Sudah beberapa hari ini aku asyik diarrhea. teruk laa jugak. tak tau bacteria mana yang berjaya invade immune system aku ni. cayalah sama lu bacteria.
Aku fikir, "ahh tahan je laa najwa" setakat diare je, ramai lagi yang kena. so hal itu membuatkan aku tak ke klinik. tapi setelah berlanjutan selama beberapa hari dan progressive nya makin teruk, aku jadi khuatir kalau kalau nanti aku kena dehidrasi. nanti nak study pon tak larat pastu camne nak berfoya foya dengan famili hujung minggu ni (oh ya, mereka bakal datang sini esok! hip hip horaaayy!) aku pergi jugak ke klinik semalam dan dapat laa ubat ubatan.
Apa yang berlaku dalam minggu ini sebenarnya memberi peringatan kepada aku untuk bersabar dan jangan merungut. tapi aku ada jugak merungut sebenarnya wuuuu :'( . kita sebagai manusia ni cuma mampu merancang. contoh macam aku, aku siap dah buat plan dah nak study ape, bila patut habiskan, tapi siapa expect tiba tiba aku boleh jatuh sakit. bila aku merungut tu sebenarnya aku secara tak langsung telah marah dekat Allah sebab tak ikut plan aku. sedangkan plan aku ni semestinya bukan plan yang terbaik dan sempurna. jadi sebelum apa apa pon kita nak luahkan or rasakan, fikir apa hak kita untuk tentukan apa yang terbaik untuk kita dan bersyukur dengan nikmat yang masih kita dapat rasakan.
Oklah, so skang aku nak biar kome denga lagu ni.
2 comments:
Suka post ni!
:D
Post a Comment