14 July 2011

Kes

Tau tak benda apa yang aku paling benci? nak tau tak. mau nggak? mau. that is, orang yang biadap. bilamana aku encounter species species macam ni, mood untuk belajar bisa lesap, mood untuk mengutuk dan mencaci hina menjelma. biasa la kan, kalau orang rude dengan kita yang tak bersalah, mesti la kita geram dan benci, tapi kes aku lain. bila aku tengok seseorang biadap/kurang ajar dengan orang lain (dan orang itu orang yang baik hati dan banyak berjasa kepada kita contohnya pensyarah) aku pula yang berasap satu badan.

yang paling aku tak suka ialah pelajar yang kurang ajar dengan cikgu. kalau beramai ramai bukan main hebat kau nyaahh, tapi bila one by one dengan lecturer haa terdiam kaaaaaau. dekat belakang bukan main hebat pung pang pung pang duk kondem, bila cikgu tanya apa yang tak puas hati tahu pun pandang sebelah bajet tengah cakap dengan kawan la kunun. i despise people like you! the end.


07 July 2011

I want Friday!

wa pikir, jumaat ni wa nak jalan-jalan di sekitar pekan changlun la. sekadar makan angin dan beli coolblog perisa kegemaran, vanilla oreo. wanna join me? huhu sape je nak datang ceruk ni, ye dak?? *tak habis habis menghina pekan changlun!!HAHAHAHA

02 July 2011

Peristiwa hari ini

Hari ini, aku lari untuk Larian Satu Malaysia. bangunnya pukul 5:40. bersebab. jangan terkejut kenapa aku bangun awal sangat. aku pun terkejut kalau tak semena mena aku rasa ingin bangun awal tanpa sebab. haha. gue bangun awal karna perlu mandi sebelum memulakan Larian Satu Malaysia itu! yaaaaaaaaa kaum perempuan memang akan mandi terlebih dahulu sebelum melakukan apa apa aktiviti meskipun nnt akan berpeluh lebat. bukankah lebih mudah sekiranya bangun2 terus cuci muka dan spray deodorant. kalau pakai deodorant product nivea, pasti tiada siapa yg boleh meneka sama ada si pemakai deodorant itu sudah mandi atau belum, kerana bau badannya memang tak kan berbau! tapi sebab kaum perempuan memang pembersih pembersih semuanya, jadi tandas sudah sesak tatkala jam 5:40 itu.

kenapa 5:40 dah packed with people?? yaaaaaa hebat sungguh soalan daripada saudari berbaju oren di belakang! *imaginasi. sebabnya, kami diminta berkumpul di astaka jam 6:30 pagi. gilaba.

SEJAM KEMUDIAN, yakni pukul 7:30 kut baru start lari. aku pon lari lari dan lari. meskipun kaum lelaki buat tembok/benteng di tengah tengah jalan, aku selit selit jugak biar cepat sampai. kaum lelaki tidak berlari, mereka hanya berjalan. hirup udara segar mungkin. ataupun cover lari tak laju, jadi mereka mengambil keputusan utk berjalan kaki sahaja. sambil itu, pemandangan sekitar aku perhati. subhanallah cantiknya. kami melalui kawasan estet, bendang, kampung, parit dan sebagainya.

pukul 8:30 aku selamat tiba semula. ternyata tak ramai lagi orang memenuhi padang *ayat nak bajet sprinter la kengkonon!!hahaha. penatnyeee hari ni. dah laa lepas habis lari kene pergi kuliah. hari sabtu pulak tu. double the tiredness. hoh. mau nidur. tata!

01 July 2011

Larian 1 Malaysia


Esok aku mau Najib turun ke Changlun dan lari bersebelahan dengan aku. nah rasakan.