14 March 2011

Resipi Lasagna Stazel

Segmen: Sudah Pantaskah Aku Menjadi Menantumu??kehkehkehkeh :8)


Kadang kadang aku tertanya tanya (idok pon sbnaqnya!haha), apakah ketika aku masih bayi comel yg didodoikan dalam buaian, tangan aku ni kena sumpahan oleh evil witch (sekarang, sila bayangkan watak evil queen dalam cite enchanted ) ke apa, karena tiap kali kalau aku nak buat apa apa, espesyeli bidang masak memasak KONPEM 85% takkan jadi!!! Naseb bek laa lagi 15% tu Alhamdulillah menjadi *urut dada dengan tenang. aaaaahh~


Sungguh, aku seorang failure dalam bab cooking cooking. walakin begitu ya temen temen~ aku tak pernah rasa putus asa, karena deep down di lubuk hati aku ni, masih ada sifat seorang kanak kanak yang gemar mencoba (sangat poyos di situ) . jadinya, esok aku nak try masak lasagna!!!!!



Okeh anda semua tertipu….



Post ni aku tulih 3 hari lepas, tapi baru semalam aku buat lasagna nyer~ hahaha


SEKARANG, AYUH JENGAH KE DAPUR!!!

okay, bahan bahan yang diperlukan untuk memasak lasagna ialah;
meat sauce - bawang besar, bawang putih, carrot sebagai punca fibre, rempah oregano atau oregano kering sesudu kecil, garam, lada hitam, sos prego sebalang besar, daging cincang, butter untuk tumis dan 3 sudu sos cili. maka setelah di campur adukkan semua, jadilah hasil begini..


TADDAAA!! okeh boleh tutup api.


meat sauce tu layer pertama ye puan puan hadirin hadirat sekalian! seterusnya ialah layer kedua iaitu cheese sauce - butter sesudu, garam, mozarella cheese (cheddar pon idok le menjadi masalah), tepung 2 sudu, full cream milk 1 cawan lebih and a pinch of oregano. masak sampai sauce menjadi pekat. hmm.. oh ya! cheese tu buh laa banyak mana nafsu serakah anda mahukan. tak menjadi problemo disitu.

sea of cheese!!




seterusnya kita boleh rebus lasagna shit tu ye. walaupun dekat kotak tu dia tulis tak payah pre cook, tapi kita precook juga menandakan kita rebel dengan arahan dan rasa kita lebih master!! HAHAHAHAHA. bukan apa, takut lasagna keras nanti tak sedap la kan. so kte rebus biar dia lembut sikit sheets tu. oh tip, masa rebus buh minyak sikit so dia tak melekat to one another.



lepastu susunlaa layer layer tu dalam bekas yang telah pun digreesekan terlebih dahulu. mula mula lasagna sheets, meat sauce, cheese sauce, sheets, meet, cheese dan ulang ulang sampai habis. cover dengan aluminium foil dan masukkan dalam oven untuk proses pembakaran selama 20 minit lebih.



susun lawa lawa. kalau ada cheese lebih, letak laa buat topping ~



NOW IT'S READY TO BE EATEN!!

WAAH NASIB BEK MENJADI :D
*bangga tak terkata HAHAHAHAHAHA

11 comments:

ainimohdnoor said...

ehh stazel, klau rebus lasagne sheet tue kan, ta hancur ke?
if ta rebus, keras kot.
mcm mne chef? HAHA :)

Stazel // Fieq said...

cehh aini, pandai mngambil hati ye..!
haha
tak hancur pon aini, asalkan jgn rebus lama sangat la. objektif kte merebus lasagna sheet tu ialah takut jadi keras eventhough dah masak dalam oven. kang langsong tak sedap kn? so kte rebus biar dy lembut sikit je. sikit jeeee. tak payah lembut sangat smpai mcm spaghetti noodles tu. nnt bila dah msk dalam oven, dy akan menjadi lebih lembut !


begitu le..
hahaha
tip memasak yg pjg lebar :D

Zaza said...

sjak bile kmu reti masak lasagna?

Stazel // Fieq said...

haih! mmg kte dah terer dari dulu larr. mu ni..
haha, idokle
baru try semalam! turned out sedap pulak :D

Wan Collection's said...

Wah, nampak sedap la stazel!!

:)

PIKON GHAZALI said...

wah wah. blh la tuka krjaye jd cep (chef) pulak lps nih. haha weh byk nye bhn! xpe2 nk try nnt~

Stazel // Fieq said...

kak wan : rasa nya pon enak!!
pok : maneade byknye weh. sikit je! haha.
yg len2 suma dah ready at home, yg sikit2 je kene beli. cube jgn tak cube!

izzah said...

lasagna SHIT or lasagna SHEET???

kite rasa kedua duanye membawa makna yg berbeda

sekian dari yang concern

Stazel // Fieq said...

saja nak mnguji pembaca manakah yang peka terhadap penulisan kte ni! hahahahahaha
tahniah izzah!!!

Syifaa H. said...

NYAHHH! SEDAPNYAAAA!

Stazel // Fieq said...

MEMANG PON!!!!