30 April 2012

Oh boyyyyy





gotta admit, it's pretty sexy. the song. I mean the song with the music and all.

behold


haih, you guys are so magnefico bancuh vico. I love Louis the most because to me he's the most handsome. but i read somewhere that he had a girlfriend. so now I love him less. haha cam tak guna.



29 April 2012

Apa cite Matriks?

Aku baru balik dari changlun semalam. kini tamatlah riwayat aku sebagai seorang pelajar matriks, dan aku sekarang sudah bebas dari segala galanya. fuh, rasa hilang beban yang aku pikul selama ni. sesungguhnya hidup di matriks sangat tertekan. ceh aku cakap macam mewakili semua pelajar matriks di malaysia je gayanya. hahahaha. ini hanyalah pendapat aku. mungkin sebab aku ni tak cerdik, tu yang rasa payah sentiasa tu.

kepada adik-adik yang nak masuk matriks, ewah~ serupa kakak yang baik gitu.awww ok cukup.

aku cuma nak kata, dekat matriks tu study la elok elok. jangan la rasa hebat sangat dengan jumlah a yang kita kumpul masa spm haritu. konsep rajin harus diamalkan. fokus masa cikgu ajar, pastu jangan ingat nak cover nanti ke apa ke. memang tak sempat sebab pembelajaran dia yang laju tahap F1. aku nak bagi nasihat over pon rasa tak berapa nak layak. almaklum lah, aku ni idokle pengumpul A tegar dalam pspm tempohari. 

dalam masa yang sama, aku pon nak promotela hangpa hangpa ni semua masuk matriks sebab subjek yang dikira dalam pngk cuma 4 je, iaitu module 1, bio, phy, chem, maths ; module 2, phy, chem, maths, science comp ; module 3, bio, chem, maths, science comp. kalau 4 subjek ni dapat a, maka dapatlah 4 flat. ceh bunyi macam senang. mindset ye. mindset.

aku rasa macam nak bagi lagi nasihat tapi rasa malu pon ada sebab tak layak! hahahahaha. (nampak kerendahan diri di situ~~ nampak tak? nampak kah. pulun ngat aih!). dak aih, aku nak bagi nasihat ni bukan sebab aku overconfident yang aku rasa aku boleh score habis pspm ritu, tapi sebab ni la nasihat yang lecturer lecturer selalu pesan dekat kitorang iaitu tutor tu kena buat. tapi kalau duk tiru usah ler. tutor ni penting sebab masa kuliah, cikgu cuma ajar basic dan example pon yang basic je. tapi bila masuk tutorial, time tu laa dia mencorakkan soalan tu sehingga bagi kita soalan tu macam dah tak masuk akal lagi dah, punya la merepek bak hang. umpama kek gini, Sarah ada 3 biji guli dan Farah ada 2 biji guli, berapa banyakkah hydrogen yang terkandung di dalam jisim matahari? nampak tak ketidak related-an disitu! 

ape lagi yang boleh dipromote? macam takde apa je. kalau masuk matriks ni hangpa jangan dok berangan cuti panjang laa. oh pelis. never gonna happeng. kalau boleh, matriks ni nak gabung habis semua cuti umum sekali dalam cuti sem. untung kata mereka. dulu masa raya cina, dorang sanggup anjak cuti sem seminggu dua awal sebab nk bagi selari dengan cuti raya cina. kedekut tahap arwah! geram sungguh bile memikiokannye kembali.

okay, ape lagi ye nak cerita. haa peraturan di matriks ni bergantung kepada matriks tersebut. kalau pengarah jenih mesra alam, mesra pengguna, memang dapat la merasa outing setiap petang ke apa. jadi sebelum nak pergi tu, tanye laa sedara mara ke kawan kawan ke tentang rules and regulations. macam matriks aku, peraturan agak ketats ye.

tu je kot setakat ni, nnt kalau ada idea lain aku edit, kalau tak, cam ni je laa gayanye ye. chow