30 January 2014

Result OSCE

Dah lama dah result osce dah keluar, tapi baru sekarang aku nak tulisnye.

Alhamdulillah, semua station lulus. sebenarnya untuk osce ni kalau fail pon tak pe sebab boleh remed. and term gagal tu sendiri sebenarnya agak ezzajerit sebab bukannya markah 50 kebawah pon. even dapat B pon dah masuk ketegori fail.

Aku tak sangka langusung sebenarnya yang aku akan lulus semua station sebab I specifically remember ada banyak kesilapan yang aku buat yang memang fatal la. contohnya prescription ubat. aku lupa nak prescribe disposable syringe. aku ingatkan memang habis la. basic kot tuuu. kalau tak prescribe syringe macam mana nak draw ubat dari ampule, sedangkan ampule aku prescribe pulak. huuu. and then there's hearing exam. station untuk hearing exam ni senang sebenarnya tapi terlalu banyak exam dan procedure yang kena buat dalam masa 10 minit tu. cuba bayangkan, kena buat Rinne Test, Weber Test, Voice test, interprate audiogram dan 2 balance test. mana sempat. so dalam kekalutan nak buat semua hearing exam ni aku tertinggal laa voice test. lepas keluar dari lab tu baru aku teringat. huhu.

Tapi Alhamdulillah bila check result 2 hari lepas tu, semua station lulus. aku ingat lagi, razima tak habis habis mengingatkan aku pasal test test tu semua. I don't like it. aku ni jenis yang tak suke ingat balik exam. prinsip aku bila dah habis exam, dah. jangan duk cerita cerita balik. bukan boleh buat apa. menambah kerisauan je kan. tapi kawan2 aku semua jenis yang suka cerita. kadang kadang aku elak dengar, kadang kadang aku sound direct je. annoyed.

Station yang aku rasa ada potential untuk fail juga ialah Injection and Reflex. sebab masa injection tu aku macam hang. lepas tu lupa nak discard needles dalam bin. huhu. yang reflex tu pulak salah teknik. sebab sepatutnya masa buat babinski tu kena tekan sikit. baru nampak effect.

Sebenarnya walau macam mana prepared nya kita, kita keep on practice and hafal, tapi kalau Allah nak kita terlupa masa dalam station tu, macam tu la. so doa la memohon kelancaran lidah dan fikiran. dan kalau kita rasa teruk macam mana sekalipun kita perform the procedure, tapi kalau rezeki dah tertulis, no one can change it. tawakal la. jangan cakap je, but mean it.

21 January 2014

OSCE

Esok osce dan aku masih lagi baru nak menghafal dan try nak buat prescription. rasa macam dah tak boleh nak focus dah sebab asyik fikir nak balik je. huaa. I really cant wait to go back home. rasa macam nak end all the misery. ceh. misery la sangat.

Tomorrow will be a menakutkan day. OSCE is really hard because we dont have the time to think. just perform the skills as soon as you enter the room. I hate that rushing situation.

Lately ni kerja aku makan je. I dont know why but i feel hungry all the time. dah la 2 minggu dah stop jogging sebab exam. balik malaysia I think they wont recognize me dah. huhuuu :)

Actually sekarang ni I should menghafal, but my head cannot funciton well right now, so here I am, writing on my blog while waiting for asar.

I hope I will do well tomorrow. the 1st station is going to be the hardest. maklum laa terkejut and tak adapt lagi. hmmm.

Oklah thats all. byee

15 January 2014

Masa


Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sihat dan waktu lapang. (HR Bukhari)

Benarlah. inilah antara nikmat yang kita selalu lupakan malah disia siakan. when I have the time, did I make use of the time correctly? masa lapang ialah musuh utama aku. time masa lapang ni la kemalasan menjadi jadi. masa terbazir, benda benda lagha jugak yang dibuat. but, bila busy, sibuk salahkan time table exam, salahkan program program sebab buat time aku busy. haihh laa manusia.

Nikmat sihat juga. kita sering lupa mengucapkan alhamdulillah dengan kesihatan tubuh badan kita, tapi bila selesema sikit, batuk sikit dan dan rasa betapa nikmatnya Allah SWT bagi kesihatan tubuh badan sebelum nya. tu akulah tu. Oleh yang demikian, jagalah kesihatan tubuh badan yang Allah pinjamkan ini. mentang mentang muda, hang pi bedal makanan kolestrol tinggi, makanan maneh maneih, tak bersenam langsung pulak tu. bila dah tua dah ada macam2 komplikasyen baru sedey. pa cita pa cita.

Anyway, cantik tak jam aku kaler pink tu. I know right? hihihi. ni aku beli time exam haritu sebab asyik bangun lambat je. tak dengar alarm sebab my phone broke la i think. balik malaysia kena tukar beteri baru sebab dia dah kembung :(

12 January 2014

Paun

Assalamualaikum wbt. hi!

I don't have a specific topic to share in this post. I just feel like writing a bit.

Pagi tadi aku ke paun. Paun tu nama singkatan untuk Pasar Unpad. aku pergi dengan tujuan main nya ialah untuk beli bantal. kehkeh. dapat la sambar satu. belang belang lagi. macam zebra dah. sebab selama ni pon aku tido pakai satu bantal je dan seekor teddy bear yang menemani. aku rasa dah tiba masa aku beli satu lagi bantal untuk menambah keselesaan tidur aku.

Masa pergi Paun, macam biasa, ramai manusia. aku dan syafiqah gerak pukul 6.10 pagi cam tu, pinjam motor shila. dan sampai sampai cuaca sejuk sangat. mendung je. bila bila masa je nak hujan nampak gayanya. aku dengan misi mencari bantal, syafiqah dengan misi mencari stokin. pelikkan pergi pasar semata mata nak cari mende alah camtu. tapi bende camtu la murah bro. 3 stokin baru 10ribu, bersamaan 3 ringgit. stokin bukan yang jerlus tu, tapi yang bercorak dan cantik lah.

OTW balik aku nampak laa pengemis. ramai. lepas satu satu yang lalu sebelah diriku ini. aku rasa nak derma, tapi duit besar je yang ada. uhuk.

Lepas tu nampak lagi seorang pengemis. lelaki. sambil mengemis dia takbir rasa nya. tak ingat sangat. aku ni dah la pantang dengar takbir. tu feveret aku tu. aku nak derma, tapi susah nak ambik dompet dalam beg sbb tengah pegang banyak barang. uhuk.

Tapi in the end, syafiqah jugak yang bagi. dan pengemis lelaki tadi terus bacakan doa dan nampak sangat happy. aku rasa menyesal disitu.

Ibrah yang aku dapat ialah, bila masa yang sesuai untuk kita nak menderma? jawapannya takde. bila tengah senang, ada alasan yang tersendiri, apatah lagi tengah dalam kesempitan wang, lagi laa banyak alasannya. kadang kadang aku rasa berdosa. soalnya, aku nampak insan lain yang dalam kesusahan, tapi aku yang mampu cuma berdiam diri. aku yang memilih untuk tak nak bagi. sedangkan duit yang boleh diberikan tu, tak menjadi penyumbang kekayaan aku. dan duit yang diberi juga bukan menjadi penyumbang kemiskinan aku.

Pernah juga aku baca, duit yang kita rasakan milik kita tu bukan milik kita tapi milik orang lain. disini maksudnya duit yang ada pada kita tu harus dibelanjakan dijalan Allah. contoh, digunakan untuk berdakwah, nafkah, zakat, memberi kepada orang lain dan dan kalau ya lah untuk diri kita sendiri, pasti bahagiannya sangat lah sedikit. paling paling, untuk meneruskan hidup di muka bumi, untuk menjalankan kewajipan kita sebagai hamba. dan yang confirm satu satunya harta kita ialah harta yang disumbangkan. tu lah harta yang konfirm kita punya. convert terus jadi pahala pulak tu. huihh.

Nak menderma perlukan latihan hati.

11 January 2014

Post Exam

Sebenarnya belum lagi. wakakaka. sebab dah habis SOOCA dirasakan seperti exam lain tidak penting pula. alahai. sikap begini haruslah dibuang.

Alhamdulillah, SOOCA hari tu aku lulus. markah berapa, aku tak tahu dan tak nak tahu pon. aku sangat bersyukur kerana dapat case yang aku dah prepare walaupun tak menguasai sepenuhnya. aku dapat case Cushing Syndrome. doctor pon alhamdulillah dapat yang baik. banyak ibrah yang aku dapat dari sooca kali ini. :')

Cuma aku turut bersimpati dengan kawan kawan yang ada masalah sepanjang proses SOOCA tu berlangsung. sabarlah kalian. insyaallah, disebalik kesusahan ada kesenangan. 

Memandangkan ni entri first untuk tahun 2014 ni, aku rasa macam nak jugak buat recap apa yang jadi tahun 2013, tapi macam leceh la pulak. haha. sedar tak sedar dah separuh tahun kedua dah ni. nak masuk 4th sem dah pon. cuak pon ade, tak sabar nak balik malaysia pon ada. walhal 2015 nanti baru balik for good. oh myyy.

bila tengok gambar ni rasa dah berkurun, padahal baru bulan 3 haritu.

memandangkan aku balik hujung bulan ni, aku rasa macam nak beli something la kan untuk bawak balik malaysia, cuma aku tak rasa aku akan pergi pasar baru dalam tempoh tu. mungkin aku boleh beli bende di jatos sahaja. seperti emm. entah le.

takpe niat tu dah ada. 

:)