybe i want a converse sneakers, or a puma sneakers. tadi cenghitenye, aku pergi midvalley dengan aisyah. sesak tak sesak hang jangan persoalkan. dah macam gaya jemaah haji menunaikan haji pon ada dekat mid valley tu. mungkin kurang sikit la, aku hiperbola lebih. hahahahaha. pastu, kitorang dalam misi nak mencari sportshoes untuk aisyah. duit yg dibekalkan hanya RM200. mula mula aku yakin, mesti boleh jumpa punya sportshoes RM200 kebawah sebab sekarang kan sale krismasu. rupa rupanya, meleset skali sangkaan aku. semua kasut nak RM229 keatas aje!
WOWOWOWOW sexxayyy!!!


time dok cari kasut ade laa jumpa kasut puma yang bergaya. fuuhh kaler kuning+hijau. meletops you. serat lebih harganya. jadi kami hanya melihat dan mengaguminya dari jauh sahaja. sobs.
lebih kurang kayak gini sepatunyaa, cumanya yg tadi lebih indah.


so santa, grant one of my wishes please. thankyou.


23 December 2011

Jazz Hayat

this song is like marijuana to my ears...



Jazz Hayat punya version lagi best dari Afgan.

I need a good listener


I am a good listener. i know i am. hahah. people came and share stories, they don't really need advice from me, they just want to spill something that they kept alone. i response and gave words of encouragement. sometimes i share similar stories with them about a situation that i had encountered and they will feel glad that they can actually found someone who can relate to them. the process goes on until they feel satisfied and had nothing else to share and they walk off happily.


now it's my turn.

26 November 2011

Tajuk Novel

Aku bukan nak kata sekarang ni aku ada banyak masa percuma, cuma sekarang jadual harian aku tak berapa padat. sebenarnya padat juga cuma kerja sekolah tak berapa nak banyak. sebenarnya banyak dan aku banyak menangguh cuma ................................. AAHHHH BIAK PI LAAA

harap maaf,

hilang kawalan sebentar kehkehkeh.
eh, aku nak cakap/tulih yang sekarang ni aku sedang mencari novel yang worth untuk dibaca. tapi tak tau mana satu yang best! aku suka yang plot yang sedih tapi kebahagian akhirnya muncul ibarat pelangi selepas hujan. fuh puitis:')

tolongin dong! terima kasih i love you


already read this one

16 November 2011

A few movies that i anticipate

aku kurang faham, kenapa time time macam ni, movies yang best best tak keluar keluar lagi! semua nak tunggu time cuti sekolah. diorang tak paham ke budak budak macam aku ni cuti sekarang ni. lepas ni bila lagi aku nak cuti? tahun 2012 tahu?!! haiyohh lu bikin wa marah aaa Ketua Pengurusan Panggung Wayang Panggung Wayang Malaysia. nak complain pon dah takde guna sebab berapa hari lagi nak balik Changlun *terpaksa cakap walaupon menghiris hati, jantung, limpa dan organ organ dalaman yang lain.

kalau aku tengok laman bersawang gsc, cerita yang ada jenis yg tak boleh digest kepala hotak seperti Alamak Toyol, Abuya, SharkNight 3D dan macam macam laa. serius, ada ke orang yang nak tgk cerita Alamak Toyol? pertanyaan innocent ni, bukan nak mengutuk citarasa orang. rambut sama hitam hati lain lain.

ni muqadimah ja baru. aku nak ceghite pasal movies movies yang aku tak berkesempatan nak tonton! the first movie that i really want to watch is Happy Feet 2.

COMEL GILAAAAAAAAAA. cerita macam ni kadang kadang can be super membosankan. ada sesetengah je yang aku boleh layan macam the incredibles dengan madagascar. other than that, i cannot. i just cannot.......SMH.

seterusnya ialah twilight. aku suka juga twilight ni, cuma yang number 2 tu macam merepek meraban, tapi masih dapat diterima akal dan dicerna minda. kita harus akui, cerita dia boleh tahan menarik. bukan best, tapi menarik sebab mana ada cerita macam ni wujud lagi dalam arena perfileman sebelum ini, bukan?


aku tak paham! kenapa ada org boleh kata edward handsome. bagi aku edward tak handsome, jacob tak handsome, bella tak cantik. BAHAHAHAHHAHAHA

sekian wassalam~

13 November 2011

SEXAAAAYY


kasi besar sikit sebab seksi sangaattt. jatuh cinta dekat wooyoung si rambut blonde.

11 November 2011

09 November 2011

Aku telah di diagnose

come to me babyy~ ulalalalaaa


Baru baru ini, aku telah disahkan menghidap GASTRIC. tolong jangan bersimpati. tolong. jangan panic, ianya tdaklah seserius mana. percayalah. sebarang sumbangan yang ingin dihulurkan boleh lah menyalurkan wang anda ke akaun bank aku. tapi sebolehnya aku tak mau menyusahkan korang semua. nak datang melawat pon usah lah. sekali lagi, aku tak mau menyusahkan korang semua.



PUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA




pueh dapat berlakon meski di alam maya. kan selama ni aku ada merungut, dekat tah sapa2 tah, yang aku macam sakit dada. aku ingat kan sakit jantung seryes! aku ingatkan aku menghidap lemah jantung gara gara kopi. dekat samura laa aku belajar minum kopi, demi nak stay up. bukan stay up time malam. BUKAN AIHH. nak stay up masa pagi le, kat kelas. hasilnya aku tak pernah tido dalam kelas. syabbaass betteh!!! kohkohkoh.

kadang kadang aku dileter oleh kawan kawan sekelas. dema mendakwa, aku kerap sangat minum minuman berkaffein. choiii itukan sunnah! itulah kome, tak baca al-islam. tapi dorang bidas balik. kaw kaw punya. katanya, yang nabi minum tu kopi lain, ni nescafe, dah laa yahudi pastu plak dalam nescafe ni macam macam bahan dah campur. tak macam yang nabi minum dulu. cehh, memandai je dorg ni, macam le konpem sangat nabi muhammad minum kopi ape. aku tetap minum, sukehati korang laa nak kata ape, asal aku bahagia. KAHKAHKAH (PENUH RIAK) sampai laa satu hari ni aku sakit dada. aku pikir, "hoh ini lah balasannya!!"

baru-baru ni penyakit tu datang lagi (ala2 tora datang lagi) dan aku nggak bisa belajar! dah laa nk dekat pspm. lepas 2 hari menderite aku pon pergi lah ke klinik. setelah itu, baru aku ketahui...

hakikat yang nyata....

dun dun duuuuuunnn....



oh guise, this is the link that i posted about the pain in the chest thingy.

05 November 2011

Justin Bieber and Adele

Sekarang ni aku dah kurang nak layan lagu korea korea nih. Semuanya gara gara pendebutan yang tak terkawal. bukan hape, tak tekejor nak ikuti perkembangan artis korea ni sebab ramai artis baru yang muncul secara mushrooming (ayat nak muet aje). itu le pasai. kalau nak dengar pon, cuma dari bigbang dan 2ne1. yang lain lain tu dah melalut lalut sangat. umur dah masuk 20-an pon nak bajet comey pekebendenye mariaaaa. tak seswai you. tak rasa macam tu ke?

Jadi sekarang ni aku lagi gemor dengor lagu English. recently, i found these two songs rather soothing. can't help but to sing along. no worries, i sing slowly.

"The mistletoe is still hung up in farm-houses and kitchens at Christmas, and the young men have the privilege of kissing the girls under it" HARAAAAAAMMM hikhik


this song makes me go all emo for no reason! it's not as if i had been through some kind of failed relationships before. bukan setakat failed relationships. memang tak pernah wujud sebarang relationship pon! bwahahahahhahaahaaha *menangis dalaman T-T wooooo~

02 September 2011

My Favourite Lagu Raya


manyak sedih wo music video nye.
SALAM LEBARAN SEMUAAAA. MAAF ZAHIR DAN BATIN YA! duit raya aku terima melalui 3 cara, bank in, hand to hand dan cek. jadi sile hulo hulo le 10 20 hengget. kih kih kih.

24 August 2011

My Girl


As you guys might know, I am a huge fan of Korean dramas. Not to a tahap of obsessing and watching it over and over and over and over. Just a normal fan *tehee

I am currently re-watching My Girl because I don't know what else to watch ah this holiday. At first I came across a cute (kot) drama called Heartstrings but then I stopped, mainly because I hate Yong Hwa. Haha. yeah. And then I decided to watch Secret Garden again, but after episode 2 I stop watching it because I just feel so sad. The OSTs reminded me of England. I used to watch it in Iffah's and Ina's room when they're at school and college. I missed the ambiance. Before i get all emotional, I stopped myself from watching it. And then I remembered this commercial on tv3 promoting tonton.com new channel i guess? Apparently, tonton just put up a few korean dramas. I looked up and saw My Girl. The last time i watched it was with kakak about 5 years ago.

5 years ago, I can't really relate to Yoo Rin's feelings because I am too young to understand about all the love dramas and the situations she got into. But after watching 8 episodes now, I feel kinda sad. She loves Gong Chan but Gong Chan doesn't love her. He doesn't even know her feelings. Now that's utterly depressing. She kept on acting and lying. As if she can always be by his side as a friend. Or as his little sister. I can't imagine how she can bertahan living like this. Good thing Gong Chan then fall for her, unless i don't know la. Living with someone you love, under the same roof, seeing his face every single day but can't really express your feelings. ugh. goooooooooooooood thing Gong Chan eventually fall in love with her.


ps : I don't know why I wanted to blog about this

21 August 2011

Wa dan Bazaar


Bazaar kat Bangi nih memang sangat bagus. makanan banyak TAK TERKATA dan berbilang bilang jenis! kene rancang elok elok nak pembelian makanan untuk berbuka. bukan apa, nnt tak sempat nak merasa semua! MUUAHAHAAHAHHAAHAHA!!!

ye la, bila kita dah plan baik baik, nanti pastinya hal pembaziran makanan dapat dielakkan? ya enggak? are you wif me? *tetiba -.-''

hari ini aje, aku dah tibai nasi lemak ayam rempah satu dan air tembikai. you see? no leftover food! itu yang kita mahukan!!! esok plak aku plan nak jamah murtabak satu. murtabak kat sini nmpk sedap berbanding dengan murtabak kat kedah. ada beza weh, kedah punye dy dah siapkan dah inti murtabak tu dalam bentuk petak2 macam kek. pastu dy tinggal balut dengan lapisan nipis je. kalau kat sini punya, dy buat satu persatu.

gambar sekadar hiasan.

tapi forsho lah bukan setakat murtabak saje. mesti disertai dengan makanan berat. itu yg aku dan mama plan nk makan kat resto afterwards tu. ape function aku pi cite mendalah ni? haiyooo. jom dengo lagu yuna. jom jom!


14 August 2011

Serbu

sampai je dekat lcct, first thing first is serbu McDonald!!!!!!!!!! kasi seraaaaaaaaaaaaaaaangg. PUAHAHAHAHAHAHAHA



eh, Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada rakan rakan ku serta family family. erm oh ya Happy Birthday diucapkan kepada Fatin Ayuni kerana telah mencecah usia 21 tahun. wah tua beno dah bunyi nye. pesanan ikhlas daripada Najwa yang humble. sekian.

14 July 2011

Kes

Tau tak benda apa yang aku paling benci? nak tau tak. mau nggak? mau. that is, orang yang biadap. bilamana aku encounter species species macam ni, mood untuk belajar bisa lesap, mood untuk mengutuk dan mencaci hina menjelma. biasa la kan, kalau orang rude dengan kita yang tak bersalah, mesti la kita geram dan benci, tapi kes aku lain. bila aku tengok seseorang biadap/kurang ajar dengan orang lain (dan orang itu orang yang baik hati dan banyak berjasa kepada kita contohnya pensyarah) aku pula yang berasap satu badan.

yang paling aku tak suka ialah pelajar yang kurang ajar dengan cikgu. kalau beramai ramai bukan main hebat kau nyaahh, tapi bila one by one dengan lecturer haa terdiam kaaaaaau. dekat belakang bukan main hebat pung pang pung pang duk kondem, bila cikgu tanya apa yang tak puas hati tahu pun pandang sebelah bajet tengah cakap dengan kawan la kunun. i despise people like you! the end.


07 July 2011

I want Friday!

wa pikir, jumaat ni wa nak jalan-jalan di sekitar pekan changlun la. sekadar makan angin dan beli coolblog perisa kegemaran, vanilla oreo. wanna join me? huhu sape je nak datang ceruk ni, ye dak?? *tak habis habis menghina pekan changlun!!HAHAHAHA

02 July 2011

Peristiwa hari ini

Hari ini, aku lari untuk Larian Satu Malaysia. bangunnya pukul 5:40. bersebab. jangan terkejut kenapa aku bangun awal sangat. aku pun terkejut kalau tak semena mena aku rasa ingin bangun awal tanpa sebab. haha. gue bangun awal karna perlu mandi sebelum memulakan Larian Satu Malaysia itu! yaaaaaaaaa kaum perempuan memang akan mandi terlebih dahulu sebelum melakukan apa apa aktiviti meskipun nnt akan berpeluh lebat. bukankah lebih mudah sekiranya bangun2 terus cuci muka dan spray deodorant. kalau pakai deodorant product nivea, pasti tiada siapa yg boleh meneka sama ada si pemakai deodorant itu sudah mandi atau belum, kerana bau badannya memang tak kan berbau! tapi sebab kaum perempuan memang pembersih pembersih semuanya, jadi tandas sudah sesak tatkala jam 5:40 itu.

kenapa 5:40 dah packed with people?? yaaaaaa hebat sungguh soalan daripada saudari berbaju oren di belakang! *imaginasi. sebabnya, kami diminta berkumpul di astaka jam 6:30 pagi. gilaba.

SEJAM KEMUDIAN, yakni pukul 7:30 kut baru start lari. aku pon lari lari dan lari. meskipun kaum lelaki buat tembok/benteng di tengah tengah jalan, aku selit selit jugak biar cepat sampai. kaum lelaki tidak berlari, mereka hanya berjalan. hirup udara segar mungkin. ataupun cover lari tak laju, jadi mereka mengambil keputusan utk berjalan kaki sahaja. sambil itu, pemandangan sekitar aku perhati. subhanallah cantiknya. kami melalui kawasan estet, bendang, kampung, parit dan sebagainya.

pukul 8:30 aku selamat tiba semula. ternyata tak ramai lagi orang memenuhi padang *ayat nak bajet sprinter la kengkonon!!hahaha. penatnyeee hari ni. dah laa lepas habis lari kene pergi kuliah. hari sabtu pulak tu. double the tiredness. hoh. mau nidur. tata!

01 July 2011

Larian 1 Malaysia


Esok aku mau Najib turun ke Changlun dan lari bersebelahan dengan aku. nah rasakan.

29 June 2011

Hari cuti

wa ingat lagi, masa kelas dinamika cikgu Joo Khee minggu lepas, dia bagitau lebih kurang kayak gini susun atur kata katanya "minggu depan kita tak dak kelas noh". wa dengan excited state of electron pon teghuiiih kalih kiri kanan tanya orang sebelah why why we no have class aah?


malang seribu kali malang, tiada siapa yang tahu dan persoalan tu masih tidak dapat dirungkai. mungkin kerana melihat students terpinga pinga macam ibu ayam overprotective yang hilang anaknya, cikgu pon kata "israk mikraj".


MALU.
sibuk dengar urusan keduniaan, sehingga terlupa.



malam ni ada ceramah di masjid:D

27 June 2011

Hella hectic


today is a very hectic day. i hate a day like today. something just popped up out of nowhere when i had already atur the schedule. no lah, i dont hate it. if something like that did not happengg, than i will not meet that person. maybe i do hate it a lil bit because natella just ruined it for me. pity pity me. haha. no lah. don't believe this aa.


lovely picture :)

17 June 2011

Wa rasa wa kenal lu

aku rasa aku kenai hang. kita kawan masa sekolah rendah. you are my childhood friend! tapi
.
.
betul ke..
.
.
.
.
.
.
daya ingatan yg lemah, bagaimana mahu atasi ? tips anyone?

10 June 2011

Bosan dan punya masa yang banyak untuk dibazirkan?

BUAT LAH BENTO!!

chotto matte, do you know what is bento? Bento is a home made packed meal. although bento are readily available in many places such as bento shops, department stores and many more, it is still common for Japanese homemakers to spend time and energy for their spouse, child or themselves producing a carefully prepared lunch box.

ape function anjing tu wehhh!!! HAHA


ni bento yg biasa je, ada yang lagi cun melecun. sat na aku share kat kome.


aww pwetty!



meriah bebenor!



aku pikir, nnt bila aku dah dewasa dan punya anak anak kecil yang sudah bersekolah (poyo benar itu! HAHA) aku nak buat bekal mcm dalam foto foto ni! wahh mesti anak anak orang lain mencemburui bekal makan yang aku sediakan! HAHAHAHAHAHA BAJET!!!

kalau wa bikin untuk diri wa sendiri jadi bahan lawak laa wa sampai tua.

21 May 2011

Who's that pokemon!

mase aku kecil kecil, aku idamkan untuk memiliki seekor anjing. aku tahu itu agak sukar direalisasikan, sebab itu aku idamkan untuk memiliki seekor anjing di syurga sebab bila kita berada di syurga kita boleh mintak apaaaa sajaa! hahahahahahahaha bagus betul aku. kih kih



comel nyeeeeeeeeeee

12 May 2011

Macam biasa ah


macam besa ah, aku nak tunjuk video video yang aku temui di TiubKamu ni. TiubKamu ni dah jadi macam televisi (televisyen) aku. aku dah tak hadap dah nak tengok televisi televisi ni. it is sooo last year~ (<-bajet Sharpay High School Musical ah gitu??) HAHAHAHAHAHA :D .

wahh Sharpay's Fabulous Adventure! mau nonton!

tapi sungguh la. gua cakap betul. kalau aku tengok televisi pon mesti sebab iCarly (4.30pm), Sonny with a Chance (12.00 am) dan pape yg menarik dekat KBSW tu. aku bukan ada banyak banyak channel macam korunkkkk! huuuu T-T. aku pon nak jugak ada MTV, Starworld, Animax sesume tu baru lengkap jiwa remaja aku!!!!! (HAHH budget lagi!).

Photobucket
.. yang mampu beli banyak banyak channel astro!!! haha. dok eh -.-


hohh benci aku tulih panjang2 ni. INGAT AKU SUKE HAPE??? (ya sebenarnyaa :DD) ahh zaasss. LAYAAAAN~~~ *sambil buat tangan berombak~


i truly love his videos because it's packed with Islamic messages and useful thoughts. go watch his other 2 videos (kot?) at his channel. quality kamera dy memang lawa. sungguh clear dan sharp sehingga paper-cut mata aku melihatnya! *oh mak guard, takut nye gitu!!! sakit woi!! :p

oh yaa, nyaris nyaris terlupe. aku sebenarnya nak minta maaf sebab jarang bertegur sapa sejak dua menjak ni sebab aku sibuk sikit la weh semenjak akak aku balik. banyak aktiviti yang dy nak buat pastu ajak aku sekali contohnya memasak, mengemas, bermain badminton, berjogging, mengemas lagi, memasak cokodok dan sebagainya. mak aku pun suruh tolong buatkan kerja kerja sikit, seperti menaip dan sebagainya untuk mendapat upah. jadi minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki bersamaan tapak kaki ya! :)



cheers

06 May 2011

FT ISLAND Let's Go

nostalgia habeh ah. rasa tertitis ayer mata. huuuuu






ps: Jonghun gua punye buat selama lamanya!!!! woooooo T-T

02 May 2011

Saat orang minat anwarhadi, aku minat dia ni

Bukan matluthfi! Salah sangaaaaat tekaan itu, tahu?! Aku dah agak dah ramai yang teka matluthfi90 ni sebab diorang ni kan vlogger popule. Ape barang cite hal yang dah giat di plagiat di blog blog orang lain.


Hello semua!!! *pendahuluan. Syukur ALHAMDULILLAH masa aku tengah mengarang entri ni hujan turun lebat sekali. Yaa itu yang aku mahukan setelah sekian lama bumi Jitra ni panaskemaraukeringkontangpulauhabakesanrumahhijau! Huh. Sejuk la sikit malam ni, baru boleh memperolehi tidur yang berkualiti dan keesokkannya bisa berjogging dengan cergasnya di Tasik D’Aman. Ketemu disana yaaa!! (bagi sesiapa yg turun jogging skali la)

Okeh, memandangkan aku tak suke sangat cerita kisah peribadi dekat sini disebabkan alasan tertentu (nabilah ko tau sebabnyaa!hahaha) jadi aku suka sangat laa nak kongsi something that I found while lurking on the internet. Aku remembered reading Syifaa’s blog and she said that she found this place (blog) rather inappropriate to share your personal life stories. Aku setuju. Tapi kalau nak ceritakan sikit-sikit benda lucu yg terjadi kat kome harini, tak ngape. Cuma kalau nak post gambar rumah kau, sekolah kau dan foto foto crush kau unnecessary rasanya sebab mengundang bahaya aku rasa. Ahh aku ni siapa la nk bagi syarahan ‘Kesan-kesan Berkongsi Maklumat Peribadi di Laman Sesawang’! Ingat aku ni debaters ke ape? (tetibe) HAHAHAHA

Alamak nyah, dan pajang bebenau pule introduksion aku. Itu le kome, senang sangat melencong kalau bukak cerite cerite tak berfaedah ni! (ye kome yg salah dalam hal ini.) Sebenarnya aku nak kongsikan video yang sangat best. Sepupu aku pernah tunjukkan video ini ketika aku menetap di England dulu. Tapi masa dulu dulu tu, dy baru ada 4 episode je. Sekarang dah banyak dah!!




this is toooo funny. i was like smacking the floor the whole time and laugh like a maniac. part yang tak boleh blah bila dy cakap “everytime someone say something bad there’ll be thunder in the background”. HAHAHAHAHAHAHAHA

"but the next 5 minutes EVERYONE’S DANCING, WHY ARE YOU DANCING BRUV YOUR DAD JUST DIED 5 MINUTES AGO??!"

yang menariknya Humza ni bukan setakat buat lawak je, dy turut terapkan mesej mesej islamik di setiap akhir video. go go and watch em at youtube!

hipokrit #1 macam la aku tak pernah tunjuk aku bersekolah di mana~
hipokrit #2 time orang duk minat anwarhadi, aku pon ikut sekaki. hahhahaha

30 April 2011

Makan makan

kali ni aku nak buat entri berpekdah sikit. bukan berfaedah dari segi ilmiah, akademik, islamik, pandemic dan mik mik yang sebagainya, taaaaaapi berfaedah dari segi 'tidak sia sia la aku baca atleast boleh tau satu dua input baru'.

Haa giteww~

dengan ini aku mengisytiharkan satu segmen baru iaitu Tekak-ku featuring muah. segmen ini diadakan untuk mereview restoran restoran yang aku penah makan! (amboi, nmpk bnor nipunye, mane ade org makan restoran~) hahahahahaa


Restaurant D'One Steak, Bandar Baru Bangi. hari ini aku review resto yg ni dulu na. ohh and aku nak bagitau la yang restoran yg aku review ni pon mestila sekitar Bangi, Alor Setar, Jitra (meh =.=') and area Selangor la noh. karena, kami pon ulang alik kat area ni je. sesiapa yang menetap outside from these places, i cannot help you lah. what to dooo. huuu~ restoran ni dekat depan Tasik Cempaka bersebelahan dengan Cafe Rimbun Klasik. eh ye ke. aku pakat buh ja nama pa. oh well.

masa kami datang restoran ni, mmg jam packed sebab malam sabtu. RAMAAAAAAIIIII sungguh! nasib nasib.

yaayy makanan dah sampai! air yg kami order apple juice and apple asam boi kot.

sebelum makan tangkap gambar dulu. jangan gelojoh sangat~hoho :D
chicken chop: harga tak igt. harap maaf! hahaha. rase dy biasa biasa je, tak la sampai rasa ada pesta bunga api dimulut bila dimakan, kalau datang sini try yang lain.

PESTA BUNGA API!!!
ini gua punyaa. grilled salmon. harga RM11-12 rasanya. sedap. lihat aja salmon itu. isinya sangat lembut tahu. pokoknya cuba tau.

ok tata.

28 April 2011

Siapa disini pernah tonton..

Assalamualaikuuum!! terlebih dahulu aku nk mintak maap sebab dah berabad abad tak update blog ni (bajet mcm ada yg ternanti nanti pule! huhu). yaaa gua sadar itu semua! bukan hape, semenjak dua menjak ni mood tak datang nak menulis nulis ni. bile takde mood, tapi dipaksa juga untuk menulis maka jadinya entry aku menjadi entry yg tiada quality! haaa ni lagi kes bajet entry dulu aku sume kuality habis ah HAHAHA. olorh, bukannya termetrai dalam perjanjian pon yang gua WAJIB!!! update blog setiap hari ke pe. gua bukan ade nuffnang pon. tak rugi pape heh.

Okay kome kome semua! pernah tak tengok iCarly? kalau kome peminat setia iCarly (macam aku. ahah) pastinya kome penah dengo pasal Fred. bukan Freddie Bensen ya. haa salah tekaan itu! tolak sepuluh markah dari kumpulan kuning!!!! *halusinasi hahaha. Fred ni pernah keluar dekat episod ape tah. ahh cakap banyak pon takde gune moh tonton video dia. zassss


oh mak gayah, retard!!!


but I like him because he is soo funny. ramai yg tak suka si fred ni. haiyyaa ni bleh bikin guaa marah!!! dy berlakon je pon, bukannya perangai dy macam tu (kut!). why must people take this stuff seriously. lepas tu fred buat kolaborasi dengan annoying orange !



The Annoying Orange


dua dua annoying. baguih le :DD

17 April 2011

#1 SST

Assalamualaikum


#1 Sehari Sebaris Tafsir

Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkan mu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang mukmin bertawakal (Ali Imran : 160)


OBJEKTIF:

a) latih aku membaca al-quran+tafsirnya dengan istiqamah

b) menyampaikan peringatan kepada diri sendiri dan sesiapa yang baca blog ini


PEACE Y'ALL


16 April 2011

Manyak sombong woo


Assalamualaikum semuaaaaa!

This is my bestfriend Tenma chan from School Rumble! she is soo funnieh!
omg i'm such a loser -.- dang it!!


disini selain memperkenalkan rakan virtual aku, aku juga ingin menyatakan rasa sedih yang teramat sangat kerana salam ku tidak disambut oleh kebanyakan pengunjung yang datang ke blog ni. aku ingat kan nak la berkenalan dengan pengunjung pengunjung blog yang 'humble' (muahahaha) ni, tapi apakan daya. views nya melebihi comment yang ciput. apa apa pon toce yang tak terhingga kepada dayang Nur Hidayah, dayang Shahirah dan dayang Iffah-chan yang sudi meninggalkan sepatah dua kata kepada Puteri Stazel di bahagian ruangan komen entri sebelum ini. jasamu dikenang kenang, di kening kening dan di canang canang sepanjang zaman! *bajet sungguh! HAHAHAHA

bajet emo sahaja. tak pe haih. tu hanya entri experiment. aku dah maafkan korang!!! *baiknyaaa HAHAHA



okay, so today i bought this cd (yeah cd not dvd~) and i was about to watch it this petang, but then there was a black-out from 3 pm till 7 pm. jadinya, esok aja sih gw nontonnya! nantikan review movie ini!!! hihihi






15 April 2011

HELLO SEMUA!!!

Assalamualaikum. sapa yang baca ni wajibulghunnah jawab di ruangan komen :p

10 April 2011

Happy Birthday BOS BESAR

Hari ini ulang tahun kelahiran Bos Besar merangkap ayah kepada seorang puteri comel bernama Afiqah Najwa. mari lah sama sama sedekahkan alfatihah buat arwah. ALFATIHAH

05 April 2011

Alien datang menakluki bumi

DEMI KOKO YANG DICARI CARI

dah nyanyi dua baris lagu, baru boleh cerita intipati/content untuk entri pada kali ini! hmm.. aku yakin, ramai antara kita ni yang tak tertahu menahu mahupun terdengar dan terlihat atau termenonton (gaya seorang perosak bahasa yg berprestij) lagi tentang animasi kartun Boboi boy! angkat tangan sapa yang tak tahu. jangan hipo hipo. MENGAKUU!!!! *hayati emosi seorang pelajar yg dituduh meniru kerja sekolah seorang rakan. ahakzz~~


untuk pembaca blog aku ni dan tak tahu apa itu Boboi boy, mari sini aku perkenalkan..



Gopal, Boboiboy, Yaya dan Ying BERAKSI!


tenaga kerja disebaik animasi ini juga terlibat dengan animasi Upin dan Ipin suatu ketika dahulu. kalau nak dibandingkan mana yang lagi seronok, aku harus cakap (I have to say) yang dua dua best. upin ipin comel dan macam banyak tauladan yang boleh digarap. tambah tambah yang bulan ramadhan punye edition!! huh, aku cukup sukaaa. tapi Boboi boy ni pula lucu dan menggelikan hati dan perasaan.ahakz~

keris petir

kalau korang rasa korang dah cukup dewasa untuk kartun keanak anakkan ni, tak payah la tengok. pegi tgk MTV, AFC dan KBSW! biar kitorang yang muda dalaman dan luaran ni je yang tengok. go away from here and rot!




bila aku sebut muda baru nak click kan~ igt aku tak tau. ahakz~~



cuba kome teka apa karakter feveret awok?? syapa yang bisa teka dengan tepat bakal membawa pulang seekor pony!!!!


(contest tipu sahaja. jangan ada yang berani tuntut pony dari aku! haha:D)

01 April 2011

Asians In The Library

Minggu lepas aku tengok satu video Nigahiga. tergelak terkuki (read; gelak yang bunyinya kukikukikukikuki HAHA!!) aku tatkala menonton video itu sehingga habis. aku tak paham pon apa sarcasm yang dia serapkan dalam tu. untill I found this two videos days after. zaasss!





Off The Pill : Rebecca Black (Friday) yang gua tonton seminggu yang lalu

sejurus selepas menonton video terbitan Nigahiga ni, terus keinginan untuk mengenali Rebecca Black terus memuncak muncak seperti.. seperti.. Gunung Everest. ahhh sungguh common metafora tu! lantak pi la. and then I searched this Rebecca Black girl and i found out that she is a singer. sambil aku pause video biar kasi lancar nak dengar lagu tu, aku pon baca komen komen di ruangan bawah buat mengisi kekosongan waktu. kemain lagi ramai yang kutuk.



sedapnyaaaa .. *insert sarcasm

oohhh. tu ke apa yang ryan cakap tu. baru gw ngerti~ lepas tu baru aku tersedar, yang ryan cakap pasal Alexandra tu apa pulak?

no she didn't -.-

as if all asians talk like that. terasa youu~ haha. so, asians around the world unite and posted video response about this issue.



HAHAHAHAHAHAHA!!!




positive gilaa. hahahahahahahah


sekian,
'Ching chong ling long ting tong'!!!
= 'Selamat tinggal dan saya sayang kamu semuaa!'
HAHAHAHAHAHAHA

28 March 2011

Kenapa aku suka pasar malam


Kat area rumah aku ni, pasar malam dia ada hari hari tertentu je. tak kerap. bila nak tunggu muncul nya hari ada pasar malam ni rasa macam tunggu leap year. ya ! macam tu lah perasaannya.


Rasa iri hati terbit sedikit dari hati bila dengar 'chocolate spread' bercerita yang dekat area Shah Alam bukan sahaja hari kemunculan pasar malam itu diadakan dengan lebih kerap, namun barang jualannya juga berlipat kali ganda banyaknya! huh!! INI TIDAK ADIL!!!


ngapain bisa muncul ketidakadilan yang sedemikian rupa! KENAPA! WHYYYY!! bukan kah penting kesama rataan dalam membentuk ummah 1Malaysia?? sila jawab YAB ADUN Jitra *lakonan bertaraf Oscars hahahahaha


jadinya disini, aku selaku Penggemar Pasar Malam Sedunia (PPMS), ingin berkongsi dengan kome kome sekalian mengenai the reasons why I love going to the black market. lantak laa kalau ada yang rasa ni pointless. aku nak cite jugak! HAHAHA


pasar malam di Jitra. hehehe


1. Makanan yang banyak
di pasar malam terdapat a wide variety of food that you can choose and mostly the food are makanan tempatan. kalau nak cari spaghetti insyaAllah memang takkan jumpa. kalau cari lasagna ke macaroons pon insyaAllah tak jumpa punya. tapi kalau cari putu piring, keropok lekor, apam balik perghh setiap ceruk dapat jumpa. walaupun ada sesetangah makanan tak de dekat pasar malam ni tapi tapi tapi, where else can you find sepanjang jalan penuh dengan makanan? TESCO? I don't think so dude!

nasi ambeng

2. Makanan murah
ye ke makanan murah? ye kot kan. ke kat area aku ni je. maklum la area jitra ni suburbs. suburbs suburbs ni murah sikit ongkos of living. nasi RM2.50 sepolystrene campur air RM1 pastu beli laa kuih 4 for RM1. see, you guys. tak sampai 5 ringgit woi. kalau area area KL tu aku tak tau laa kan. padan muka kome. haha



3. Bukan setakat makanan
barang barang lain pun ada seperti getah rambut, baju bundle, pyjamas, cd dan juga handbag youuu. kalau untuk kanak kanak pula, ada mainan mainan murah dan BELON! best nye kalau dapat belon~ hoho! kalau la aku ni jenih yg tak heran pandangan orang lain, mesti aku nak beli belon satu. HAHAHAHAHA!! cakap pasal belon ni, dulu masa aku kecik kecik kan, aku beli laa belon kat pasar malam. kapal terbang. dah laa mahal tapi rasa bangga bukan kepalang lagi bila dapat bawak belon jalan jalan. kalau nampak kanak kanak sebaya berselisih, eksyen kemain sebab aku ada kapal terbang sebagai accesories. ko ada? hahahahahaha

ye gua tau tak macam pasar malam pon


4. Susana yang meriah
suasana di pasar malam sangat happening. aku cukup suka pergi tempat crowded crowded macam ni. entah kenapa. rasa lively.





the end! and that is why i LOVE going to the night market or any other market especially in overseas.


like this one. how i miss you babe !

27 March 2011

Introducing

This is just another boring entry.


OMAIGOD -o- *nosebleed*


"Siapa lelaki di atas ini??" tanya A seorang remaja yang terer mengelim karipap.
"Ni lahh dia, uljjang or ada yang mengejanya ulzzang !" jawab B yang tak terer mengelim karipap.


intro dialog yang pendek sependek ketinggian aku ! siapa A, siapa B tak usah le dipedulikan. bukan fokus dalam diskusi kita pon. sekarang ni aku nak bercerita mengenai uljjang. ULJJANG? what the fishcake is that??!!


ok, setelah disemak di laman sesawang (rasa pro disitu~) Wikipedia, uljjang ini merupakan gelaran yang diberikan kepada orang yang sangat cantik paras rupanya. takrif cantik ni pula selalunya diberikan kepada 'remaja remaji' yang mempunyai mata yang besar, high nose bridge dan kulit seputih susu. diorang ni jugak fashionable dan sangat lah master bab bab mengambil gambar dan photoshop. ni antara contoh contoh uljjang yang berjaya menempah nama dalam bidang modeling kerana rupa yang dimiliki.










entah ape name diorang ni eh.


cukup le tu kan! penat ghasenye nk muat naik (rasa pro lagi~) gambar gambar ni.


okeh!! so basically dema ni akan upload kan gambar2 dema yang dema rasa cun melecun tahap da bombayehh kat dalam cyworld (fb versi korea kut rasenyee..!hui3!!) ke blog ke atau apa apa je laa untuk tatapan orang ramai. kalau diorang ni cantik dan menjadi favourite netizens, maka secara tidak langsung nya diorang akan menjadi famous secara tiba tiba!! jadi itu lee sedikit sebanyak riwayat hidup seorang uljjang.


tapi jangan laa kite terlalu memuja muja kecantikkan uljjang uljjang ni sampai rasa diri ni rendah diri dan sangat buruk rupa (ala2 drama si cantik dan si buruk rupa!HAHAHAHAHAHAHA). dema ni kadang kadang buat surgery. sebab tu laa cantik semacam! FAKERS!!!!!!!!!!!!!! -emo disitu.harap mklum!-


the end...

22 March 2011

Doraemon aku perlukan kau sekarang!!!

esok result SPM keluar. takut nya.

kalau laa ni slip aku. happy tak terkata dah.

sekarang ni yang aku takut ialah kena serangan jantung esok. dah boleh start tulis wasiat dah malam ni. huh. doraemon, tolong. aku nak mesin cahaya masa.

ish ish ish. khurafat sungguh. sepatutnya minta pertolongan dekat Allah SWT.



ps: perasan tak takde penanda wacana ke ape? tu maknenye hati aku tengah tak stabil ni. gentar. doakan aku ya! sayang y'olls *love*

20 March 2011

Tak ubah seperti roda

Otak aku tak dpt membuahkan ilham yang banyak sangat sebab perut telah berbunyi dan bergetar. maklum la tak breakfast, mana la nak ada tenaga sangat! tenaga cukup untuk bernafas dan mengerdip mata sahaja. jadi posto kali ni pendek sahaja. harap maklum ya temen temen~

hooiihh terbaik!!! buat santapan mata gua


Beberapa hari lepas, aku didatangi oleh seorang junior. mengadu mengenai keadaan di dalam dorm yang tak berapa nak harmonious. aku tertawa kecil. KAH KAH KAH!!! (nmpk sgt tak ketawa kecil..)



J: aritu Lampu tegur Kusyen pasal duty. pastu dia buat muka nasib Lampu x sedar.

Aku: habis tu korg tak buat pape?

J: belum lagi
bagi ar idea kak fieq
Saya ni baik sgt la takut nk marah org (tak mampu rasa nya nak retype frasa ni ! haha)
aaah pastu kan fieq

Aku: haha
ha pastu2

J: kalau kitorang buat halaqah lepas al-mulk
saya tgh ckp diorg baring je
ada smpai tertidur


Lumrah! dah nama senior tu benda kecik pon boleh terasa. oleh itu, menjadi tugas junior la menjaga tingkah laku dan bicara. so yang penting. kita perlulah berkasih sayang sesama kita...

peace of shit punye nasihat ! hahahahahahaha -lari topik selebat mungkin-

nota: lampu senior, kusyen junior deme

18 March 2011

Sejenak bersama si kecil

so this is Pikon, my grandchild~

ISH ISH ISH pikon pikon.









kok ye pon, pilih le gambar kte yg appealing sikit. ARGHHHH!!!!!

*ni tidak. buh gamba tudung tak jadi ! HAHAHAHAHAHA
gimana kalau future husband kte yang handsome dan mencintai kte sepenuh jiwa raga diluar itu sedang melihat gambar ituuuuu?! -bajet emo disitu. keh3~ -



*tapi bila dipikirkan semula, bila masa je tudung aku mendengar arahan tuannya? alamatnya tak bergambar la aku sampai ke tua. takde laaa foto yang boleh ditunjukkan kepada cucu cicit ku yang ada sedikit kacukan korea+arab tuh. sigh. nasib baik la sekarang teknologi dah canggih, dah ada STARCH ! HAHA :D

Okay, so last wednesday, i met with a friend of mine named pikon. you can call her pikon, pokon, pok, capikon and many more. sebenar benarnya kami dah plan dah,nak pergi keluar dengan temen temen lain. dah plan nak ke Danau semua nya dah, ala ala picnic tepi swimming pool gitew, order air jus berpayung, tapi macam mendapat sambutan dingin daripada , so takpe takpe. boleh di pinda sehinggalah one of us ada lesen nanti. kan senang kek gitu~ *serapkan unsur unsur sindiran ketika membaca. harap maklum

Jadi kami pun bertemu la di Puri Pujangga yang terletak di UKM. hoh, dah comel kemain dah puri pujangga! purple, modern dan luas. bukan macam dulu. kalau kome nak tau laa kan, dekat puri pujangga ni la tempat aku check permohonan SBP. kat sini la tempat aku dapat berita kemasukan ke SM Sains Muar. banyak kenangan ye di situ~ *nostalgic :')

ketemu dengan pikon hanya bentar sahaja. rasa cam tah pape tah. dah la bertahun tak jumpa, tup tap masa cinonet sahaja bisa berbual bual dan bertanya perkembangan terbaru ! dah tu pula, tak bergambar ! (pok, kte lupe nak amik gamba, padahal kamera dalam beg je. dah laa leather jacket tu lawa gile, sama taraf la kalau nak bergambar dengan kte yang fantastic ni! hahaha~)

tak ngape le, lain kali kte plan betul betul nak jumpa kat mana. Ice Room ke, Tutti Frutti ke or Little White Cafe dekat seksyen 9. cantik weh cafe tu. ala ala english style. style style bangsawan gitew. or in other words, style style kte kte laa~ HAHAHAHAHAHAHA

ok tata. peace out.






15 March 2011

Kotor

Sekarang aku kat Bandar Baru Bangi. YAYYY!! boleh pergi warta, alamanda dan kedai makan yang beratus ratus deretan!!!!!!
BAHAGIA. HAHAHA

Tapi pasai pa tah kotor sangat dah jadinya bandar ni. memang dari dulu kek gini atau baru ni je kotor sangat? mana nak tau, angin kencang telah meniupkan sampah sarap sampai habis hodoh pemandangan kat tepi tepi jalan nih ke ape kan. angin memang laju pon sekarang ni. kalau aku tak tau lebih baik (if I didn't know any better), aku ingat kan ni bekas tapak pasar malam ke hape laaa.


Oleh itu, diharap agar pihak bertanggungjawab tolong le hired pekerja bersihkan sampah sampah cawan plastik dan sebagainya. Sekian terima kasih!


( sape yg dok area2 bangi boleh la melihat pemandangan yang menyakitkan mata ni di tepi tepi jalan raya terutamanya seksyen 7, depan kilang dekat TTC dan seksyen 3. enjoy :D )


ikhlas daripada Belia Benci Sampah

14 March 2011

Resipi Lasagna Stazel

Segmen: Sudah Pantaskah Aku Menjadi Menantumu??kehkehkehkeh :8)


Kadang kadang aku tertanya tanya (idok pon sbnaqnya!haha), apakah ketika aku masih bayi comel yg didodoikan dalam buaian, tangan aku ni kena sumpahan oleh evil witch (sekarang, sila bayangkan watak evil queen dalam cite enchanted ) ke apa, karena tiap kali kalau aku nak buat apa apa, espesyeli bidang masak memasak KONPEM 85% takkan jadi!!! Naseb bek laa lagi 15% tu Alhamdulillah menjadi *urut dada dengan tenang. aaaaahh~


Sungguh, aku seorang failure dalam bab cooking cooking. walakin begitu ya temen temen~ aku tak pernah rasa putus asa, karena deep down di lubuk hati aku ni, masih ada sifat seorang kanak kanak yang gemar mencoba (sangat poyos di situ) . jadinya, esok aku nak try masak lasagna!!!!!



Okeh anda semua tertipu….



Post ni aku tulih 3 hari lepas, tapi baru semalam aku buat lasagna nyer~ hahaha


SEKARANG, AYUH JENGAH KE DAPUR!!!

okay, bahan bahan yang diperlukan untuk memasak lasagna ialah;
meat sauce - bawang besar, bawang putih, carrot sebagai punca fibre, rempah oregano atau oregano kering sesudu kecil, garam, lada hitam, sos prego sebalang besar, daging cincang, butter untuk tumis dan 3 sudu sos cili. maka setelah di campur adukkan semua, jadilah hasil begini..


TADDAAA!! okeh boleh tutup api.


meat sauce tu layer pertama ye puan puan hadirin hadirat sekalian! seterusnya ialah layer kedua iaitu cheese sauce - butter sesudu, garam, mozarella cheese (cheddar pon idok le menjadi masalah), tepung 2 sudu, full cream milk 1 cawan lebih and a pinch of oregano. masak sampai sauce menjadi pekat. hmm.. oh ya! cheese tu buh laa banyak mana nafsu serakah anda mahukan. tak menjadi problemo disitu.

sea of cheese!!




seterusnya kita boleh rebus lasagna shit tu ye. walaupun dekat kotak tu dia tulis tak payah pre cook, tapi kita precook juga menandakan kita rebel dengan arahan dan rasa kita lebih master!! HAHAHAHAHA. bukan apa, takut lasagna keras nanti tak sedap la kan. so kte rebus biar dia lembut sikit sheets tu. oh tip, masa rebus buh minyak sikit so dia tak melekat to one another.



lepastu susunlaa layer layer tu dalam bekas yang telah pun digreesekan terlebih dahulu. mula mula lasagna sheets, meat sauce, cheese sauce, sheets, meet, cheese dan ulang ulang sampai habis. cover dengan aluminium foil dan masukkan dalam oven untuk proses pembakaran selama 20 minit lebih.



susun lawa lawa. kalau ada cheese lebih, letak laa buat topping ~



NOW IT'S READY TO BE EATEN!!

WAAH NASIB BEK MENJADI :D
*bangga tak terkata HAHAHAHAHAHA