09 October 2014

20 facts about me

ghasak lah deme pakat buat kat insta ke, aku nak buat dekat sini :)



1- suka kopi. paling suka sekali mungkin j.co chinno frappe, cappucino frappe, the original vanilla at the coffee beans, kenco 2 in 1 cappucino, old town white coffee. haa tu dia aih. sehari akan minum secawan kopi. tapi tak lah hari hari :) oh ya fakta medis! kopi boleh meningkatkan bone resorption. nanti senang kena osteoporosis. hati hati kome

2- antara nama afiqah dan najwa, lebih suka nama Najwa sebab dia macam tak sopan sangat. kalau afiqah tu macam baik je bunyinye dan skema. kalau Najwa ni aku rasa macam lasak sikit. lebih cool. hahahahaha poyosss

3- anak kedua dan berdarah B. aku rasa bila baca personaliti anak kedua tu macam betul lah kebanyakkannya. dan kalau baca personaliti yang berdarah B pon macam betul.

4- takut masak. terutama bila melibatkan kena goreng atau tumis sebab minyak tu suka meletup letup. takut dan terkejut. i dislike. kalau terpaksa masak pon aku akan panaskan minyak, dan campak barang barang yang nak ditumis contohnya kemudian lari kemana mana.

5- dulu bercita cita nak jadi pelukis sejak umur 5-6 tahun, kemudian semakin dewasa up nak jadi pelukis kartun, bila dah besar nak jadi graphic designer ke, lukis kartun macam boboi boy tu ke. sampai sekarang pon aku rasa aku masih suka bidang tu. dulu terlalu addicted melukis. tak suka sangat mengaler. sebab kaler penat.

6- aku ada masalah suka shopping terutamanya baju atau pakaian la senang cite. boleh jadi tudung, seluar, baju, kain dan sebagainya lah. paling jarang kasut kut sebab aku tak kisah sangat pasal kasut. tak banyak pon takpe janji selesa dan style. bajettttttttttt hahahaha. tapi kebanyakan barang yang aku beli ni pakai duit sendiri. huu. my mom doesn't spoil us with money. her money is her money lah. biar la mama nak pakai beli barang barang dia kann. duit beliau. I use my own money, tapi kadang kadang mama top up juge :p

7- tak matang dari segi perbuatan. tapi pandai berpura pura matang dikhalayak ramai. hahahaha. tapi dari segi fikiran in sha Allah matang. oh ya cakap pasal fikiran, aku suka rasa diri betul kalau benda melibatkan ilmu pelajaran. puii ego kan.. hmm

8- paling suka makan nasi lemak. nasi lemak is number one! tak tau kenapa aku suka, mungkin sebab dia simple kot. mama punya nasi lemak pon sedap gak sebab sambal dia sedap and mama selalu asingkan ikan bilis goreng dengan ikan bilis yang dah campur sambal. so ikan bilis kekal rangup.uh yeeeaa kalau nasi lemak mesti makan dengan telur rebus! telur dadar boleh pergi. telur mata kerbau macam tak berapa nak go lah, tp masih acceptable. gituuhh

9- kalau dengan kanak kanak, aku lebih kepada pembuli. tak reti nak main main manja dengan deme. aku rasa aku tak suka tunjukkan soft side aku kot. soft side aku cume untuk diri sendiri. hahaha. huh ego.

10- ayat favourite baru baru ini ialah at taubah: 111-112. boleh check al-quran ye. tersentuh bila kak timah cakap jual beli dengan Allah. ada transaksi dan transaksi tu mesti ada bukti. ye la kita nak beli ni. bila kita bayar, kita bayar dengan harga yang lebih daripada nilai asal kan? so bukti itu penting, bukan sekadar cakap. jadi apa bukti transaksi kita? resit? catatan amal lah kan. yang penting tindakan kita. kita kerjakan tak. bila kita kerja kan tu, kita kerjakan cantik cantik tak? nak jual ni kut. kalau nak dapat pulangan lumayan mestilah amal tu sangat sempurna, sangat molek dari mula sampai akhir, sangat indah detail detail kecil. apa apa pun percayalah semua benda yang kita buat dengan niat kerana Allah aku buat semua ini, bayaran daripada Allah tu sentiasa kita dapat. in sha Allah

kena tipu, aku cuma buat seploh. hahahaha

No comments: