Assalamualaikum y'all. pe kabo semue. aku sihat sihat sahaja. barangkali semakin bertambah 'sihat' semenjak masuk ramadhan ni. maklum la, bile dah balik ni kerja aku tak ubah sama macam last yer dimana aku makan dan tidur sahaja. tak de kerja langsung di rumah ini (padahe ade je sebenarnya seperti mengemas rumah.. huaahuaa). okeh, memandangkan aku takde bende sangat pon nak share untuk entry kali ni so aku cerita je lah benda yang timbul di kepala otak aku ni sementara menunggu waktu sahur.
Firstofol, aku tak sabar pon ade jugak nak tunggu masuk second year nanti. maklum lah dah ada junior. nak fefeeling experienced gitu. memberi nasihat dan pedoman~ *tetibe. lagipon, nanti masa second year aku duduk rumah sendiri dah. dah tak duduk bale lagi. part tu ade yang best and ade yang tak bestnya. dan aku rasa banyak yang tak best daripada best sebab yang best nya cuma bila duduk rumah boleh masak. tu je kot. yang lain mungkin banyak yang tak best seperti kena membelanjakan duit yang ku sayangi untuk angkot nak pi uni. haa tu memang seryes tak best. dah la rege minyak naik, rege angkot pon naik! rege duit MARA tak naik naik pulak. panaih panaih!!!
Sekenofol, memandangkan aku duk rumah ni tak buat apa, setiap kali time nak berbuka aku jadi sebersalah untuk makan besar. idok le beso mane sbnornye. nasi lemak, nasi kerabu, nasi ayam berempah je pon, tapi aku still rase aku tak layak nak makan itu sume. ngade ngade. bagi se das gak aku pada diri sendiri. huh! ini tak best. aku harap aku dapat makan makanan macam tu sementara bazar masih beroperasi ni, tapi itu le. rasa bersalah tu duk consume aku.
Neksis, terawih di surau annur. aku suke. tu je nak cakap sebenarnya. macam tadi ada peristiwa lawak terjadi dan semua jemaah gelak. aku suka suasana macam tu. best. ermm, dan masa solat aku perasan, makciks yang solat sebelah aku kalau time sujud mesti tahan pakai tangan dia dulu. lepastu lutut dia dia jatuhkan satu satu. aku terfikir, nanti bila aku tua aku harap aku tak jadikan sakit lutut sebagai alasan untuk tak solat tarawih. kite tak tau scale kesakitan makcik tu rase setiap kali dia sujud, dan kegigihan dia untuk menunaikan solat tarawih dan solat sunat yang lain nya membuatkan aku mahu jadi seperti dia kelak.
aku wonder, pemilihan batch twp13 dah ke belum eh?
No comments:
Post a Comment