Semalam aku pergi bandung, best tu memang best. tambah tambah aku ni yang memang kuat jalan jalan makan angin. sebenarnya dulu aku tak macam ni. Ada satu zaman dulu aku laa insan yang paling malas nak keluar rumah. Tapi aku telah undergo satu transisi bila aku masuk sbp sebab masa tu baru aku sedar betapa susahnya nak cari peluang untuk menjengah ke dunia luar. tudia aih!!!
Waaah kagum sebentar..
Okay, so semalam aku pergi bandung *termenyimpang pula tadi. tapi aku tak beli pape pon, sebab aku cuma teman kawan aku je cari ole ole untuk family dan menerima pesanan dari kawan kawan. tambahan pula aku sekarang dah agak ketiadaan wang. makanan pon dah kena catu agar tak exceed perbelanjaan harian. sedih bukan? hu..
Aku pon dilantik sebagai fashion consultant. kalau setakat baju perempuan boleh la aku nak consult mengikut trend semasa, tapi ni nak cari baju adik lelaki dia. memang aku tidak menuntut apa apa ilmu baju dan fashion lelaki terkini! jadi bagaimana? aku pilih je mana mana pon yang aku rasa simple. kadang kadang aku terpaksa bayangkan kalau aku seorang lelaki, apa yang aku akan pakai. sampai macam tu sekali...
Semalam yang join ekspedisi ni (Aten, Ilah, Fathin dan kak Raz) semua nak beli ole ole untuk family. semangat dema nak membeli. ada yang beli Blackberry untuk adik, handbag, jubah, beg untuk adik, tshirt kemeja laa and banyak lagi. kalau nak harapkan aku ni ha, satu pon tak beli lagi untuk ecah dan kakak. eh tak juga! lupa pula aku baru belikan ecah gelang ditepi jalan hari isnin baru ni. bukan ape, aku teringin jugak nak bagi hadiah sikit sikit, tapi sebab deme nak mai sini, so baik dorg pilih sendiri ye dok? tapi kalau aku nak belikan pon aku beli baju je rasanya. kakak memang gilakan baju/pakaian. buat aisyah pula, mungkin beg atau cd criminal minds yang dijual disebelah waroeng acheh sudah memadai. buat mama pula, mestilah jubah hitam bermanik atau kain baju kurung or kebaya. ah kasihan, aku hanya mampu merencana.
So mula mula kami pon pergilaa pasar baru. pasar baru baru nak beroperasi kami dah masuk. yang bestnya kalau datang awal pagi ialah senang nak dapat murah. ucapkan dialog "teh, kasi aja ***ribu. pecah telur teh!", nescaya dapat potongan sedikit. aku perhatikan ramai pula warga malaysia di situ yang rata ratanya mempunyai satu misi yang sama iaitu SHOPPING! rasa eksaited pula bila nampak orang malaysia. aku cuba buat eye contact untuk bertegur sapa (eye contact merupakan step pertama sebelum senyum!), tapi ternyata mereka sombong. step satu pon aku tak lepas lagi wehhh. jadi ingatlah *tiba2~*, budaya orang sini, diorang sangat rendah diri dan baik.
Lepas tu pulak, kitorang pergi ke FO. tapi disebabkan tak makan makanan berat lagi so ktorg pon cari lah kedai makan dekat sepanjang jalan dago tu. tup tap jumpa kedai makanan arab. so apa lagi, bertapak lah ktorg di situ. tapi sayang, makanan dy mahal tapi tak sedap. bukan tak sedap pon sebenarnya, tapi tak berbaloi laa. bila pergi kartika sari (across the street daripada kedai makan tu) nampak pulak ada ice cream. aku dan razima dah terliur sambil meninggalkan cap jari di kaca peti ais ice cream tu, tapi sebab makanan arab yang mahal tu, kami tak mampu membelinya. kami beredar dan terus cari baju adik razima.
Taste adik razima ni macam taste kebanyakkan budak lelaki sekarang ni, tapi nak cari baju lelaki ni bagi aku sangat susah, baju perempuan lagi senang nak cari sebenarnya. unless kalau tshirt. lepas satu kedai, satu. sampai laa hujung jalan dago tu baru beli kemeja untuk adik dia. lepas tu baru kitorang balik. sampai unpad dalam pukul 10 lebih la jugak. ok bye. ngantuk.
No comments:
Post a Comment