mereka datang agak lambat pada hari sabtu tu akibat macet yang teruk di jakarta lagi. macet tu berpunca daripada dua sebab; pertama ialah sebab banjir dan yang kedua ialah sebab cuti krismes baru nak bermula, so seperti orang malaysia, mereka juga turut berpusu pusu pulang ke kampung halaman meski tidak menyambutnya. oh how similar we are.
kami memulakan pengembaraan pada hari ahad dimana tempat pertama yang kami tuju ialah pasar baru. tipikel. tapi tu yang highlightnye ye dak. pada hari itu, mama telah berjaya merembat kain kain dan aisyah juga. telekung pon dema beli. banyak pulak tu sebab ramai pesan. aku tak beli pape pon sebab tak feel lorh. aku tak tau apa yang aku fikir masa tu. ahh kalau boleh mau saja aku tampar diriku agar tersedar dari lamunan. ohh ya lepas tu ktorang solat kat masjid atas paba tu. lawo masejidnyee.
tunggu giliran saaat...
lepas tu kami pon pergi le makan dekat kampung daun, tempat makan paling best sekali. kampung daun ni nak describe camne tah, dy macam perkampungan gitu. memang comels you. masuk masuk ada pintu gerbang dia. pastu aku perasan cam ada rumah rumah sikit, tapi tak tau laa tu halusinasi ke apa, kendian sampai laa ke tempat makan tu. masa tu hujan you olls, cakap keluar asap. aisyah agak jakun dan berkali kali menghembuskan nafasnya. tidakkah dia tahu nafasnya bisa membuatkan tumbuhan dan manusia mati? procedure dia, mula mula masuk, and then bagi nama kat counter and cakap berapa seating. nanti bila saung available dia akan panggil nama ibarat tunggu giliran berjumpa dokter. bila dah dapat saung, kitorang pon order la makanan and then pergi beli jagung bakar sambal yang di grill di luar. makanan tiptop, tambah pula dengan suasana yang nyaman. terbaik.
ni la Kampung Daun. comelkan saung dia. sorry gambar dekat kakak, so tak leh nak post kat sini banyak banyak
malam nya pergi manaaaaa? RUMAH MODE-DE-DE-DE-DE *echosound
and then we went back to the hotel. the hotel that mama had booked was hotel Gino Furici. banyak kali juga aku buat lawak dengan aisyah seolah olah mahu order di restoran, "bagi gino furici satu, extra cheese" kerana bunyi nya seakan akan sejenis masakan italian seperti spagghetti
.
in front of the christmas tree decoration at the hotel
esoknya, kami semua memulakan hari dengan bergambar di Jonas Studio. apa yang aku mahu katakan ialah, memang daebak lah Jonas Studio. dah la besar, macam kompleks apa laa, pastu sistem canggih dan laju. di situ kami telah mengambil gambar keluarga. kalau ada yang mahu melawat bandung, pergilah bergambar di Jonas Studio. seingat aku ia terletak berdekatan dengan Jalan Riau. insyaallah kalau tanya supir mereka mesti tahu. kemudian kami ke FO di Jalan Riau berserta Jalan Dago. setelah itu kami ke PVJ untuk makan makan dan shopping la, takde lainnya aktiviti kami ni. hanya makan dan shopping.
pilih gamba. alaa lupa nak tangkap gambar Jonas Studio yang cantik tu. rugi.
i love you
hari ketiga mama, kakak and ecah sudah mahu pulang ke Malaysia. tapi sebelum tu ktorg ke PaBa lagi untuk membeli barang barang yang terlupa untuk dibeli. berjaya juga aku menyambar jubah dan shawl untuk aku. mama toksah kate laa, jubah dan kain berjaya dibawa pulang (macam roda impian pula). kakak pon beli jubah tapi untuk kawan dia. aisyah, hurmm apa ye dia beli? dia banyak beli kat FO je. kelas you olls.
petang tu aku hantar mereka pulang di jakarta. sedih tu sedih juga. tapi takla sedih sangat sebenarnya. insyaallah nanti bulan 1 kan aku balik. chillek ah.
No comments:
Post a Comment