18 July 2013

Post Ramadhan yang pertama

Assalamualaikum y'all. pe kabo semue. aku sihat sihat sahaja. barangkali semakin bertambah 'sihat' semenjak masuk ramadhan ni. maklum la, bile dah balik ni kerja aku tak ubah sama macam last yer dimana aku makan dan tidur sahaja. tak de kerja langsung di rumah ini (padahe ade je sebenarnya seperti mengemas rumah.. huaahuaa). okeh, memandangkan aku takde bende sangat pon nak share untuk entry kali ni so aku cerita je lah benda yang timbul di kepala otak aku ni sementara menunggu waktu sahur.

Firstofol, aku tak sabar pon ade jugak nak tunggu masuk second year nanti. maklum lah dah ada junior. nak fefeeling experienced gitu. memberi nasihat dan pedoman~ *tetibe. lagipon, nanti masa second year aku duduk rumah sendiri dah. dah tak duduk bale lagi. part tu ade yang best and ade yang tak bestnya. dan aku rasa banyak yang tak best daripada best sebab yang best nya cuma bila duduk rumah boleh masak. tu je kot. yang lain mungkin banyak yang tak best seperti kena membelanjakan duit yang ku sayangi untuk angkot nak pi uni. haa tu memang seryes tak best. dah la rege minyak naik, rege angkot pon naik! rege duit MARA tak naik naik pulak. panaih panaih!!!

Sekenofol, memandangkan aku duk rumah ni tak buat apa, setiap kali time nak berbuka aku jadi sebersalah untuk makan besar. idok le beso mane sbnornye. nasi lemak, nasi kerabu, nasi ayam berempah je pon, tapi aku still rase aku tak layak nak makan itu sume. ngade ngade. bagi se das gak aku pada diri sendiri. huh! ini tak best. aku harap aku dapat makan makanan macam tu sementara bazar masih beroperasi ni, tapi itu le. rasa bersalah tu duk consume aku.

Neksis, terawih di surau annur. aku suke. tu je nak cakap sebenarnya. macam tadi ada peristiwa lawak terjadi dan semua jemaah gelak. aku suka suasana macam tu. best. ermm, dan masa solat aku perasan, makciks yang solat sebelah aku kalau time sujud mesti tahan pakai tangan dia dulu. lepastu lutut dia dia jatuhkan satu satu. aku terfikir, nanti bila aku tua aku harap aku tak jadikan sakit lutut sebagai alasan untuk tak solat tarawih. kite tak tau scale kesakitan makcik tu rase setiap kali dia sujud, dan kegigihan dia untuk menunaikan solat tarawih dan solat sunat yang lain nya membuatkan aku mahu jadi seperti dia kelak.

aku wonder, pemilihan batch twp13 dah ke belum eh?

08 July 2013

Karnivor, Bandung

Karnivor ni nama resto dekat area bandung. femes tu femes juga di mata pelajar malaysia. biase la tu, student malaysia ni kalau dah cuti suka jalan jalan cari makan dekat kawasan sekitar bandung. bila ada seorang yang dah try, maka yang lain pon akan join sama akibat terpengaruh dengan gambar yang di post di instagram. tipikel.

Jadi hari tu aku pergi lah ke karnivor ni, sebab insta kak tita ade post diorang makan situ ramai ramai. 

nad gangstar, raz and aku

fifi, pikoh and ame

pokoknye dekat karnivor ni dy jual makanan berteraskan meat. memang banyak menu dy, tapi masa kami datang tu, entah la nape, makanan banyak yang dah habis. sepatutnye hal ini tak terjadi!! huhh!!! *bengang tiba2. jadi aku orderlah mane yang still available. rating aku, nak kate tak sedap tak elok lah pula, tapi nak kate sedap macam menipu. tudiaaa.

alamak, takleh rotate pulak. ni air yang dibeli atas dasar menjimatkan kos sahajaaaa. hahaha 

kelibat zarith. tu laa makanan kami (zoom 1000X magnification)

tapi walaubagaimanapun, tidak dinafikan kedai nya cantik, dan harga juga berpatutan. mungkin masa kami datang tu peak hour kot tu yang checf tu masak tak sedap. entoh le. kite husnuzon ye.

and before we go back

tarrah~

02 July 2013

Kampung Girang. Cidamar, Cidaun

Semalam aku baru balik dari aktiviti di Cidaun. aktiviti ape eh. macam kemasyarakatan gitu. apesal aku lupa term dy tah. serius penat tapi best la. biase le tu, bila time duk kat sana teghiak berguling guling nak balik nangor dengan cepat, tapi bila dah duduk di katil yang empuk dan tandas yang selesa dipakai baru teringat dekat Cidaun. tipikel. huh.

Cidaun ni aku tak tau laapa taraf dy? kecamatan ke ape entoh le, malas aku nak mengambik tau. hohoho! pokoknya Cidamar ni kira sub kepada Cidaun dan Kampung Girang pula desa yang ade dalam Cidamar. aku beruntung kerana dapat duduk di Cidamar kerana mengikut pengetahuan aku setelah bergosip sakan setelah pulang ke nangor, aku dapati Cidamar kot yang paling maju sket kalau nak dibanding kan dengan tempat lain lain. and budak twinning pon ramai di Cidamar, so tu yang best tu.

nampak tak betapa jauhnye perjalanan!!!

kalau aku nak cerite dari hari jumaat sampai ahad, pastilah panjang lebor entri ni. dan penat le jari jemari ku ni nak menaip kesemuanya. tambahan pula aku ni jenis tak kuat ingatan. so pendek je la yang mampu aku taburkan~~ *tetibe

gambar takde motip

kalau diikutkan, Cidamar ni la paling ramai sekali pelajar yang ditugaskan buat health service seperti berkhitan aka khatan kalau bahasa meleis nye, katarak, survey dan ape tah lagi. macam aku, aku ditugaskan untuk buat survey. bosan kan. tapi aku tak sanggup la pula kalau dapat khitan, nanti aku yang menangis tengok budak kecik dah berkhitan. budak menangis meraung pon ada. kesian deme. antara yang ada di Cidamar ialah aku, raz, kak timah, zarith, iema, una, atila, aten, nad, fifi dan amnah. rumah pon situated dekat dekat dengan satu sama lain. merase le hidup berjiran di kampung macam maneee. ade jugak budak reguler and also koas and residen.

Pagi jumaat tu yoyo o suruh student berkumpul dekat faculty pukul 4 pagi, tup tap geng cidamar terdampar sampai pukul 3.30petang sebab urusan bas yang tak setel setel. keimanan kami semua teruji habis sbb tak larat+ngantuk+bosan menunggu giliran nak naik bas. geng yang duduk dekat Kertajadi, Jayapura and lain lain semua dah bertolak paling lewat jam 11.00 pagi lagi. 

Bila bertolak tu pulak dah start nak gelap, maklumla, indonesia gelap awal. pukul 5.30 dah senja. so bila part mencabar ketika berada di atas bukit bukau seperti dalam map diatas tu matahari dah terbenam. perjalanan gelap gelita kat atas tu, tak nampak ape bro. sampai dekat Kampung Girang ketika pukul 3.30 pagi.

Esoknya mula lah survey dijalankan. lepas je habis survey (tu dia, cut habih) aku pon ronda ronda la tengok kegiatan lain seperti surgery katarak dan khitan. masa khitan tu budak budak menangis menjerit jerit. kesian sangat. tak sampai hati tengok. dah la budak kecik wehh. ada yang 10 bulan dah pon sunat. petang tu kami semua ingat kan nak la pergi pantai jap, tengok je pon jadila, tup tap kena tahan dengan pak satpam. terus dihantonye kami balik rumah.

join dengan budak budak khitan :)


oh yaa, lupe nak cite keluarga angkat aku.. (lupe nak tangkap gambar bersama keluarga angkat T-T )

rumah keluarga angkat aku ok la. agak mewah untuk penduduk kampung disitu. makan sedap, tibi beso, tandas so-so, so kire semua orait laa. tapi aku tak rapat sangat dengan ibu tu sebab dy macam tak ramah sangat. kalau ibu rumah razima tu baik bebeno. hospitaliti tiptop. sama juga dengan iema dan zarith. 

malam tu makan makan, aku terus tido dan bangun jam 4.30 pagi sebab pukul 5 dah kena berkumpul dekat SMK untuk ke Rancabuaya. huyyoo nama wilderness. tapi disebabkan janji tak dicapati, pukul 6.30 pagi jugak baru bertolak. 

maap le muke tak ready. masa ni dah 6.15 pagi mcm tu tauu. cerah kan?


haa part ni aku amazed sikit. itu le orang indonesia. sentimental dy lebih sikit, dekat Rancabuaya (masa tu pukul 11.00 like that) tu ada satu kawasan ni dy tebing sikit. boleh pulak diorang buat pentas kat situ dan ada seorang entertainer kot yg dipanggil abah main gitar sambil memberi kata kata nasihat. akustik habis. memang best sangat sebab dikelilingi oleh laut. rasa macam dalam movie weh. haihh rindu scene tu.
pantai Rancabuaya

pemandangan dari tebing yg vavavooommmm. meletop


akhirnya, lepas nak bertolak dari Rancabuaya tu baru le dapat pergi pantai.. and then bertolak ke Jatinangor tercinta < 3

sebenarnye ade byk lagi gambar. tapi dekat camera nad, syida and fifi. nnt bile2 aku edit balik. huuu. wassalam