09 October 2014

20 facts about me

ghasak lah deme pakat buat kat insta ke, aku nak buat dekat sini :)



1- suka kopi. paling suka sekali mungkin j.co chinno frappe, cappucino frappe, the original vanilla at the coffee beans, kenco 2 in 1 cappucino, old town white coffee. haa tu dia aih. sehari akan minum secawan kopi. tapi tak lah hari hari :) oh ya fakta medis! kopi boleh meningkatkan bone resorption. nanti senang kena osteoporosis. hati hati kome

2- antara nama afiqah dan najwa, lebih suka nama Najwa sebab dia macam tak sopan sangat. kalau afiqah tu macam baik je bunyinye dan skema. kalau Najwa ni aku rasa macam lasak sikit. lebih cool. hahahahaha poyosss

3- anak kedua dan berdarah B. aku rasa bila baca personaliti anak kedua tu macam betul lah kebanyakkannya. dan kalau baca personaliti yang berdarah B pon macam betul.

4- takut masak. terutama bila melibatkan kena goreng atau tumis sebab minyak tu suka meletup letup. takut dan terkejut. i dislike. kalau terpaksa masak pon aku akan panaskan minyak, dan campak barang barang yang nak ditumis contohnya kemudian lari kemana mana.

5- dulu bercita cita nak jadi pelukis sejak umur 5-6 tahun, kemudian semakin dewasa up nak jadi pelukis kartun, bila dah besar nak jadi graphic designer ke, lukis kartun macam boboi boy tu ke. sampai sekarang pon aku rasa aku masih suka bidang tu. dulu terlalu addicted melukis. tak suka sangat mengaler. sebab kaler penat.

6- aku ada masalah suka shopping terutamanya baju atau pakaian la senang cite. boleh jadi tudung, seluar, baju, kain dan sebagainya lah. paling jarang kasut kut sebab aku tak kisah sangat pasal kasut. tak banyak pon takpe janji selesa dan style. bajettttttttttt hahahaha. tapi kebanyakan barang yang aku beli ni pakai duit sendiri. huu. my mom doesn't spoil us with money. her money is her money lah. biar la mama nak pakai beli barang barang dia kann. duit beliau. I use my own money, tapi kadang kadang mama top up juge :p

7- tak matang dari segi perbuatan. tapi pandai berpura pura matang dikhalayak ramai. hahahaha. tapi dari segi fikiran in sha Allah matang. oh ya cakap pasal fikiran, aku suka rasa diri betul kalau benda melibatkan ilmu pelajaran. puii ego kan.. hmm

8- paling suka makan nasi lemak. nasi lemak is number one! tak tau kenapa aku suka, mungkin sebab dia simple kot. mama punya nasi lemak pon sedap gak sebab sambal dia sedap and mama selalu asingkan ikan bilis goreng dengan ikan bilis yang dah campur sambal. so ikan bilis kekal rangup.uh yeeeaa kalau nasi lemak mesti makan dengan telur rebus! telur dadar boleh pergi. telur mata kerbau macam tak berapa nak go lah, tp masih acceptable. gituuhh

9- kalau dengan kanak kanak, aku lebih kepada pembuli. tak reti nak main main manja dengan deme. aku rasa aku tak suka tunjukkan soft side aku kot. soft side aku cume untuk diri sendiri. hahaha. huh ego.

10- ayat favourite baru baru ini ialah at taubah: 111-112. boleh check al-quran ye. tersentuh bila kak timah cakap jual beli dengan Allah. ada transaksi dan transaksi tu mesti ada bukti. ye la kita nak beli ni. bila kita bayar, kita bayar dengan harga yang lebih daripada nilai asal kan? so bukti itu penting, bukan sekadar cakap. jadi apa bukti transaksi kita? resit? catatan amal lah kan. yang penting tindakan kita. kita kerjakan tak. bila kita kerja kan tu, kita kerjakan cantik cantik tak? nak jual ni kut. kalau nak dapat pulangan lumayan mestilah amal tu sangat sempurna, sangat molek dari mula sampai akhir, sangat indah detail detail kecil. apa apa pun percayalah semua benda yang kita buat dengan niat kerana Allah aku buat semua ini, bayaran daripada Allah tu sentiasa kita dapat. in sha Allah

kena tipu, aku cuma buat seploh. hahahaha

07 October 2014

Raya Haji

Okeh Assalamualaikum chu olls

Hari ni dah 14 zulhijjah eh? aku pon x berapa sure sebab tadi masa pagi aku check islamicfinder dy kate hari ni 13, so memandangkan dah lepas maghrib aku assume dah 14 lah kan. maka dah tamatlah tempoh kita bertakbir secara besar besaran tu. haih akan aku rindu suasana itu. tak rasa aman dan damai ke bila dengar semua pelusuk tengah bertakbir. aura dia lain macam. macam indahnyaaaaa rasa. kan kan. ke aku je rasa macam tu eh.

Masa raya haji haritu aku kurang berpartisipet sangat sebab takde mood. mungkin ada masalah hormone aku rasa. pagi pagi bangun siap siap mandi pakai baju teghuih pergi semayang raya. balik tu baru tangkap tangkap gambar kenangan sebelum tukar pakai tshirt korban. lepastu makan nasi impit+kuah kacang yang wani masak which is delisyes and also razima's bryani and ayam masak kari pekat. tu pun sedap gak.


Lepas tu baru lah kitorang pergi ke area tempat korban tu untuk tolong apa yang patut. memandangkan aku buat kerja lambat, aku bagi razima laa yang potong potong semua tu. aku stress betul kalau kena kupas kulit potato. susah kemain aku rasa. cabaran fear factor. tapi best laa dapat borak borak sambil potong carrot and timun untuk dibuat acar.

Usrah jap lepas tu sambung masak kari kambing. ni pun cabaran gak. sebab rasa dia pelik sikit. aku ni kalau bab nak merasa agak fail. selalu tak dapat detect apa yang kurang atau terlebih. so kitorang pakat modify modify laa. memule pindah kan dari satu periuk, jadi dua. lepas tu satu periuk dah hangus. hahahaha. terpaksa pindah daging kambing tu masuk dalam satu lagi periuk. lepas tu masin la, hangit sikit la, rempah kuat sangat laa. macam macam sungguh. last last maghrib baru setel semua.

Malam macam biasa jeee, makan tengok video gitu gitu je. aku memang tak enthusiastic langsung untuk raya korban kali ni. tak tahu kenape.

Korban, ape tu. cliche gila kan tanya macam tu. tapi baru kali ni aku sedar, korban tu CINTA. fullamak woiihh. bahasa cinta yang bukan je di kata namakan, tapi perlu dikerjakan. kalau betul cinta, bukti cinta tu la pengorbanan kita. dan cinta yang paling utama ialah Pemilik cinta tu sendiri lah.

Kalau benar cinta, kalau benar taqwa, korban lah di atas jalan nya. wallahualam.

Astaghfirullahalazim astaghfirullahalazim astaghfirullahalazim