14 December 2012

Istanbul aku datang

Kalau aku nak mention cerita ni mesti aku tersebut/tereja instanbul. hahahahaha mcm instagram daaaa. kena lembutkan lidah nih. kang memalukan diri sendiri pula.

Eh kome dah tengok dah ke cerita ni? aku pon baru je tengok dua hari lepas. tengok pon kat youtube je, dengan qualiti seminima mungkin untuk mengelakkan buffer. aku sebenarnya tak berniat pon nak tengok cerita ni. percayalah, aku bukan peminat movie melayu. dulu masa aku tengok nur kasih the movie pon sebab nak ikut trend semasa. sebenarnye genre aku lebih kepada aksi, adventure, tembak tembak, harry potter, lawan, spy, secret organization, time travel haa gitu. aku tak tau laa kenapa aku suka cerita macam tu.

Tapi tak bermakna aku tak layan cerita cerita lain. macam contohnye, the proposal. kan chick flick, tapi best je.

ok berbalik kepada cerita Istanbul Aku Datang. tahukah hgpa istanbul tu kat mana? tahu tak??? aku pon tak tau! hahahhaha. *igorant* tapi serious cantik gila istanbul dalam cerita ni. Ia membuatkan aku terfikir, apsal aku tak tau kewujudan turki (kat turki kan? tolong jangan malukan aku dan katakan yaa!!) sebagai sebuah negara moden yang cantik selama ni? Ia juga membuatkan perasaan aku untuk mengunjungi Istanbul meningkat tinggi.

So tanpa diminta aku ingin membuat synopsis untuk cerite ni. cite ni mengisahkan Lisa Surihani yang nak jumpa Tomok aka boyfriend dia di Istanbul. tapi dia dapat rasakan yang hubungan dia dengan bf dia semakin distant. masa lisa tengah cari rumah sewa, dia pon jumpa dan duduk la di sebuah apartment yang cantik. keesokannya baru dia dapat tahu rupanya rumah sewa tu rumah seorang lelaki lain. rupenye dia dah ditipu. duit pon dia dah tarak. so dia kena jugak stay situ tanpa pengetahuan Tomok. yang housemate dy tu Beto Kusyairi. best laa cerita ni sebab lawak! Beto lawak and Lisa hebat laa berlakon. cerita dy tak lembap so tak laa bosan :D

cantik kat dia buat effect macam ni. macam soft je sepanjang cerite tu

Sebenarnya cerita ni membawa banyaaaaaaaaak pengaruh buruk kepada remaja dan orang tua serta kanak kanak di Malaysia. kenapa aku tak emphasize remaja je? kerana orang tua yang terpengaruh ni juga memberi kesan kepada sosial remaja. kalau aksi aksi yang ditayangkan tu dah dijadikan norma, yakni orang tua pon malas nak masuk campur dan tegur, maka ini lah yang akan menyebabkan remaja makin wild! tak gitu? kalau kanak kanak pulak sebab dia tak tau pape, so dy rasa okay lah kot berperangai macam tu.

No comments: