09 September 2012

Sepatah dua kata


Selamat hari raya semuaaa.. maaf zahir dan batin. Setahu aku kita masih berada di bulan syawal, jadi adalah tidak terlambat bagi saya selaku umat islam yang berpuasa sebulan di bulan ramadhan untuk mengucapkan salam idul fitri.

Buat pengetahuan kita bersama, aku sekarang dah pon tiba di bandung. Seronok juga berada di sini setakat ini. Kawan kawan semua baik baik belaka. Itu yang penting buat aku kerana aku jenih yang takleh hidup kalau takde kawan. Puahahahaha dasar tak reti berdikari. Benarlah kata kata kawan aku seorang ni yang bernama wafi dimana beliau berkata bahawa “ko nih suke buat geng kan?”. Ya. Bener. 

Tapi di sini aku tidak membuat geng. Sesampai sahaja 31 ogos tempohari di bandung, memang rasa chill (bukan air tin berperisa cincau itu. Hahaha lawak bukan?) bila keluar dari pesawat. Hujan pula pada hari itu setelah sudah hampir 3 bulan hujan tidak membasahi bumi.

Pensyarah pensyarah dipanggil dosen. Meskipun ada yang gagal menyebut dengan sebutan yg benar (ramai menyebut dorsen) tapi usah khuatir, kerana panggilan doc juga diterima. Kuliah dimulakan seawal 8 pagi, namun aku dan ina masih menjadi orang terakhir untuk sampai. Tak tahu kenapa. Dalam apa jua urusan seperti medical check up, seminar, kuliah dan sebagainya kami tetap lambat. Sampai selalu tepat pada masa sahaja. Tersesat sudah menjadi kebiasaan. Ketika inilah kami menggunakan pengalaman menonton sinetron bawang putih bawang merah in action kerana kami akan bertanya kepada pelajar indonesia dimana terletaknya bangunan yang kami hendak tuju.kalau berterusan, kami dijangka fasih berbahasa indonesia tidak lama lagi.

Bilik tidur pula seorang sebuah. Aku dapat bilik F2WA no 1. Setakat ni aku tidur dengan membuka lampu kerana takut terkejut ketika terjaga dari tidur ditengah malam. 

Oh ya, rakan-rakanku..

Aku minta maaf sebab tak bagitau yang aku pergi bandung. Mesti korang terkejut sebab tau tau je dah fly. Eh silap, tau tau je dah tukar timeline kat facebook yang aku lagian sedang attending Universitas Padjadjaran. Minta maaflaa. Kecuali kau yang aku tulih entri sebelum ni. Sebagai tanda menyesal, aku akan post gambar2 aku di bandung eh? Is it alright? Hahahahaha.