28 December 2012

T-H-E BEST HOLIDAY EVER

and here I am, today, studying my ass off. adakah wujud istilah itu? ahh. pedulikan. so basically, mama, kakak and aisyah datang bandung baru baru ni untuk berholiday. apa yang diorang tak tahu (walaupun i had told them several times) ialah aku pon cuti time tu. molek benor laa, dapat laa berjimba jimba dan shopping bersama mereka.

mereka datang agak lambat pada hari sabtu tu akibat macet yang teruk di jakarta lagi. macet tu berpunca daripada dua sebab; pertama ialah sebab banjir dan yang kedua ialah sebab cuti krismes baru nak bermula, so seperti orang malaysia, mereka juga turut berpusu pusu pulang ke kampung halaman meski tidak menyambutnya. oh how similar we are.

kami memulakan pengembaraan pada hari ahad dimana tempat pertama yang kami tuju ialah pasar baru. tipikel. tapi tu yang highlightnye ye dak. pada hari itu, mama telah berjaya merembat kain kain dan aisyah juga. telekung pon dema beli. banyak pulak tu sebab ramai pesan. aku tak beli pape pon sebab tak feel lorh. aku tak tau apa yang aku fikir masa tu. ahh kalau boleh mau saja aku tampar diriku agar tersedar dari lamunan. ohh ya lepas tu ktorang solat kat masjid atas paba tu. lawo masejidnyee.

tunggu giliran saaat...
lepas tu kami pon pergi le makan dekat kampung daun, tempat makan paling best sekali. kampung daun ni nak describe camne tah, dy macam perkampungan gitu. memang comels you. masuk masuk ada pintu gerbang dia. pastu aku perasan cam ada rumah rumah sikit, tapi tak tau laa tu halusinasi ke apa, kendian sampai laa ke tempat makan tu. masa tu hujan you olls, cakap keluar asap. aisyah agak jakun dan berkali kali menghembuskan nafasnya. tidakkah dia tahu nafasnya bisa membuatkan tumbuhan dan manusia mati? procedure dia, mula mula masuk, and then bagi nama kat counter and cakap berapa seating. nanti bila saung available dia akan panggil nama ibarat tunggu giliran berjumpa dokter. bila dah dapat saung, kitorang pon order la makanan and then pergi beli jagung bakar sambal yang di grill di luar. makanan tiptop, tambah pula dengan suasana yang nyaman. terbaik.
ni la Kampung Daun. comelkan saung dia. sorry gambar dekat kakak, so tak leh nak post kat sini banyak banyak


malam nya pergi manaaaaa? RUMAH MODE-DE-DE-DE-DE *echosound
and then we went back to the hotel. the hotel that mama had booked was hotel Gino Furici. banyak kali juga aku buat lawak dengan aisyah seolah olah mahu order di restoran, "bagi gino furici satu, extra cheese" kerana bunyi nya seakan akan sejenis masakan italian seperti spagghetti
.
in front of the christmas tree decoration at the hotel

esoknya, kami semua memulakan hari dengan bergambar di Jonas Studio. apa yang aku mahu katakan ialah, memang daebak lah Jonas Studio. dah la besar, macam kompleks apa laa, pastu sistem canggih dan laju. di situ kami telah mengambil gambar keluarga. kalau ada yang mahu melawat bandung, pergilah bergambar di Jonas Studio. seingat aku ia terletak berdekatan dengan Jalan Riau. insyaallah kalau tanya supir mereka mesti tahu. kemudian kami ke FO di Jalan Riau berserta Jalan Dago. setelah itu kami ke PVJ untuk makan makan dan shopping la, takde lainnya aktiviti kami ni. hanya makan dan shopping.

pilih gamba. alaa lupa nak tangkap gambar Jonas Studio yang cantik tu. rugi.

oh yaa tengahari itu kami makan di The Stone Cafe. pada mulanya, kami merancang mahu makan di Sapu Lidi, sejenis restoran yang menawarkan (ape poyo bnor ayat ni?) tempat makan bertemakan sawah padi. memang terbaik juga tempat itu (aku pernah pergi dulu), tapi atas cadangan pak hasif, maka kami pergi la makan kat situ. The Stone memang BEST! dapat juga aku lepas rindu (tolong laa nyaah) pada fish and chipss! tapi takde chips pon. wuuu. chips tu digantikan dengan hash browns. tapi pemandangan dia memang tiptop. subhanallah.
i love you



hari ketiga mama, kakak and ecah sudah mahu pulang ke Malaysia. tapi sebelum tu ktorg ke PaBa lagi untuk membeli barang barang yang terlupa untuk dibeli. berjaya juga aku menyambar jubah dan shawl untuk aku. mama toksah kate laa, jubah dan kain berjaya dibawa pulang (macam roda impian pula). kakak pon beli jubah tapi untuk kawan dia. aisyah, hurmm apa ye dia beli? dia banyak beli kat FO je. kelas you olls.

petang tu aku hantar mereka pulang di jakarta. sedih tu sedih juga. tapi takla sedih sangat sebenarnya. insyaallah nanti bulan 1 kan aku balik. chillek ah.

21 December 2012

Little things

Sudah beberapa hari ini aku asyik diarrhea. teruk laa jugak. tak tau bacteria mana yang berjaya invade immune system aku ni. cayalah sama lu bacteria.

Aku fikir, "ahh tahan je laa najwa" setakat diare je, ramai lagi yang kena. so hal itu membuatkan aku tak ke klinik. tapi setelah berlanjutan selama beberapa hari dan progressive nya makin teruk, aku jadi khuatir kalau kalau nanti aku kena dehidrasi. nanti nak study pon tak larat pastu camne nak berfoya foya dengan famili hujung minggu ni (oh ya, mereka bakal datang sini esok! hip hip horaaayy!) aku pergi jugak ke klinik semalam dan dapat laa ubat ubatan.

Apa yang berlaku dalam minggu ini sebenarnya memberi peringatan kepada aku untuk bersabar dan jangan merungut. tapi aku ada jugak merungut sebenarnya wuuuu :'( . kita sebagai manusia ni cuma mampu merancang. contoh macam aku, aku siap dah buat plan dah nak study ape, bila patut habiskan, tapi siapa expect tiba tiba aku boleh jatuh sakit. bila aku merungut tu sebenarnya aku secara tak langsung telah marah dekat Allah sebab tak ikut plan aku. sedangkan plan aku ni semestinya bukan plan yang terbaik dan sempurna. jadi sebelum apa apa pon kita nak luahkan or rasakan, fikir apa hak kita untuk tentukan apa yang terbaik untuk kita dan bersyukur dengan nikmat yang masih kita dapat rasakan.

Oklah, so skang aku nak biar kome denga lagu ni.

14 December 2012

Istanbul aku datang

Kalau aku nak mention cerita ni mesti aku tersebut/tereja instanbul. hahahahaha mcm instagram daaaa. kena lembutkan lidah nih. kang memalukan diri sendiri pula.

Eh kome dah tengok dah ke cerita ni? aku pon baru je tengok dua hari lepas. tengok pon kat youtube je, dengan qualiti seminima mungkin untuk mengelakkan buffer. aku sebenarnya tak berniat pon nak tengok cerita ni. percayalah, aku bukan peminat movie melayu. dulu masa aku tengok nur kasih the movie pon sebab nak ikut trend semasa. sebenarnye genre aku lebih kepada aksi, adventure, tembak tembak, harry potter, lawan, spy, secret organization, time travel haa gitu. aku tak tau laa kenapa aku suka cerita macam tu.

Tapi tak bermakna aku tak layan cerita cerita lain. macam contohnye, the proposal. kan chick flick, tapi best je.

ok berbalik kepada cerita Istanbul Aku Datang. tahukah hgpa istanbul tu kat mana? tahu tak??? aku pon tak tau! hahahhaha. *igorant* tapi serious cantik gila istanbul dalam cerita ni. Ia membuatkan aku terfikir, apsal aku tak tau kewujudan turki (kat turki kan? tolong jangan malukan aku dan katakan yaa!!) sebagai sebuah negara moden yang cantik selama ni? Ia juga membuatkan perasaan aku untuk mengunjungi Istanbul meningkat tinggi.

So tanpa diminta aku ingin membuat synopsis untuk cerite ni. cite ni mengisahkan Lisa Surihani yang nak jumpa Tomok aka boyfriend dia di Istanbul. tapi dia dapat rasakan yang hubungan dia dengan bf dia semakin distant. masa lisa tengah cari rumah sewa, dia pon jumpa dan duduk la di sebuah apartment yang cantik. keesokannya baru dia dapat tahu rupanya rumah sewa tu rumah seorang lelaki lain. rupenye dia dah ditipu. duit pon dia dah tarak. so dia kena jugak stay situ tanpa pengetahuan Tomok. yang housemate dy tu Beto Kusyairi. best laa cerita ni sebab lawak! Beto lawak and Lisa hebat laa berlakon. cerita dy tak lembap so tak laa bosan :D

cantik kat dia buat effect macam ni. macam soft je sepanjang cerite tu

Sebenarnya cerita ni membawa banyaaaaaaaaak pengaruh buruk kepada remaja dan orang tua serta kanak kanak di Malaysia. kenapa aku tak emphasize remaja je? kerana orang tua yang terpengaruh ni juga memberi kesan kepada sosial remaja. kalau aksi aksi yang ditayangkan tu dah dijadikan norma, yakni orang tua pon malas nak masuk campur dan tegur, maka ini lah yang akan menyebabkan remaja makin wild! tak gitu? kalau kanak kanak pulak sebab dia tak tau pape, so dy rasa okay lah kot berperangai macam tu.

08 December 2012

More and more metaphores

Mungkin aku ada belajar sesuatu dari apa yang telah berlaku. Membuatkan aku lebih nampak haluan dan tahu tindakan apa yang harus aku lakukan. Sungguh aku cuak, dan aku tahu kau juga. Kenapa saat genting macam ni tak kita manfaatkan masa yang Allah berikan dengan sewajarnya. Masa tu takkan kembali dan sangat berharga. Tak patut langsung masa tu diibaratkan seperti emas.

Sebenarnya aku tak nampak kebaikannya. Kita belajar, benefit seharusnya lebih daripada risiko bukan, dalam penyediaan ubat dan rawatan. Tapi ini, benefitnya samar samar. Ada macam macam cara sebenarnya, yang mampu memberikan hasil yang sama seperti objektif. Proses ini ibarat satu pusingan. Setelah penat dan letih apa pon kita tidak mampu buat bukan? 

Masa tu bukan lah emas. Lebih daripada itu. Jangan lupa tanggungjawab kita diberi nyawa. Apa medium kita selepas ini kalau medium tersebut tidak kita jaga? Hidup dalam kerugian itu adalah sia sia. 

Susah juga bila diberi kuasa, paling mudah untuk kita membuat dosa bukan?

01 December 2012

Shopping

Semalam aku pergi bandung, best tu memang best. tambah tambah aku ni yang memang kuat jalan jalan makan angin. sebenarnya dulu aku tak macam ni. Ada satu zaman dulu aku laa insan yang paling malas nak keluar rumah. Tapi aku telah undergo satu transisi bila aku masuk sbp sebab masa tu baru aku sedar betapa susahnya nak cari peluang untuk menjengah ke dunia luar. tudia aih!!!

Waaah kagum sebentar..

Okay, so semalam aku pergi bandung *termenyimpang pula tadi. tapi aku tak beli pape pon, sebab aku cuma teman kawan aku je cari ole ole untuk family dan menerima pesanan dari kawan kawan. tambahan pula aku sekarang dah agak ketiadaan wang. makanan pon dah kena catu agar tak exceed perbelanjaan harian. sedih bukan? hu..

Aku pon dilantik sebagai fashion consultant. kalau setakat baju perempuan boleh la aku nak consult mengikut trend semasa, tapi ni nak cari baju adik lelaki dia. memang aku tidak menuntut apa apa ilmu baju dan fashion lelaki terkini! jadi bagaimana? aku pilih je mana mana pon yang aku rasa simple. kadang kadang aku terpaksa bayangkan kalau aku seorang lelaki, apa yang aku akan pakai. sampai macam tu sekali...

Semalam yang join ekspedisi ni (Aten, Ilah, Fathin dan kak Raz) semua nak beli ole ole untuk family. semangat dema nak membeli. ada yang beli Blackberry untuk adik, handbag, jubah, beg untuk adik, tshirt kemeja laa and banyak lagi. kalau nak harapkan aku ni ha, satu pon tak beli lagi untuk ecah dan kakak. eh tak juga! lupa pula aku baru belikan ecah gelang ditepi jalan hari isnin baru ni. bukan ape, aku teringin jugak nak bagi hadiah sikit sikit, tapi sebab deme nak mai sini, so baik dorg pilih sendiri ye dok? tapi kalau aku nak belikan pon aku beli baju je rasanya. kakak memang gilakan baju/pakaian. buat aisyah pula, mungkin beg atau cd criminal minds yang dijual disebelah waroeng acheh sudah memadai. buat mama pula, mestilah jubah hitam bermanik atau kain baju kurung or kebaya. ah kasihan, aku hanya mampu merencana.

So mula mula kami pon pergilaa pasar baru. pasar baru baru nak beroperasi kami dah masuk. yang bestnya kalau datang awal pagi ialah senang nak dapat murah. ucapkan dialog "teh, kasi aja ***ribu. pecah telur teh!", nescaya dapat potongan sedikit. aku perhatikan ramai pula warga malaysia di situ yang rata ratanya mempunyai satu misi yang sama iaitu SHOPPING! rasa eksaited pula bila nampak orang malaysia. aku cuba buat eye contact untuk bertegur sapa (eye contact merupakan step pertama sebelum senyum!), tapi ternyata mereka sombong. step satu pon aku tak lepas lagi wehhh. jadi ingatlah *tiba2~*, budaya orang sini, diorang sangat rendah diri dan baik.

Lepas tu pulak, kitorang pergi ke FO. tapi disebabkan tak makan makanan berat lagi so ktorg pon cari lah kedai makan dekat sepanjang jalan dago tu. tup tap jumpa kedai makanan arab. so apa lagi, bertapak lah ktorg di situ. tapi sayang, makanan dy mahal tapi tak sedap. bukan tak sedap pon sebenarnya, tapi tak berbaloi laa. bila pergi kartika sari (across the street daripada kedai makan tu) nampak pulak ada ice cream. aku dan razima dah terliur sambil meninggalkan cap jari di kaca peti ais ice cream tu, tapi sebab makanan arab yang mahal tu, kami tak mampu membelinya. kami beredar dan terus cari baju adik razima.

Taste adik razima ni macam taste kebanyakkan budak lelaki sekarang ni, tapi nak cari baju lelaki ni bagi aku sangat susah, baju perempuan lagi senang nak cari sebenarnya. unless kalau tshirt. lepas satu kedai, satu. sampai laa hujung jalan dago tu baru beli kemeja untuk adik dia. lepas tu baru kitorang balik. sampai unpad dalam pukul 10 lebih la jugak. ok bye. ngantuk.

18 November 2012

Hold My Hand, KAMI

KAMI tu apeeee? KAMI tu Kelompok Anak Malaysia Indonesia. Alhamdulillah dah habis pon program ni. Penat ohh. Lega sebab dah habis. Aku nak bubuh gambo je ni haa ngan highlight highlight nya, tak kuase aku nak menaip satu satu insiden harini.

Pagi tadi bangun pukul 4.08 pagi, pastu teghuih semayang subuh, siap siap and bertolak pukul 5.00 pagi. Dekat sini pukul 5 tu dah cerah dah sikit sikit, so hangpa jangan la kagum sangat dengan kekuatan mental aku untuk membangunkan diri pada hari ahad.


Sampai sampai je, disebabkan aku Biro Multimedia, aku kena laa tangkap gambar especially semasa preparation. Jadi aku pon tak buat laa kerja kerja gotong royong atas alasan aku nak ambik gamba hangpa semua nak masuk dalam pendokumentasian. hahahahaha

Yang tak bestnya hari ni ialah bila dia dah start hujan. Mula mula renyai lagi, wa tarak heran sangat, mai tang lepas zuhur tu terus menjadi jadi pulak. Riso pulak aku kalau kalau banjir Sukawening tadi. Selain daripada itu, yang tak best nya bile aku sakit tangan sebab pegang kamera azizi yang gedabak tu. Kaye benor sampai tambah macam macam accessories!!!


Yang bestnya bila aku dapat jumpa budak budak, makan makan dan makan, belajar tangkap gambar, main main dengan budak budak twp12 yang tak betul dan menjayakan program bakti sosial ni.

Kalau aku akhiri entri dengan perenggan tadi macam tergantung laa pulak, so skang wabilaihitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


17 November 2012

Apa aku pikir

Assalamualaikum kome. Lame kan tak update? Alaa bukannya orang kisah pon, tah tah blog ni cuma monolog aku je *tacing

Tapi takpe, aku boleh convertkan blog ni jadi macam diari. Senang la aku nak keep track benda yang berlaku sebab aku ni bukannya ada photographic memory, benda jadi semalam pon aku tak ingat! HAHAAHAHAHA *perlu makan kurma dan madu

So sekarang ni aku nak cerita benda yang paling hampir berlaku iaitu Program Hold My Hand. Alah boring nyee. yep. Tapi sebab aku rasa menarik, korang takde pilihan lain kecuali baca or ekzit. hohohoo. Dari bulan 10 lagi program ni dah berjalan, tapi hari ahad ni baru tarikh perlaksanaan dia berlangsung. Semalam aku sibuk cat dinding dekat sebelah masjid at-tin pastu cat bilik wudhuk. Saje je nak teman Razima~ Best. Lepas tu makan dekat MD and terus pergi survey rumah Maulana yang aku dah cop dari senior 3rd year. Deme semua baik-baik. Terharu you. Aku lupa nak ambik gambar rumah tu tapi agak cekik darah oh harga dy. Nak kaut untung je lebih. Aku tak paham kenapa orang boleh jadi semakin tamak bila Allah dah kurniakan nikmat yang mencukupi? Mana lebih penting, tanggapan orang terhadap kita ke keuntungan harta yang boleh habis bila bila masa? Sedangkan tanggapan orang terhadap kita tu akan berkekalan selagi orang tu masih ingat.


 Ni har khamis hari tu

Haihh. Pastu hari ni pula ada kerja gotong royong dekat desa tu. Mai mai punya lah panas terik. Dalam sekelip mata je hujan lebat mencurah curah ke daun keladi yaw! Penat dan kotor kot lecah sana sini. Ada budak kecik ni lagi selamba, buat slide dalam keadaan berbogel. Hahahaha lawak sungguh.


elok je teghang.. tup tap petang teghuih hujan :(

bagi kupon 

So esok pulak ada kelas UKM pukul 8 pagi untuk program hold my hand ni pulak. Aku penat sebenarnya. Tapi aku tau bukan aku sorang je yang penat, ramai lagi yang tak larat dengan senam robiknye, dengan report laa, kira jam kredit laa and macam macam lagi. Apa excuse aku?



Waahhh awat aku rasa aku dah matang ni?? Fuhh.

18 October 2012

16 October 2012

Post Serius

Haiii. ape kabar korang. pikon, mana blog hang menghilang? mohon dijawab di bahagian komen di bawah. hahahaha

Hal serius, kita raya tarikh berapa haribulan? yang aku tau jumaat minggu depan kan? hari isnin tu aku terus ada exam. exam ni merupakan exam pertama yang akan aku ambil jadi aku rasa sangat takut sebab aku tak boleh nak tetapkan level nya lagi. macam dekat matriks dulu, tips kalau nak tau yang kau boleh dapat 4flat ke tak ialah, kalau kau rase kau dapat jawab semua soalan, ha insyaallah kalau ada rezeki, 4flat dalam genggaman. bila aku cakap "kau rase kau dapat jawab semua soalan" tu bermaksud kau dapat mengisi jawapan pada soalan walaupon kau tak sure tu betul ke tak. tapi kalau exam dekat sini aku mana tau nak tentukan macam mane ye dok? takut.
pecel lele terbaik di restoren suroboyo

Sekarang ni aku baru start study balik case-case lama. lambat kan? nak buat camne, busy gile. busy ape pon aku tak tau. oh ya! aku dapat fikirkan satu! aku busy main badminton. aku masuk pon saje2 je, rupe rupenye amekkaw, tak cukup sehari main dy pi sambung minggu depan plak. burn hari sabtu yang aku kasihi teramat sangat itu!!! sabarlah duhai hati~

hari khamis baru baru ni sepatutnya first year takde kelas kan? aku fikir boleh la study lebih sikit tapi tak, aku kene buat KITAS pula. KITAS tu apa? aku pon tak tahu sebab aku malas ambik tahu. baik aku ambik tahu metabolism of protein/lipid daripada aku tahu pasal hal tu. angkuh kan? hahaha

Esok pula, petang insyaallah aku akan pergi ke Sukawening sebab nk buat shooting untuk video promo kat sana. bunyi macam best kan? aku memang suka buat benda alah macam ni walaupun tak berbakat! aku rasa kalau aku mengejar cita-cita berdasarkan minat yg tulus, mesti aku akan berkecimpung dalam seni animasi macam upin ipin macam tu (dekat sini upin ipin fenomena gila sama macam dekat malaysia).

Cakap pasal raya (tiba tiba) aku rasa sedih sebab dah tiba dah raya aidiladha. bagi aku bila aidiladha muncul menandakan raya berikutnya merupakan satu tempoh yang lama. ye laa. lepas ni kalau nak raya kena tunggu raya aidilfitri pula. dah laa kena lalui puasa sebulan dulu baru boleh menyambutnya. aku fikir, raya haji tahun ni aku pakai baju kebaya indonesia yang aku beli 2 tahun lepas kot, tapi tudung nya tiada. so aku kena beli tudung la gamaknya. ayat last takde motip.

aku suka gambar ni :D

oklah aku dah mamai sebenarnya. tu yang aku tulis merepek repek tu. ok lah bye2. muahxx

02 October 2012

Back to school



ni bale kafe yang selalu bukak lambat. time aku pegi kelas mesti dia tak bukak lagi. setelah aku amati corak perniagaannya selama sebulan, aku dapat membuat kesimpulan yang pasti iaitu cafe ni bukak jam kurang lebih setengah dlapan. haa tu maksudnya tujuh setengah kalau lo mau tau. *impressed right? MWAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

originally, I want to put in a lot of photos but the wifi here is being a scumbag. makanya satu aja duluan ya :) wink wink
*kejadah nak wink wink pulak

09 September 2012

Sepatah dua kata


Selamat hari raya semuaaa.. maaf zahir dan batin. Setahu aku kita masih berada di bulan syawal, jadi adalah tidak terlambat bagi saya selaku umat islam yang berpuasa sebulan di bulan ramadhan untuk mengucapkan salam idul fitri.

Buat pengetahuan kita bersama, aku sekarang dah pon tiba di bandung. Seronok juga berada di sini setakat ini. Kawan kawan semua baik baik belaka. Itu yang penting buat aku kerana aku jenih yang takleh hidup kalau takde kawan. Puahahahaha dasar tak reti berdikari. Benarlah kata kata kawan aku seorang ni yang bernama wafi dimana beliau berkata bahawa “ko nih suke buat geng kan?”. Ya. Bener. 

Tapi di sini aku tidak membuat geng. Sesampai sahaja 31 ogos tempohari di bandung, memang rasa chill (bukan air tin berperisa cincau itu. Hahaha lawak bukan?) bila keluar dari pesawat. Hujan pula pada hari itu setelah sudah hampir 3 bulan hujan tidak membasahi bumi.

Pensyarah pensyarah dipanggil dosen. Meskipun ada yang gagal menyebut dengan sebutan yg benar (ramai menyebut dorsen) tapi usah khuatir, kerana panggilan doc juga diterima. Kuliah dimulakan seawal 8 pagi, namun aku dan ina masih menjadi orang terakhir untuk sampai. Tak tahu kenapa. Dalam apa jua urusan seperti medical check up, seminar, kuliah dan sebagainya kami tetap lambat. Sampai selalu tepat pada masa sahaja. Tersesat sudah menjadi kebiasaan. Ketika inilah kami menggunakan pengalaman menonton sinetron bawang putih bawang merah in action kerana kami akan bertanya kepada pelajar indonesia dimana terletaknya bangunan yang kami hendak tuju.kalau berterusan, kami dijangka fasih berbahasa indonesia tidak lama lagi.

Bilik tidur pula seorang sebuah. Aku dapat bilik F2WA no 1. Setakat ni aku tidur dengan membuka lampu kerana takut terkejut ketika terjaga dari tidur ditengah malam. 

Oh ya, rakan-rakanku..

Aku minta maaf sebab tak bagitau yang aku pergi bandung. Mesti korang terkejut sebab tau tau je dah fly. Eh silap, tau tau je dah tukar timeline kat facebook yang aku lagian sedang attending Universitas Padjadjaran. Minta maaflaa. Kecuali kau yang aku tulih entri sebelum ni. Sebagai tanda menyesal, aku akan post gambar2 aku di bandung eh? Is it alright? Hahahahaha.


13 August 2012

That guy really pissed me off lah

Hey aku bengang betol lah. aku tak kira la kau tulis tu under gurauan ke apa sebab ayat kau tu kasar sangat. apesal la pulak compulsary untuk aku laporkan kat kau aku nak belajar mana ke apa? tak paham aku. aku cuma bagitau kawan baik aku je. yang lain lain tu tau sendiri sebab tengok kat FB aku sebab mak aku suka share dan tag aku. sedangkan status FB pon aku tak update, ni kan pula benda penting.


Bukan aku taknak sebarkan berita baik, masalahnya aku ni memang tak cerita semua benda kat FB. jadi tolong lah paham. takde maknenya kalau satu hari kau nampak aku tulis example la kan "alhamdulillah, got this or that". I will definitely not do that. kau tau kenapa, sebab aku takut orang tak suka. kalau kau naaaaak sangat tau, ape masalahnya kalau kau tanye aku. aku akan bagitau terus laa. haihh kau buat aku panas betol lah. yang kau pulak pergi tulis kat status kau. so sekarang aku pulak tulis kat sini.


Satu lagi, aku tak bagitau orang ramai sebab masa tu aku tak confirm lagi nak pergi ke tak. sebab tu bila syima tanya aku nak pergi ke tak, aku tak jawab. kang kalau aku bgtau awal-awal tetiba MARA tak jadi sponsor, ternganga aku. kenapa aku cakap camni? meh aku cite. sebab borang MARA tak sampai kat rumah aku unlike orang lain, aku kena print out sendiri dan hantar masa betul2 tarikh tutup dia. aku takut ada kemungkinan permohonan aku tu tak sempat sampai ke apa. haaaaiiihh.


Hari rabu hari tu aku kena berkumpul dekat UKM sebab kena buat visa, sign perjanjian dan isi borang MARA. dua malam aku dekat sana. lepas tu bila balik hari jumaat lepas, barulah kirenya confirm pergi. yang kau emo sangat tu dah kenapa.

universitas padjadjaran. bukan chiquititas, tapi universitas! HAHAHA lawak bukan?

 Okay lah people, aku sebenarnya tak nak tulis entry ni dalam keadaan marah marah macam ni, tapi memang aku berniat nak buat entry khas untuk ni. aku takut aku terlupa nak inform dekat kawan kawan aku yang baca blog ni walaupun aku rasa insyaallah, hangpa semua ramai yang dah tahu kot enn? huhu.

Aku dapat program twinning UKM-UNPAD dan akan bertolak 31hb nih, insyaallah. hang tau dak kat mana? kat Bandung lohh. pre clinical kat sana akan mengambil masa 3 tahun, pastu clinical nanti baru sambung balik kat Malaysia. haa gituww.


ps: aku haraaap sgt kau baca walaupun aku rasa kau tak tau pon blog ni wujud.

27 July 2012

Frustrated while praying taraweeh

Salam Ramadhan everyone! hari ni dah 7 Ramadhan ke eh? Sebab kalau 8 Ramadhan, itu maknenye birthday aku dah tiba! yaaaaayyy. Homaii maknenye aku dah 20! ciss.

Ahh gasaklah, nak feeling mude forever senang je. beli je laa cadar Dora the Explorer ke, set pinggan mangkuk plastic Barbie ke, itu sudah memadai.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini, aku rasa tertekan bila solat terawih baru baru ni. peristiwa yang buat aku tertekan ni tak kelihatan di matriks mahupun di Samura dulu. Hgpa boleh teka tak ape dy? takpe aku jawab sendiri persoalan aku! yakni makcik makcik yang tak nak rapatkan saf time solat. aku dah suruh rapat *dengan adab yang sopan* tapi makcik makcik still taknak berganjak. hal ini telah membuatkan aku menjadi tidak khusyuk ketika bersolat.


tadi pula, selepas selesai sahaja aku solat ishak berjemaah, mak cik sebelah aku plak complain suruh aku jangan rapat sangat sebab nanti tak muat nak duduk masa tahiyyat. *facepalm*
Actually aku tak himpit langsung okay, dan makcik punya space yang mencukupi untuk duduk tahiyat, makcik duduk je nanti saya ejas sendiri untuk keselasaan solat kita semua (sebab aku duk hujung!). aku kira kira, aku hanya mengenakan daya sebanyak 2N sahaja keatas makcik (N = newton). tak himpit ponnn. wuuuuuu.

enough about me, how's your taraweeh? lain kali aku bercerita lg, nnt hangpa bosan. okay, tadi aku sempat laa bukak group dekat facebook and I discover a lots of funny stuff. it is better than 9gag wokeyyh (baca dengan nada sengau).



hahahaha this one is so true!!

this is exactly like me. hence, can barely open eyes when eating.


sekian, wassalam..

17 July 2012

My List of Korean Movies


Boleh kate banyak movie korea ni yang seronok dan memberi inspirasi sesudah kte menontonnye, tapi ada jugak yang boleh bikin trauma dikemudian hari selain membazirkan masa. Oleh itu, aku ingin menghulurkan bantuan dan meringankan beban (ecehh) dengan membuat review, movie mana yang taraf berbaloi baloi, so kome after ni tak payah laa  buat kesilapan dengan menonton ceghite korea yang ntah hape2. (idea murni HAHAHA)


100 days with Mr Arrogant
Aku tak tau kenape ramai sangat orang suka cerita ni. Haa donga je gitu hangpa pon mesti dpt teka aku akan bagi review mcm mana ye doks? Okay, cerita ni tak inspiring langsung. Lawak dy pon tak berapa lawak, pastu ada certain part tu sangat lah gross! Kalau hangpa tengok sambil makan, mau nya tak lalu dah makan seminggu sebab otak asyik ulang tayang part tu! Kisah percintaan antara hero and heroine tak sweet sangat pon and cerita ni takde plot yg menarik. Sekiaaaaaaaaaaaann. (2/5)


Hello Ghost
Cha tae hyun ni memang actor kegemaran aku ah. Muka dy tarak handsome sangat tapi lakonan dy best wooh! Cerita Hello Ghost ni bukanlah cerita hantu yg menyeramkan cuma hero dalam cerita ni boleh nampak roh roh orang mati. Diawal cerita, kte tak nampak sangat apa yang dipikiokan oleh director kerana kte tak paham sangat kaitan antara watak watak, namun bila mai part semua teka teki dah terlerai tu, mula lah berjujuran ayer hangat. eh. Air mataaa.. movie ini boleh dikelaskan dalam kumpulan komedi, spices of life and romantic. Overall best! (4/5)


The King and the Clowns
Movie ni bertemakan historical and homosexual. Synopsis cerita dy macam ni, ada 2 orang ni, kerja mereka ni ialah buat street shows untuk menyara hidup. Salah satu drpd clowns ni Lee Jun Ki. Dia ni cantik macam perempuan sampai orang yg selalu tengok street shows ni pon ramai yang tertarik dgn kecantikan dy  walaupun dy seorang lelaki. Golongan bangsawan yang kaya selalu booked dy time malam untuk melepaskan nafsu mereka sampaikan kawan dy yang sorang lagi tu dah tak tahan dengan semua ni dan bertekad nak lari pegi ke bandar lain bersama2 lee jun ki. Kat situ dorang still buat street shows dan serta merta dorang jadi femes, but then the king got interested in them and he asked them to be the palace clowns. Mula-mula memang dorg dapat hidup mewah, tapi kehadiran dorg tu telah menyebabkan kucar kacir dalam istana. Setiap kali diorang perform, ade je yang dibunuh sebab …. Haa hangpa tengok laa noe. Cerita ni serious sket, tapi menarik sebab dy sebenarnye fusion antara fiction and non-fiction. 2nd highest grossing dalam industry perfileman korea habaq haannggg! (3.9/5)


200 pounds of beauty
Ni aku rasa ramai dah yang tengok nih tapi aku setil buat review sbb nak panjangkan post entri ni! Hahaha keji. Okayy, movie ni lawak tapi tak laa sampai LOL. Macam geli hati ade laa. Plot dy menarik dan senang untuk difahami. The reason movie ni famous di korea adalah kerana plastic surgery is sooo significant among them. Artis artis pon ramai yang buat plastic surgery even sikit sikit seperti double eye lid tu. So they relate more. Ending cerita ni pon perfect dan aku rasa berbaloi untuk ditonton berulangkali. Tak sedar masa dah berlalu bila tengah khusuk menonton nya puunnn. (4.5/5)


epic scene
Speedy scandal
This is by far the best movie ever! Actornya tak lain dan tak bukan cha tae hyun actor kegemaranku! Memang tajuk movie ni macam tahape hape, tapi percayalah movie ni ada kesemuanya. Hang cakap nak apa? Sedih? ADA! Lucu? ADA! Romantic? ADA! Comel? ADA! Family? ADA! Haa semua ada. Movie ni seronok disebabkan 2 role yang memainkan peranan yang sangat penting dalam kesuksesan movie ini. Satunya Cha Tae Hyun, satu lagu Hwang Gi Dong iaitu budak berumur 5 tahun berambut kerinting yang sangat comel! Cerita dy macam ni, hero cerite ni merupakan seorang dj di radio yang telah tidak famous. Suatu hari out of the blue, ada seorang perempuan bersama anaknye dtg dekat apartment dy. Rupa2nya perempuan tu anak dy yang dy tak pernah tau! Macam tu laa hidup dy berubah dalam sekelip mata je. Pokoknye movie ni terbaik! (5/5)

part 2 sat lagi ye

14 July 2012

Test jpj

Akhirnyaaaa!!!!  AAAAAWWWWW YEAAAAAAAAHHHHH *skip-and-dance-in-circles*

hamboihh makcik, dan dan ler dulu..

Setelah cobaan buat kali kedua, akhirnya lulus jugak test jpj di jalan raya. Alhamdulillah! Praise be to Allah SWT. Lolly pon nampak gayanya lulus dengan cemerlang part di dalam litar setelah kecundang di bukit pada ujian 2 minggu sudah! 

So sekarang kite tunggu kereta yang diorder sampai ke rumah and lesen kereta untuk siap dibuat dalam tempoh lebih kurang seminggu. huuu insyaallah tercapai laa jugoks impian dinda nak bawak kereta pi bazaar ramadhan sendiri! hehehe

09 July 2012

Loss of appetite

Hoi hangpa suma! pa habaq wehh. lama dah aku tak bercerita di blog yg tak ramai orang membace nye pon. tapi takpe, sebab aku suka baca balik entri entri yang aku pernah tulis dulu. rasa lawok pon ade.

Sekarang ni kan, selera makan aku dah semakin menurun. aku dah tak rase bernafsu sangat dah bila tengok makanan depan mata. kadang2 bila aku tengok gamba2 makanan dekat blog orang aku rasa macam fuuihh sedapnya, tapi bila terbentang dekat depan mata, setakat sesuap je yang masuk.

Kalau zaman aku muda dulu (setahun yang lalu! hohohoo), bila mata bertemu menu dekat restoran, fuhh bergelojak hawa nafsu. dah tak tersebut nak makan mana sebab semua nampak sedap. tapi malangnya sekarang ni aku macam dah bosan dengan makanan. tak best woo. dulu kalau orang offer nak makan ape dekat restoran mahai mahai, punye la aku fikir habis habisan supaya memilih yang paling sedap agar tidak menyesal bile makanan sampai, tapi sekarang ni aku siap tolak lagi. ye aku tak tipu aih! benar belaka ni!

waffle korea

Memang aku seorang yang over. tambah tambah bab berceghite, kalau boleh tambah effect over sesudu dua dalam penceritaan agar mendapat impak yang hebat, tapi dalam hal ini aku tidak over seperti itu!!! betol weh. kadang kadang kalau pergi mall contohnye, aku dah bawak dah duit secukupnya dari rumah sebab dah plan nanti nak makan ice cream mahal. tapi bila dah sampai mall tak jadi pulak, sebab aku tibe2 hilang selera. tak best lorhhh.


Aku ni kan tak reti masak (apa? anda terkejut mendengar statement ini?? HEHEHE) so setiap kali makan, memey makan kat luar la gamaknye sebab mak aku pon busy, mana sempat sangat nak masak masak semua. Kalau makan dekat luar, memang rare untuk aku menghabiskan makanan sepinggan lengkap. mesti tak boleh! aku sedih sebenarnya sebab apa yang aku buat ni berdosa sebab membazir, tapi aku memang tak boleh makan pon. macam baru baru ni, aku keluar dengan nabilah and koko nak makan kat TGIF, dorang semua habis makan (kecuali roti burger nabilah dan beberapa helai sayur! hahaha) walaupun makanan tu tk banyak, tapi aku tak mampu nak habiskan fish and chip. koko yang terpaksa makan sampai habis.

Aku tak tau laa kenapa aku jadi macam ni. aku tak nak macam ni! aku nak makan three meals a day! bila aku fikir balik, mak aih, untung suami aku nanti, isteri tak kuat makan! dapat save duit holiday ke Europe! hahahahahaha


20 June 2012

Bawak kereta

Aku malaih nak pike tajuk bagi gegempak sikit. tu yang terus straight to the point je. selalunya aku tak pernah laa update blog petang petang macam ni, tapi sebab aku akan hiatus selama 5 hari, maka aku gunakan masa ini untuk berkongsi cerita dan pengalaman aku bawak kereta hari ni. huhu. ye aku tau aku laa orang paling last di bumi bangi ni yang ambik lesen di waktu usia yang senja mcm ni. hoho T-T . aik, tidak juga bila di pike kan balik, sebab tadi aku baru je jumpa dengan lolly! hoho. rindu beliau :3

Okay pagi tadi first first lagi dah belajar bawak kereta ke jalan raya. semua berjalan lancar laa jugak. okay laa untuk aku yang baru belajar memegang stereng ni. tak dinafikan ada juga masanya enjin kereta termati.aku tak tau ape puncanya. rasa okay je. mungkin aku angkat klac (screw the spelling!) cepat sangat masa traffic light tu kot. tapi tu ok laa lagi.

Ni aku nak cite the pathetic incident di mana kereta tersebut telah mati berulangkali bila nak naik bukit. ya rabbi. aku rasa cam nak keluar dari kereta pastu nak bagi sepakan hebat di pintu kereta tanda emo. berapa kali tah aku asyik buat kesilapan yang sama je dan aku tak tau apa yang silap nya. hahahaha rasa nak sepak kepala lelaju. aku rasa malu pon sama tapi bila difirkan balik, biasa laa baru nak belajar. last last baru laa aku paham ape yang aku buat (setelah 4-5 kali cubaan). tapi insyaallah disebabkan kesilapan yang aku buat ni membuatkan aku jadi lebih ingat. serius sbb lepas tu terus aku dah mahir dah beraksi di bukit. siap angkat sikit kepala dan senyum sinis lagi dekat kereta sebelah. HOHOHO!(padahal kereta sebelah tu baru start belajar harini). haihh. apa nak jadi aku ni..

Pastu ada jugak masa aku ingatkan kereta rosak. ingat nak pegi lapor kat cikgu dah! puahahahahhaha rupa2nya tak masuk gear langsung. mau laa dekat 5 minit aku jenuh duk hidup kan enjin sambil melepaskan kluc tapi enjin tetap mati. haihh apehal laa aku ni tak cekap sangat. buat malu je. ade hati nak salahkan kereta yang disangka kan rosak.

gambar sekadar hiasan
diminta kenderaan yg lalu lalang di sekitar sungai merab bersabar kalau jumpa aku tengah memandu. sila beri kerjasama! hohoho

15 June 2012

Walaupun lama lagi nak masuk u

Ola! kabare semua? aku di sini bagus bagus aja. maklum laa duk rumah saja, tak terexpose kepada apa apa bahaya sangat. kerja tetap aku hanyalah online yakni tengok video di youtube, baca gosip artis 'kerria', tengok blog blog orang dan 9gagging. kalau tak online, pastinya aku akan menonton telebisi atau keluar makan. masak, TIDAK SAMA SEKALI! MWHAHAHAHAHA. . .

Sekali sekala aku fikirkan masa depan aku macam mana laa agaknya. terang benderang ke malap ke atau terus gelap. buat masa sekarang aku tak nampak apa apa. dan aku rasa biasa laa kot kan, ye laa dah study ape dan mana pon tak tau lagi, nak bayangkan macam mana. tah tah nanti ada unexpected twist ke kite mana tahu.

Aku pon tak paham kenapa aku tulih panjang lebor macam ni, padahal niat nye cuma nak tunjuk hangpa benda alah ni. WALLAHHH




lihat! lihat itu!!! tak tahu kenapa aku suka warna kuning pulak semenjak dua menjak ni. cantikkan? tapi aku tau, kalau beg nike ni mesti beg dia besar pastu nampak kembung. dah laa mahai nak mampuih. tak lalu aku. mungkin nanti aku perlu cari yang lebih kecil dan murah tapi stylo. hoh! kalau beg kulit pon cantik jugak. tapi bukan kulit betul laa, yg tipu punya. kaler hitam pon jadi. 

SOY'UN DORICHO!

12 June 2012

Putus asa

Kedai cd dekat warta sepatutnya menambah semula stok cd cetak rompak, bukan biarkan saja. sebagai pelanggan, aku berasa kuciwa apabila 2 kali aku pergi warta namun hasil tangkapan untuk dibawa balik ke rumah kosong. tolong laa wahai abang peniaga yg hensem, top up balik cd2 tu especially Hunger Game & Battleship. sekian wabilaihitaufik walhidayah. assalamualaikum :)

21 May 2012

Concert

I have never been to a concert before. except for this one time when me and ma dad and kakak went to a raihan concert. that was in the 90s and I barely remember it now. Apa yang aku ingat pasal concert tu kan, is when one of the group members ask all the kids to go up on the stage and name at least one prophet. My sister wanted to go but I don't want to sebab masa tu mana aku tau nama nabi nabi. hahahahaha.

Tu je laa satu satunya concert yang aku pernah pergi. Tapi bila aku form 2, aku dah nyaris nyaris dah nak pi concert! citenye camni, when I was in form 2, I had this sudden kpop illness. I was a devoted FT Island fan. I had all their songs in my folder and videos and pictures! My favourite member would be Jonghun and i remember having a huge crush on him. like seriously man, I would get so freaking mad if another girl (from the comments in youtube) say that Jonghun is her favourite too. kalau aku tak puas hati macam mana sekali pun, bukan lah sampai tahap di mana aku hantar surat berbaur ugutan camtu. cuma benci di dalam hati. kahkahkah budak budak.

So when I first heard about BigBang's world tour, my first reaction was, "haih, they will never come here lah. i can guarantee". but then they just shocked me with a news that destination to Malaysia, CONFIRMED!  finally. how come they went to Singapore but never ever jejak kaki at Malaysia? it is not that far. you neglected us! but all things aside, WE WELCOME YOU WITH OPEN ARMS *for you to hug. hahahaha


I hope that my sister will be kindly enough to pay for my concert ticket. after all, I am her guardian. she should! so now, what's left is to find out the exact date when they will be having their concert.

08 May 2012

Teringat kisah lama

Tadi aku bersembang laa dengan kawan aku. menerusi alam maya la kan. duk sembang kencang pum pang pum pang cerita pasal sekolah la ape semua bagai, tiba tiba aku teringat dekat seorang ni. dia ni kira crush aku laa. kronik laa jugak aku suka dia. tapi tak laa sampai betul betul suka. paham tak? hishh aku nak cerita pon susah.

Macam ni, aku suka dia tapi macam saja nak suka suka. bukan deeply suka sampai teringat ingat. kadang kadang bila balik dorm aku sambung menyembang dekat katil kawan aku bercerita pasal dia. hahahaha. macam hape tah. pastu tak cukup dengan tu boleh pulak aku pegi claim dia dekat satu kelas. tu lagi tak leh blah. hormon auxin terlebih ke hape. bagi aku, kalau aku besar besarkan cerita nanti takde sape akan berani berani mengaku suka dekat dia. kira nya dia macam dah dicop! hahahaha sakan sungguh aku. dasar gadis comel tak tahu malu! (tak perlu begitu)

Tapi aku sebarkan ideologi tu dalam kelas je la. kau gile kalau aku bgtau kat orang sebarangan mau naya. sekolah aku ni kecik tahap bersin. maknanya kalau bersin pon satu skolah boleh dengar woh! (aku tk payah explain pape pon hgpa tau aku tipu kn. keke). gosip pon kena bisik pelan pelan wo wa cakap sama lu sume. silap hari bulan orang datang taruh najis kucing depan dorm. kes berat tu! aku turut sebarkan di dorm sebab ada junior aku pon duk berebut kata suka dekat dia jugak! hahahaha. lawak. tapi dalam kelas aku tu pon aku saspek ada seorang ni macam suka dia, tp kami tak laa musuh. bergurau gurau lagi ada. tu lagi tak leh blah! hahahaha. kadang kadang dia saja buat aku jeles. tapi tu sekadar jenaka je.

Tiba tiba ada satu masa ni budak laki kelas aku pon boleh tau. aku tak ingat macam mana diorang boleh tau! aku ke yg bgtau? tak ingat laa. tapi bila budak laki dah start interfere, things got worse. semakin bertambah tambah orang tau. kelas budak laki tu pon tau sampai nk cari budak yang suka kat budak tu tuh. masa tu aku rasa cam uncomfortable gila. aku rasa paranoid tahap mega bytes dan sangat sensitif. biasa laa pompuan kan. rasa malu ler.

Laki tu konfirm konfirm tau aku rasa, tapi dia buat tak tau je, which is good. dan bila keadaan ni jadi macam ni, nikmat mengusha tu dah takde. kau bayangkan, dulu kalau dia lalu je, aku boleh pandang direct macam tu, takde sape nak kata apa. tapi lepas orang tau, nak usha sikt nnt aku dengar laa suara suara di latar belakang. hahaha. pastu kalau terserempak ke terduduk berhampiran ke orang fikir aku sengaja. tu yang tak syok tuh! padahal aku tak la desperado sampai ke tahap tu. oh pelis, aku bukan suka betul betul pon.

Ada satu kali ni, seorang budak laki kelas aku pinjam t-shirt laki tuh. pastu dengan muka senyum lebar macam pakcik menang motor,pi menunjuk nunjuk dekat aku konon nak buat aku jeles. pastu yang tak leh blah nye dia siap nak offer nak ambik gamba dengan dia plak tu, konon nak bagi aku ada kenangan bergambar dengan baju budak laki tu. poooraaahh. minta tumbukan sungguh! aku terus keluar kelas dan balik dorm. memang lepas tu aku dihujani dengan sakatan yang terbaik laa dari budak yang pinjam baju tuh. tapi aku tenang. biasalah ahli masjid memang cintakan ketenangan. pernah juga 2-3 kali aku merajuk. haha

Tapi pape pon, bila kita pikio balik kenangan kenangan lampau yang pahit manis masam manis semua dah tukar jadi kenangan manis nya punn. aku nak cite semua tapi panjang sangat. and diary aku hilang! so aku tak ingat sangat apa yang dah terjadi masa sekolah dulu. wuuuu. bye bye

30 April 2012

Oh boyyyyy





gotta admit, it's pretty sexy. the song. I mean the song with the music and all.

behold


haih, you guys are so magnefico bancuh vico. I love Louis the most because to me he's the most handsome. but i read somewhere that he had a girlfriend. so now I love him less. haha cam tak guna.



29 April 2012

Apa cite Matriks?

Aku baru balik dari changlun semalam. kini tamatlah riwayat aku sebagai seorang pelajar matriks, dan aku sekarang sudah bebas dari segala galanya. fuh, rasa hilang beban yang aku pikul selama ni. sesungguhnya hidup di matriks sangat tertekan. ceh aku cakap macam mewakili semua pelajar matriks di malaysia je gayanya. hahahaha. ini hanyalah pendapat aku. mungkin sebab aku ni tak cerdik, tu yang rasa payah sentiasa tu.

kepada adik-adik yang nak masuk matriks, ewah~ serupa kakak yang baik gitu.awww ok cukup.

aku cuma nak kata, dekat matriks tu study la elok elok. jangan la rasa hebat sangat dengan jumlah a yang kita kumpul masa spm haritu. konsep rajin harus diamalkan. fokus masa cikgu ajar, pastu jangan ingat nak cover nanti ke apa ke. memang tak sempat sebab pembelajaran dia yang laju tahap F1. aku nak bagi nasihat over pon rasa tak berapa nak layak. almaklum lah, aku ni idokle pengumpul A tegar dalam pspm tempohari. 

dalam masa yang sama, aku pon nak promotela hangpa hangpa ni semua masuk matriks sebab subjek yang dikira dalam pngk cuma 4 je, iaitu module 1, bio, phy, chem, maths ; module 2, phy, chem, maths, science comp ; module 3, bio, chem, maths, science comp. kalau 4 subjek ni dapat a, maka dapatlah 4 flat. ceh bunyi macam senang. mindset ye. mindset.

aku rasa macam nak bagi lagi nasihat tapi rasa malu pon ada sebab tak layak! hahahahaha. (nampak kerendahan diri di situ~~ nampak tak? nampak kah. pulun ngat aih!). dak aih, aku nak bagi nasihat ni bukan sebab aku overconfident yang aku rasa aku boleh score habis pspm ritu, tapi sebab ni la nasihat yang lecturer lecturer selalu pesan dekat kitorang iaitu tutor tu kena buat. tapi kalau duk tiru usah ler. tutor ni penting sebab masa kuliah, cikgu cuma ajar basic dan example pon yang basic je. tapi bila masuk tutorial, time tu laa dia mencorakkan soalan tu sehingga bagi kita soalan tu macam dah tak masuk akal lagi dah, punya la merepek bak hang. umpama kek gini, Sarah ada 3 biji guli dan Farah ada 2 biji guli, berapa banyakkah hydrogen yang terkandung di dalam jisim matahari? nampak tak ketidak related-an disitu! 

ape lagi yang boleh dipromote? macam takde apa je. kalau masuk matriks ni hangpa jangan dok berangan cuti panjang laa. oh pelis. never gonna happeng. kalau boleh, matriks ni nak gabung habis semua cuti umum sekali dalam cuti sem. untung kata mereka. dulu masa raya cina, dorang sanggup anjak cuti sem seminggu dua awal sebab nk bagi selari dengan cuti raya cina. kedekut tahap arwah! geram sungguh bile memikiokannye kembali.

okay, ape lagi ye nak cerita. haa peraturan di matriks ni bergantung kepada matriks tersebut. kalau pengarah jenih mesra alam, mesra pengguna, memang dapat la merasa outing setiap petang ke apa. jadi sebelum nak pergi tu, tanye laa sedara mara ke kawan kawan ke tentang rules and regulations. macam matriks aku, peraturan agak ketats ye.

tu je kot setakat ni, nnt kalau ada idea lain aku edit, kalau tak, cam ni je laa gayanye ye. chow

16 March 2012

John Carter of Basoom


ho yeaaaaah, tadi aku dan ecoh pergi tengok movie dekat lemanda. biasa laa, sebelum pulang ke tanah darul aman, kita kena lah menggunakan masa yang ada seOPTIMA yang mungkin demi tidak menimbulkan sesalan dikemudian hari. itu yang kami pi balun movie kat alamanda tuh. (rumah kedua kami)

kami tengok ceghite John Carter of Mars!

cerita John Carter ni macam nih, John Carter ni askar rasanya tapi dia dah bersara laa. so sekarang kerja dia ialah mencari gua emas ni tapi ramai yang rasa dia ni gila sebab cari gua yang tak wujud. satu hari masa dia tengah melarikan diri daripada diburu, dia masuk dalam satu gua ni. rupa rupanya tu laa gua emas tuh!!! tapi tah dari mana ada satu makhluk ni 'Therns' tiba tiba attack dia. dia pon acu pistol dan BAAAAAAAAANGG. maka matilah ia. John Carter ni nampak dekat tangan Therns tu ada madalion biru, dia pon ambik laa nak tengok. tup tap dia sesedar je dia dah dekat tempat lain dengan makhluk makhluk pelik seperti dekat dalam poster tu. haaa aku malas nak story panjang, hangpa pi laa tengok (alasan tak nak cerita padahal dah lupa jalan cerita tu HAHAHAHAHAA! typical me -.-).

Meskipun movie ni movie disney, tapi jangan la dok pandang sekerat mata. best woo. kalau korang butter kaya raya, tengok laa yang 3D punya! tadi kami tengok yang 2D je.

Standing Ovation

enjoy the awesomeness, peeps!

02 March 2012

One Nine

Hari ni yakni 2 March, secara rasminya aku telah menjadi lebih dewasa, matang, bergaya dan bertanggungjawab. jadi sembilan belas ni tak la berbeza sangat. sekadar nombor je yang bertambah. otak aku, pemikiran, perwatakan dan raut wajah masih maintain. ecehhh. kepoyoan harus ada dalam diri. jangan tinggalkannya!

Masih ingat kah anda, peristiwa parti buas di Leeds yang aku pernah coretkan kat sini setahun yang lepas. gila lah masa, rasa macam baru je, rupanya dah 366 hari tu berlalu. and this year too, i didn't celebrate my birthday with my family. well to be exact this year i didn't celebrate at all. tapi aku tak de la tacing tetiba macam gadis datang bulan. malu la nak sambut birthday birthday ni. aku je ke yang rasa macam ni ke korang rasa macam ni jugak? semacam timbul perasaan segan dan tak tahu nak bagi reaksi apa kalau orang kata happy birthday. sebab bukannya aku buat apa apa pon masa hari kelahiran aku tuh. lainla mak pak aku. mereka mesti cemas tambah tambah mak aku, mesti sakit gilos nak deliver seorang bayi. aaaaahhhhhh tak mau beranak!! *tiba2

Kalau dulu setiap kali sambut mesti ada kek sebiji. itu kira syarat wajib penyertaan laa tuh. kek tu bukan habis makan pon. maklum le, yang makan sape je? aku, akak aku ngan ecoh. tu je laa. nanti pakat buh laa dalam petiais sampai seminggu dok recycle kek tu sbb nak habiskan. tapi bila dah besar, dah stabil sikit ekonomi keluarga, maka cake pon perlu lah diupgrade kan. ye dak??


kek masa umur 7, 8,9 tahun. bunga rasa kertas tu semua pakat berebut, padahal rasa kertas je pon. tak paham aku! kome paham?



kek budak baru nak up. beli dekat fairy, kaler yellow lagi. gambar Belle watak kartun Beauty and the Beast.masa ni diambang 10 11 tahun.


ni baru betul betul up!! ohh yeah. umur 12 13 jugak laa baru memiliki kek sebegini ketika hari jadi

aku rasa setakat tu je laa kot. lepas tu aku dah tak beli kek sangat kot. entah le. aku pon tak ingat (perkara biasa buat seorang yang bergelar aku~hoho). bila dah besar panjang macam ni, dengan ukur lilit pinggang yang bertambah, teringin juga aku nak makan ice cream cake baskin robin. tak de ke sape2 nak belanja I? hahaha


27 February 2012

Sir

So today in English class, as usual sir Suhaimee would tell us a story about his experience. i enjoy listening to his stories. to think of it, i do enjoy listening to old(er) peoples' stories. they experienced something different and lain dari yang lain ya know. that situation they got themselves into selalunya fascinating, for me la. sir is a chatterbox. he talks non stop and he usually does not give us a chance to talk. so we had no choice but to listen to him. sebenaqnya, time BI la I want to practice my speaking, instead we had to give all ears on him. good thing his stories are funny, so that'll make up for it.

Sir always gives us advice. a fatherly advice. just now he said that we shouldn't be thinking of having a relationship in matrix sebab most of em tak berkekalan. but then he rephrase what he had already told, he said he would never say jangan buat because we should know by now how to take care of ourselves.

he told us a story about his son and his son's girlfriend. he told us how his son's girlfriend gave him cupcakes at the college to how they end up not together. since he is also a felo here, cerita cerita kat KMK ni semua dia pakat cerita kat kami. for example there was this one time, a football captain was caught stealing cellphones and money kot just to call his girlfriend and untuk menampung dating dia dengan girlfriend dia. kadang kadang sejam berlalu macam tu je, dok dengar dia dok story telling.

Sir jugak mempunyai citarasa tie yang sangat unggul la bagi aku. bukan apa, the tie that he wore jenis yang dah tak jumpa dekat orang lain. HAHAHAHA

oh ya harini birthday dia, tu yang aku buat entry ni :) selamat hari tua sir!

20 February 2012

Sumpahan Kem Kem

this is Buffalo cave. credit to the name stated


Masa cuti hari jumaat haritu (kedah) dengar cerita dekat dewan kuliah depa buat mini panggung wayang. bukak cerita sumpahan kum kum.



tu je yang aku nak cakap HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH


okay, jumaat haritu aku menyertai satu program camping di suatu tempat bernama Buffalo Cave. woh nama macam destinasi perlancongan ala ala new zealand bukan? tapi kem tu bukan buat dekat new zealand. dak aih. takkan la matriks nak tanggung perbelanjaan yang banyak macam tu. tak logik laa kan. jadi nya, the camp took place at a small undeveloped town called Kokdiang. Kokdiang ke Kodiang? aku dengar orang sebut semacam ada qalqalah sughra di tengah perkataan tu. tapi tengok signboard jalan 'k' tu lenyap plak. mungkin depa yg pioneer dok sebut Kodiang tu jenis mendalami ilmu tajwid semuanya. (tajwid used to be my favourite subject in tahfiz)

Gua Kerbau is situated about 40 minutes from the college. when I'm about to closed my eyes to take a nap, we had already reached the place. see how near the camp site was!
hari pertama kami bina khemah. lancor aje kami buat mungkin sebab experties yang ramai seperti aku, aku dan aku yang cekap dan banyak pengalaman tinggal di hutan (TIPU). lepas tu kami jungle tracking sekeliling bukit dan tengahari buta kami main kayak. aku ingat lagi ada 2 orang budak yang mengganggu aku berkayak sebab katanya "akaaaaaaakkk mana ada orang kayak matahari terpacak atas kepala macam ni hahaha". adik adik. ni la sukan lasak namanya! lepas tu kami makan tengahari dan sediakan makanan petang dan malam.



malam harinya, kami solat jemaah di hadapan gua berbumbungkan langit yang dihiasi bintang dan bulan. lepas solat maghrib, makan la apa lagi! kami makan makanan yang kumpulan aku bbq pada petangnya. lepas tu setiap kumpulan kena buat persembahan. aku paling benci buat persembahan ni. padan pon, grup aku dapat last!PUAHAHHAHAHAHAHAHHA (mungkin kalau watak aku bukan watak minor, grup aku boleh menang) kahkahkah ada hati.


malam tu aku jaga senteri. tak reti ah nak eja. memang tak selamat laa diorang semua malam tu sebab aku dan Sole dan Farah tertido 20 minit sebelum giliran habis sehingga dikejutkan oleh grup yang jaga senteri selepas nya. hahaha cool (TETIBA)

esoknya aku bangun pukul 5.30 mandi mandi, then continue sleeping. solat subuh jemaah then tidur lagi sampai pukul 8.30 baru bangun nak breakfast (buat macam rumah pula). lepas tu bermulalah aktiviti menggua di mana kami masuk gua yang gelap dan menakutkan serta berbahaya. lepastu jungle tracking jap kat bukit yang penuh onak duri, then baru habis aktiviti.

tengahari tu aku ngan Sole pekena ABC kat warung depan camp site tu sambil berborak borak kosong. lepas makan tengahari, maka habislah aktiviti di Gua Kerbau! sikit je kan aktiviti nya? biar laa tu pon aku rasa penat nak arwah dah. sebelum balik cikgu belanja bihun sup dengan laksa which surprisingly tastes sooooo good. too bad my stomach is already full (ABC+roti sardin+nasi yang menggunung) hence i barely put in a few spoonfuls of bihun sup just to make the teacher tak kecik hati.

so that's all about my trip to Kodiang aka New Zealand. gambar ada tapi hangpa tau2 je la, laptop aku ni tak boleh received bluetooth laa. pasaipa tak tau.