28 March 2011

Kenapa aku suka pasar malam


Kat area rumah aku ni, pasar malam dia ada hari hari tertentu je. tak kerap. bila nak tunggu muncul nya hari ada pasar malam ni rasa macam tunggu leap year. ya ! macam tu lah perasaannya.


Rasa iri hati terbit sedikit dari hati bila dengar 'chocolate spread' bercerita yang dekat area Shah Alam bukan sahaja hari kemunculan pasar malam itu diadakan dengan lebih kerap, namun barang jualannya juga berlipat kali ganda banyaknya! huh!! INI TIDAK ADIL!!!


ngapain bisa muncul ketidakadilan yang sedemikian rupa! KENAPA! WHYYYY!! bukan kah penting kesama rataan dalam membentuk ummah 1Malaysia?? sila jawab YAB ADUN Jitra *lakonan bertaraf Oscars hahahahaha


jadinya disini, aku selaku Penggemar Pasar Malam Sedunia (PPMS), ingin berkongsi dengan kome kome sekalian mengenai the reasons why I love going to the black market. lantak laa kalau ada yang rasa ni pointless. aku nak cite jugak! HAHAHA


pasar malam di Jitra. hehehe


1. Makanan yang banyak
di pasar malam terdapat a wide variety of food that you can choose and mostly the food are makanan tempatan. kalau nak cari spaghetti insyaAllah memang takkan jumpa. kalau cari lasagna ke macaroons pon insyaAllah tak jumpa punya. tapi kalau cari putu piring, keropok lekor, apam balik perghh setiap ceruk dapat jumpa. walaupun ada sesetangah makanan tak de dekat pasar malam ni tapi tapi tapi, where else can you find sepanjang jalan penuh dengan makanan? TESCO? I don't think so dude!

nasi ambeng

2. Makanan murah
ye ke makanan murah? ye kot kan. ke kat area aku ni je. maklum la area jitra ni suburbs. suburbs suburbs ni murah sikit ongkos of living. nasi RM2.50 sepolystrene campur air RM1 pastu beli laa kuih 4 for RM1. see, you guys. tak sampai 5 ringgit woi. kalau area area KL tu aku tak tau laa kan. padan muka kome. haha



3. Bukan setakat makanan
barang barang lain pun ada seperti getah rambut, baju bundle, pyjamas, cd dan juga handbag youuu. kalau untuk kanak kanak pula, ada mainan mainan murah dan BELON! best nye kalau dapat belon~ hoho! kalau la aku ni jenih yg tak heran pandangan orang lain, mesti aku nak beli belon satu. HAHAHAHAHA!! cakap pasal belon ni, dulu masa aku kecik kecik kan, aku beli laa belon kat pasar malam. kapal terbang. dah laa mahal tapi rasa bangga bukan kepalang lagi bila dapat bawak belon jalan jalan. kalau nampak kanak kanak sebaya berselisih, eksyen kemain sebab aku ada kapal terbang sebagai accesories. ko ada? hahahahahaha

ye gua tau tak macam pasar malam pon


4. Susana yang meriah
suasana di pasar malam sangat happening. aku cukup suka pergi tempat crowded crowded macam ni. entah kenapa. rasa lively.





the end! and that is why i LOVE going to the night market or any other market especially in overseas.


like this one. how i miss you babe !

27 March 2011

Introducing

This is just another boring entry.


OMAIGOD -o- *nosebleed*


"Siapa lelaki di atas ini??" tanya A seorang remaja yang terer mengelim karipap.
"Ni lahh dia, uljjang or ada yang mengejanya ulzzang !" jawab B yang tak terer mengelim karipap.


intro dialog yang pendek sependek ketinggian aku ! siapa A, siapa B tak usah le dipedulikan. bukan fokus dalam diskusi kita pon. sekarang ni aku nak bercerita mengenai uljjang. ULJJANG? what the fishcake is that??!!


ok, setelah disemak di laman sesawang (rasa pro disitu~) Wikipedia, uljjang ini merupakan gelaran yang diberikan kepada orang yang sangat cantik paras rupanya. takrif cantik ni pula selalunya diberikan kepada 'remaja remaji' yang mempunyai mata yang besar, high nose bridge dan kulit seputih susu. diorang ni jugak fashionable dan sangat lah master bab bab mengambil gambar dan photoshop. ni antara contoh contoh uljjang yang berjaya menempah nama dalam bidang modeling kerana rupa yang dimiliki.










entah ape name diorang ni eh.


cukup le tu kan! penat ghasenye nk muat naik (rasa pro lagi~) gambar gambar ni.


okeh!! so basically dema ni akan upload kan gambar2 dema yang dema rasa cun melecun tahap da bombayehh kat dalam cyworld (fb versi korea kut rasenyee..!hui3!!) ke blog ke atau apa apa je laa untuk tatapan orang ramai. kalau diorang ni cantik dan menjadi favourite netizens, maka secara tidak langsung nya diorang akan menjadi famous secara tiba tiba!! jadi itu lee sedikit sebanyak riwayat hidup seorang uljjang.


tapi jangan laa kite terlalu memuja muja kecantikkan uljjang uljjang ni sampai rasa diri ni rendah diri dan sangat buruk rupa (ala2 drama si cantik dan si buruk rupa!HAHAHAHAHAHAHA). dema ni kadang kadang buat surgery. sebab tu laa cantik semacam! FAKERS!!!!!!!!!!!!!! -emo disitu.harap mklum!-


the end...

22 March 2011

Doraemon aku perlukan kau sekarang!!!

esok result SPM keluar. takut nya.

kalau laa ni slip aku. happy tak terkata dah.

sekarang ni yang aku takut ialah kena serangan jantung esok. dah boleh start tulis wasiat dah malam ni. huh. doraemon, tolong. aku nak mesin cahaya masa.

ish ish ish. khurafat sungguh. sepatutnya minta pertolongan dekat Allah SWT.



ps: perasan tak takde penanda wacana ke ape? tu maknenye hati aku tengah tak stabil ni. gentar. doakan aku ya! sayang y'olls *love*

20 March 2011

Tak ubah seperti roda

Otak aku tak dpt membuahkan ilham yang banyak sangat sebab perut telah berbunyi dan bergetar. maklum la tak breakfast, mana la nak ada tenaga sangat! tenaga cukup untuk bernafas dan mengerdip mata sahaja. jadi posto kali ni pendek sahaja. harap maklum ya temen temen~

hooiihh terbaik!!! buat santapan mata gua


Beberapa hari lepas, aku didatangi oleh seorang junior. mengadu mengenai keadaan di dalam dorm yang tak berapa nak harmonious. aku tertawa kecil. KAH KAH KAH!!! (nmpk sgt tak ketawa kecil..)



J: aritu Lampu tegur Kusyen pasal duty. pastu dia buat muka nasib Lampu x sedar.

Aku: habis tu korg tak buat pape?

J: belum lagi
bagi ar idea kak fieq
Saya ni baik sgt la takut nk marah org (tak mampu rasa nya nak retype frasa ni ! haha)
aaah pastu kan fieq

Aku: haha
ha pastu2

J: kalau kitorang buat halaqah lepas al-mulk
saya tgh ckp diorg baring je
ada smpai tertidur


Lumrah! dah nama senior tu benda kecik pon boleh terasa. oleh itu, menjadi tugas junior la menjaga tingkah laku dan bicara. so yang penting. kita perlulah berkasih sayang sesama kita...

peace of shit punye nasihat ! hahahahahahaha -lari topik selebat mungkin-

nota: lampu senior, kusyen junior deme

18 March 2011

Sejenak bersama si kecil

so this is Pikon, my grandchild~

ISH ISH ISH pikon pikon.









kok ye pon, pilih le gambar kte yg appealing sikit. ARGHHHH!!!!!

*ni tidak. buh gamba tudung tak jadi ! HAHAHAHAHAHA
gimana kalau future husband kte yang handsome dan mencintai kte sepenuh jiwa raga diluar itu sedang melihat gambar ituuuuu?! -bajet emo disitu. keh3~ -



*tapi bila dipikirkan semula, bila masa je tudung aku mendengar arahan tuannya? alamatnya tak bergambar la aku sampai ke tua. takde laaa foto yang boleh ditunjukkan kepada cucu cicit ku yang ada sedikit kacukan korea+arab tuh. sigh. nasib baik la sekarang teknologi dah canggih, dah ada STARCH ! HAHA :D

Okay, so last wednesday, i met with a friend of mine named pikon. you can call her pikon, pokon, pok, capikon and many more. sebenar benarnya kami dah plan dah,nak pergi keluar dengan temen temen lain. dah plan nak ke Danau semua nya dah, ala ala picnic tepi swimming pool gitew, order air jus berpayung, tapi macam mendapat sambutan dingin daripada , so takpe takpe. boleh di pinda sehinggalah one of us ada lesen nanti. kan senang kek gitu~ *serapkan unsur unsur sindiran ketika membaca. harap maklum

Jadi kami pun bertemu la di Puri Pujangga yang terletak di UKM. hoh, dah comel kemain dah puri pujangga! purple, modern dan luas. bukan macam dulu. kalau kome nak tau laa kan, dekat puri pujangga ni la tempat aku check permohonan SBP. kat sini la tempat aku dapat berita kemasukan ke SM Sains Muar. banyak kenangan ye di situ~ *nostalgic :')

ketemu dengan pikon hanya bentar sahaja. rasa cam tah pape tah. dah la bertahun tak jumpa, tup tap masa cinonet sahaja bisa berbual bual dan bertanya perkembangan terbaru ! dah tu pula, tak bergambar ! (pok, kte lupe nak amik gamba, padahal kamera dalam beg je. dah laa leather jacket tu lawa gile, sama taraf la kalau nak bergambar dengan kte yang fantastic ni! hahaha~)

tak ngape le, lain kali kte plan betul betul nak jumpa kat mana. Ice Room ke, Tutti Frutti ke or Little White Cafe dekat seksyen 9. cantik weh cafe tu. ala ala english style. style style bangsawan gitew. or in other words, style style kte kte laa~ HAHAHAHAHAHAHA

ok tata. peace out.






15 March 2011

Kotor

Sekarang aku kat Bandar Baru Bangi. YAYYY!! boleh pergi warta, alamanda dan kedai makan yang beratus ratus deretan!!!!!!
BAHAGIA. HAHAHA

Tapi pasai pa tah kotor sangat dah jadinya bandar ni. memang dari dulu kek gini atau baru ni je kotor sangat? mana nak tau, angin kencang telah meniupkan sampah sarap sampai habis hodoh pemandangan kat tepi tepi jalan nih ke ape kan. angin memang laju pon sekarang ni. kalau aku tak tau lebih baik (if I didn't know any better), aku ingat kan ni bekas tapak pasar malam ke hape laaa.


Oleh itu, diharap agar pihak bertanggungjawab tolong le hired pekerja bersihkan sampah sampah cawan plastik dan sebagainya. Sekian terima kasih!


( sape yg dok area2 bangi boleh la melihat pemandangan yang menyakitkan mata ni di tepi tepi jalan raya terutamanya seksyen 7, depan kilang dekat TTC dan seksyen 3. enjoy :D )


ikhlas daripada Belia Benci Sampah

14 March 2011

Resipi Lasagna Stazel

Segmen: Sudah Pantaskah Aku Menjadi Menantumu??kehkehkehkeh :8)


Kadang kadang aku tertanya tanya (idok pon sbnaqnya!haha), apakah ketika aku masih bayi comel yg didodoikan dalam buaian, tangan aku ni kena sumpahan oleh evil witch (sekarang, sila bayangkan watak evil queen dalam cite enchanted ) ke apa, karena tiap kali kalau aku nak buat apa apa, espesyeli bidang masak memasak KONPEM 85% takkan jadi!!! Naseb bek laa lagi 15% tu Alhamdulillah menjadi *urut dada dengan tenang. aaaaahh~


Sungguh, aku seorang failure dalam bab cooking cooking. walakin begitu ya temen temen~ aku tak pernah rasa putus asa, karena deep down di lubuk hati aku ni, masih ada sifat seorang kanak kanak yang gemar mencoba (sangat poyos di situ) . jadinya, esok aku nak try masak lasagna!!!!!



Okeh anda semua tertipu….



Post ni aku tulih 3 hari lepas, tapi baru semalam aku buat lasagna nyer~ hahaha


SEKARANG, AYUH JENGAH KE DAPUR!!!

okay, bahan bahan yang diperlukan untuk memasak lasagna ialah;
meat sauce - bawang besar, bawang putih, carrot sebagai punca fibre, rempah oregano atau oregano kering sesudu kecil, garam, lada hitam, sos prego sebalang besar, daging cincang, butter untuk tumis dan 3 sudu sos cili. maka setelah di campur adukkan semua, jadilah hasil begini..


TADDAAA!! okeh boleh tutup api.


meat sauce tu layer pertama ye puan puan hadirin hadirat sekalian! seterusnya ialah layer kedua iaitu cheese sauce - butter sesudu, garam, mozarella cheese (cheddar pon idok le menjadi masalah), tepung 2 sudu, full cream milk 1 cawan lebih and a pinch of oregano. masak sampai sauce menjadi pekat. hmm.. oh ya! cheese tu buh laa banyak mana nafsu serakah anda mahukan. tak menjadi problemo disitu.

sea of cheese!!




seterusnya kita boleh rebus lasagna shit tu ye. walaupun dekat kotak tu dia tulis tak payah pre cook, tapi kita precook juga menandakan kita rebel dengan arahan dan rasa kita lebih master!! HAHAHAHAHA. bukan apa, takut lasagna keras nanti tak sedap la kan. so kte rebus biar dia lembut sikit sheets tu. oh tip, masa rebus buh minyak sikit so dia tak melekat to one another.



lepastu susunlaa layer layer tu dalam bekas yang telah pun digreesekan terlebih dahulu. mula mula lasagna sheets, meat sauce, cheese sauce, sheets, meet, cheese dan ulang ulang sampai habis. cover dengan aluminium foil dan masukkan dalam oven untuk proses pembakaran selama 20 minit lebih.



susun lawa lawa. kalau ada cheese lebih, letak laa buat topping ~



NOW IT'S READY TO BE EATEN!!

WAAH NASIB BEK MENJADI :D
*bangga tak terkata HAHAHAHAHAHA

09 March 2011

Off The Pill

Sekarang ni emosi aku kurang stabil. bukannya karna PMS ya! amboi sinonim bebeno emosi tak stabil dengan PMS ni~ kalau ye pon laa kome ingat aku nak tulih kat sini? gila. lu pikir gw tak tau malu sampai semua benda nak sampaikan kat blog. hmm.. alang alang tercakap pasal benda ni, ingin sekali aku menyeru kepada rakan rakan kaum hawa sekalian agar tolong jaga mulut ( or in this case, emm fingers ?) daripada menaip perkara perkara yang bila aku baca, aku rasa damn malu nya. bukan malu sebab apa, malu sebab kalau orang lain baca, penulis tu mungkin akan dipandang serong. jaga sikit maruah kita ni. haa tengok!! kan aku dah kata emosi aku tak stabil. tak pasal pasal ter lecture kome ni.


SEMUA NI GARA GARA SAKIT KULIITTT!!!!!!!! HUAARGHHHHHH!!!! (frustration melanda seorang spokespeople jenama Simple Scincare). begini kisahnya, *bayangkan suasana malam di hutan hujan tropika, tengah duduk dalam bulatan dan ditengah bulatan ada campfire*

imagination


tadi aku ke klinik. lepastu dokter cakap kulit aku allergi. kendian, aku diberi 2 ubat pil dengan 1 krim sapu. tu je laa cerita nya!! hahahaha THE END~

so macam tu la ceritanya. harap harap la masa nak pergi Bangi Jumaat ni, sakit gatal gatal ni dah sembuh. Amin. oh dan kita kita yang sakit ni (pikon, boleh angkat tangan sekarang! haha) boleh baca doa Nabi Ayub A.S.

Ø£َÙ†ِّÙŠ Ù…َسَّÙ†ِÙŠَ الضُّرُّ ÙˆَØ£َÙ†ْتَ Ø£َرْØ­َÙ…ُ الرَّاحِÙ…ِينَ
(surah al-anbiya' 21:83)
Maksudnya : Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.

08 March 2011

Comel

budak ni comeyy sangaaattt!!! aku rasa menjadi tanggungjawab aku menyebarkan berita kecomelan budak ni kepada seluruh umat dunia. ish3. melampau melampau.

iklan Baskin Robin 31

movie : Speedy Scandal


just a short entry. ngantok sangaaatttt dah!!!

06 March 2011

Capek bangett!!!

Hoh! letih mengepack barang. dah tiba masa untuk pulang semula ke rumah. esok bertolak ke London tapi sebelum tu insyaAllah singgah sekejap di carboot sale. lepas tu mula lah pengembaraan yang membosankan selama 12 jam di atas air asia yg sempit. benci ah. cramp bontot. dahlaa sempit pastu kerusi tak selesa untuk tidur plak tu. pastu tak de ruang nk regang2 kan kaki. cube kome bayangkan, nk lunjurkan kaki pon tak boleh! terseksa!!! aku bace kat magazine mana tah boleh jadi paralyze kalau tak gerakkan badan lebih daripada 8 jam kot. tapi kalau pergi tandas tak menjadi masalah la kan, sebab dah gerakkan otot2 dan sendi sendi. hmmm. bukan tujuan aku nak merungut sebenarnya. jauh sekali. sebenarnya..






sebenar benarnya...




aku nk ucapkan terima kasih dekat mak su and the gang kerana memberi hospitaliti yg cemerlang gemilang terbilang! haha. okey toodles~

03 March 2011

Party buas

club kat terowong. kitorang cuma lalu sahaja!


YAYYY!! semalam gua sambut birthday party. kanak kanak yang datang, apa gua kisah. janji celebrate birthday, gua cukup happy! MAKAN MAKAN MAKAN!!! antara makanan yang dihidangkan ialah sebutir kek coklat, ayam goreng ala KFC, fries, ayam tandoori, trifle, emm air airan dan banyak lagi la sampai gua terlupa. buat pengetahuan hadirin hadirun, memory gua ni cuma dapat menampung ingatan selama 5 minit sahaja (lebih sikit drpd ingatan ikan emas HAHAHAHA) harap maaf ya teman temanku~~


gua nak buh gamba tapi sebab tadi gua sibuk makan je, so gamba takdela kat kamera gua kan. makanan depan mata, dengan penuh kanak kanak yang rakus dan lapar, mestila gua kene titik beratkan makanan tersebut. meskipun budak budak ni umur 6-13 tahun tapi masyaallah, kuat makan. macam penyedut hampagas bila makanan depan mata. kena berebut rebut dan bertolak tolakkan agar berjaya mendapat ayam goreng! kahkahkah. berjaya lah gua kaut 2 ketul. 1 size kecik 1 size extra large. rupanya bila party buas tamat ada lebih. buat risau gua je.


lepas je rasa berat naik dalam 178 gram, gua berenti kunyah. gua naik atas tgk Love Is Cinta!! HAHHAHAHAHAHA. lepas tu maksu gua bagi gua sepatu baru jenama clark yang gua pasti akan cuba cari style yg sesuai untuk dipakai. cantik. sangat rugi kalau tak pakai. nasib baik size muat muat. jeles mak gua nanti. hoho.


hmmm. apa lagi yeh. ohh! hari ni gua berjaya kejar ice cream truck. happy gile gua maklumlaa selama ni gua asyik dengar je keriangan muzik ice cream truck tu tapi tak pegi pegi sebab takut nak pegi sorang sorang. tapi gua nekad nak try jugak hari ni. lantaklah apa nak jadi. ceh ceh. haha!! sebabkan gua dah perati masa truck tu selalu ada so pukul 3:40 lebih gua dah siap siap pakai tudung, pakai kasut. mula2 bila dengar muzik truck tu gua bukak pintu. pastu gua nmpk truck tu parking elok je tepi jalan. gua igtkan gua sorg je nak beli, tetiba ada auntie pakistani ni berlari lari pakai sari ke arah ice cream truck tersebut. terkejut gua!! sambil lari, smpt pula mata kami berpandangan. dy order dulu, baru gua. bukan gua bg dy chance ke apa. tapi dy sampai dulu. laju bebenor!!!



sesudah order, gua makan dekat muka pintu. esok gua plan nak beli lagi eskem.


cukup cukupla guna gua. rasa gangster sangat! ngongongongongongo^^,

02 March 2011

Ingat Ingat Lupa

Asalnya nak kata aku minat Big Bang ni tak jugak. tapi tak tau la why this song plays otometikeli in my head. pulanglah kepada FT ISLAND!! PULANGLAAHHH (attempt untuk hypnosis kan diri agar kembali ke sisi FT Island). moh donga lagu terhebak abad ni. zasss~~



kyaa!!! GD and T.O.P is so handsome !!! *squeals*
nosebleed -.-

demi memperingati hari yang bersejarah :)


sambut kat Malaysia dgn mummy ku nanti. HIP HIP HOORAAAYY!!!HAHAHAHAHAHA

nak mintak ape ye.....hi hi hi