25 February 2014

Dah pun masuk SEM 4

Sem 4 ni tak membuatkan aku sebahagia masa sem 3. aku pon tak dapat detect the reason, tapi biasalah tu, hidup tak boleh selalu nak happy je. tu aku dah pelajari zaman matriks dulu. kahkah

Tadi aku tersentap dengan kata kata seorang teman aku ni. tapi dengan sentapan yang baik dan menyedarkan. aku mengadu yang sekarang ni aku senang sangat terasa dengan orang. sensitif sangat. rasa macam sunyi dan tak best lah senang cerita. aku ada ramai kawan, tapi aku masih sunyi. which is weird. dah la satu rumah je dah 6 orang, how lonely can you be.

Dan kawan aku tu cakap, kalau kita rasa tak senang hati dengan orang, itu menunjukkan betapa lemahnya iman kita saat tu. zraapppp. hambik.

Betul lah tu. sebenarnya aku baru cakap dengan razima yang sampai sekarang aku masih lagi mengejar amal yang aku tertinggal. dan aku masih dalam proses mengejarnya, and it is hard as a matter of fact.

Insyaallah, bila kita menjaga hubungan kita dengan Allah dengan ikhlas, hubungan kita dengan makhlukNya juga terefek secara tak langsung. senyum.

Sedih macam mana pon kita dengan hari ini, ingatlah, Allah sentiasa ada dan tiada pon yang lebih penting urusan di dunia ini, selain mengejar redha Allah.

06 February 2014

Cuti sem yang pendek

Bukan aku tidak bersyukur, sungguh aku bersyukur. dapat pulang kerumah, melepaskan rindu pada famili dan bangi yang tercinta. dapat juga menikmati kemewahan sebentar dengan jamuan makanan2 yang aku tak mampu untuk makan di Indonesia atas faktor duit biasiswa yang TIDAK MENCUKUPI. namun, aku bersyukur :')

Cuma nya, kalau ada cuti lagi aku rasa nak balik lagi la. aku bukan apa, setiap kali nak exam aku jadi lemah sikit. so prior to exam, aku suka kalau mendapat lawatan or kunjungan dari mama or famili members just to remind me that I still have my family even if I don't do well in the exams.

Oklah, so what did i do during my semester break? we went out of course. every single day. there is not a day that we're lying in our beds at home. paling koman pon makan luar la. so setiap hari, hari kami diisi dengan jalan jalan dan makan makan.

Aku sebenarnya dah buat list nak makan apa balik ni, tapi bad news is, aku tak dapat nak makan kesemuanya. todia aih. teringat pula aku satu scene dalam cerite hunger games catching fire yang btw, aku baru tonton semalam! mak aih, best nyee. tak zabars nak tunggu bulan 11 ni untuk mockingjay part 1!!!

Antara makanan yang aku tak dapat makan ialah yogenfruz atau tutti frutti, subway, pizza hut, old town white coffee, nasi beryani dan fish and chips. hmm banyak juge. tak pe lah, mungkin aku boleh cari sinonimnya di Indonesia. walaupun agak sukar dan memerlukan pengorbanan, tapi kalau dah mengidam sangat takpe le.

Selain ke KLCC, alamanda dan ermm tu je la kot, kitorg pergi Melaka. sampai sampai LCCT je terus deme ambik, bawak makan dekat kedai chinese muslim kendian terus lah ke melaka. jauh juga perjalanannya aku rasa. rasa macam tak sampai sampai pon ada. dan bila sampai je masa tu dah petang, dalam pukul 3 lebih rasanya. sebab mama pon tak sihat, jadi haritu kami banyak tidur dan makan sahaja.


jonker street

Aku tak tau laa apa yang ada dekat jonker street ni sebenarnya sebab aku tengok takde apa apa pon! ke sebab baru pergi ke bahagian superficial dan tak sampai ke deep into the road? banyak kedai chinese dan orang chinese. memang tu je ke yang ade disitu? wallahualam. mohon bagi pencerahan.

Ha esoknya yang best sebab dapat jalan jalan dekat bandar melaka. aku bukan apa, tak pernah rasa jalan2 dekat melaka sebagai pelancong. tu yang bergambar sakan mengalahkan pelancong matsaleh. cuace pon terang elok je haritu so gambar pon nampak ceriye la. agak padat juga dengan manusia. ada rombongan dari indonesia dan juga beberapa backpackers omputih. orang orang kite pon ramaiiii.



Melaka ni best juga. tapi aku sebenarnya nak makan makanan yang sinonim dengan melaka. namun, aku tak tahu adakah ia wujud? jadi aku sibuk lah cari cendol sebab aku rasa mungkin cendol lah keistimewaan melaka. tak tahu dari mana aku dapat logik ini. last last kitorang beli dekat pantai ape tah. sedap laa jugak, tapi aku rasa yang dekat kuale lagi sedap. mungkin sebab dah dibesarkan dengan cendol tu kot. ye dak.

Yang kelako nye time kitorang nak pergi A Famosa tu, sebaabb tersalah a famosa. huaahuaaa. tulah dia. bila sedar dah tersalah, kitorg malas la nak naik atas bukit tu balik. halal lee. lain kali datang dah tau la yang tempat yang kitorg ingat a famosa tu is not a famosa tapi church. huuuuu

huaahuaa aku tak sedar pon ni sebenarnye thombstone gituu

Pokoknye best lah jalan jalan melaka ni. makan pon sedap. apetah nama kedai makan tu. tak ingat la tapi dy nama orang. seafood dy sedap walaupun agak lambat makanan sampai. aku maafkan.

tetibe.
 ok tata