30 December 2013

Exam yang tidak adil


Sekarang ni dah masuk musim exam. aku tidaklah penggemar examination. aku suka belajar, tapi tak suka exam. tapi itu le, apalah guna belajar tanpa ujian. macam mana kita nak tahu tahap kita kan? tapi tapi tapi, aku tak suka la sistem exam dekat sini especially sooca. benci betol. sooca ni boleh buat student medic sakit jantung la lama lama. ketakutan dia tu sangat hebat. sebab sooca ni banyak pegang markah woo. kalau hang excel sooca, insyaallah, mde boleh lepaih punya.

Tak adil sebenarnya sistem macam ni. ate ye le, kalau orang tu terbuat sooca dengan tak elok atau, dapat case susah, atau dapat doctor cengey, yang menyebabkan markah direduce, or lebih teruk lagi, fail macam mana? dah laa sooca fail, lepas tu mde pulak dapat markah teruk. kesian gila. sudah jatuh digilis lori pula. tak ke mati kawan tu.

Ape ape pon, doakan lah aku agar dapat result yang bagus. ingat! pointer tak payah bombastic sangat, janji lepas nak naik tahun. tahape hape kan, tapi itulah hakikat. kakak pernah cakap, dalam banyak banyak examination, examination dalam medic lah yang paling tidak adil sekali.

Aku setuju.

Oh gambar atas tu masa kursus sembelihan. :)


12 December 2013

Outbound sukses

Tudia, gaya dah macam orang indonesia dah aku ni. tapi jangan bimbang, aku cakap indo pon terumbang ambing lagi. itu menandakan aku masih melayu tulen. *tak nampak correlation nya kan

                                   

Huaa huaaa

Okay, jadi haritu iaitu 7 december, program insaniah yang pelajar UKM wajib buat telah pon diadakan. program kami ialah outbound atas alasan haritu program insaniah kami mendekati masyarakat which is people, so how about if we try to mendekati mother nature. gitew.

Masa undian memilih program outbound ni dibuat aku baru pulang dari toilet. so bila balik balik aku tengok dorg semua tengah buat undian dan ramai angkat tangan, jadi aku pon ikut la angkat tangan sekali sambil mencari tempat duduk. bayangkan lah situasi itu. walaupun aku sebenarnya nak vote untuk program dihospital, tapi apakan daya, aku ke toilet lama sangat haritu, sampai terlepas. hmm takpelah

Jadi tempat outbound yang dipilih ialah di Grafika Cikole di Lembang. best gila ok! haritu entri yang lepas aku dah post time ketika kami survey tempat tu. masa tu nampak suram dan gloomy, tapi masa hari kejadian alhamdulillah cerah, cuma bila nak tengahari tu agak hujan. ha disitu ada kisah.

aku nak cerita dari bertolak sampai habis program ke eh? panjang sangat lah. aku dah la ada LI  yang harus disiapkan ni. ingatkan nak procrastinate sekejap je. kihkih

Pokoknya, ada banyak sangat cabaran yang dilalui. alah, aku rasa kalau aku cuma ahli ajk, mesti aku tak rasa pon apa kepayahan tu. mesti aku enjoy je bergembira tanpa memikirkan masalah apa apa.

Aku ingat lagi ketika ada aktiviti jambatan tali dua. time aku tengah naik tu boleh pulak hujan nak mati lebatnya. aku dah give up dah masa tu. walaupun aku nak control kuat dan macho, tetapi tak boleh. aku masih gegurl. lembik dan cepat putus asa. dah la ada masalah dalaman ketika tu. aku lagi la rasa nak give up, tapi aku buat jugak. caya lah

masa flying fox, best sangat. tak takut langsung. kacang botol je lah. malas nak cerita sbb kekacangan aktiviti tu.

Tempat grafika cikole tu memang cantik sangat. nampak macam ala2 setting cerita twilight. eceh. so banyak laa jugak gambar yang diambil di sekitar kawasan itu. nak lihat? silakan.

budak budak cocotians. nampak sangat kerendahan dirinya disitu.

 aku je satu satunya orang yang peka dengan keadaan sekeliling. tu yang pandang camera tu :)

ni cabin cabin dy yang cantik lagi comel. boleh la nak menginap dekat sini. ada camp fire lagi. ingat camp fire, bukan camp rock.

kenapa aku edit banyak sangat gambar? sebab nak reduce kan size le..

pose poyo

dah dekat Pondok Buah Sinuan. 

Pokoknya best la aktiviti ni. aku siap buat ucapan poyo lagi masa post mortem. menyampah dengan diri sendiri yang tiba tiba sentimental depan semua orang. aku bukan lah macam tu! huh. kena bajet gagah balik lepas ni selepas identiti sebenar diketahui.



04 December 2013

Hari hari aku

Sekarang ni aku busy sikit. tak suka la. packed sangat, tapi aku tak boleh nak merungut (walaupun ni dah pon dikira merungut, Allah..) 

dalam duk busy pon, sempat je nak update blog. ape kes bro. bukan ape, tahun ni punye post sikit benor, sementara 2013 ni still ada saki baki beberapa hari, aku akan cuba laa post seberapa banyak yang mungkin.

sekarang ni aku dah start jogging. tapi disebabkan busy, kadang kadang seminggu cuma 2 kali je. tak sampai pon 3. cuma kalau aku free sikit, dapat le 3 kali seminggu. jogging dekat unpad tu boleh tahan menguji. dy punya bukit tu buat muscle kaki overwork. silap silap bina otot pula. padahal nak bakar lemak! 

kalau nak jogging tu aku suka pergi awal. kalau boleh, 5.50 pagi dah gerak dari rumah dan naik angkut. so dalam 6 pagi tu dah sampai unpad. walaupun aku terpaksa berkorban 4 ribu untuk naik angkut pergi balik mulana, tapi aku sanggup. tak nak la jogging dekat mulana. bosan. bukit dy lagi cerun woo.

cantik taaaak. ni dekat area faculty pharmacy kot ni. hmm.

kadang kadang aku jogging hari yang ade kelas, which is hari rabu. lepas tu pergi mandi dekat sukaw (rumah nad) sebab nak jimat duit angkut. hahaha dasarrr.

sebenarnya, kalau kita tak nak, macam macam je halangan kite. ade kelas lah, banyak kerja lah. cuma nak ke tak nak je. 

saja nak ambik gambar kenangan dkt block twinning :)