01 January 2013

Mengimbau 2012

kenapa nak mengimbau? entah laa aku pon tak tau. cuma malam ni aku rasa terpanggil (choihh) untuk menulis. kalau aku tak tulis nanti tidur aku terganggu sebab aku akan mengarang sambil melelapkan mata. waaahhhh gituu! adakah aku tersalah course ni? kuikui

dah 2 tahun daaahh T-T
my favourite store ever! PRIMARK. 

2012 ni tahun yang penuh suka duka untuk aku. cliche nye. menyampah pulak aku baca statement tu. rasanya semua orang juga akan tulih benda yang sama. tapi ye la, mana ada dalam 1 tahun tu anda tak terjatuh dikhalayak ramai, dimarahi kerana tak siapkan kerja, terpaksa balik semula ke institut pengajian setelah beberapa hari bergolek golek di rumah. dalam masa yang sama, dalam tempoh 1 tahun tu mesti kome mendapat nikmat yang sangat besar iaitu nikmat hidup, nikmat iman, nikmat masih berkeluarga, nikmat dapat markah terbaik, nikmat sihat, nikmat nama kena panggil dalam lecture sebab dapat Bio A (tu aku! hahaha riak!). so sebab tu laa ayat first tu sangat cliche tapi dalam masa yang sama ayat tu sangat tepat setepat tepatnya. senyum.

2012. hurm apa aku nak cakap eh. 2012 ni macam macam laa yang terjadi. kan selalunya kalau kita still sekolah menengah or rendah kan statik disitu je kan? tapi 2012 ni aku transisi dari matriks, rumah dan kemudian universiti. dari kedah rehat jap 5 bulan dekat bangi dan kemudian di Indonesia. aku dapat rasakan aku dah berubah. pemikiran dah lebih matang. aku juga jadi lebih berani dan sabar, mungkin? insyaallah aku akan cuba sentiasa perbaiki diri aku lagi. 

bila umur dah 20 ni ramai yang dah start rasa tak senang duduk seperti ada enterobius vermicularis di anus. mereka kata dah habis dah zaman remaja laa, ni usia untuk berkahwin laa dan macam macam lagi. aku pon sebenarnya rasa aneh bila nak luahkan, "oh umur saya? 20 tahun". janggal nya. eww, taknak sebut boleh tak? definisi zaman remaja menurut aku ialah 23 tahun kebawah. so alhamdulillah, aku masih lagi remaja! hahaha. kalau bab kahwin ni tolong laa, maleh den nak memikio nye. nak target target tu satu hal pula. biar je la boleh tak eh? suruh je mama tolong carikan? *poyossss hahahhaha

ok done merepek. so 2013 ni aku plan untuk menjadi lebih matang dan dihormati *tetiba. ok sekian. wassalam 

2 comments:

Zaza said...

weeeeeeeeeeei, datang UK lagi weeei

Stazel // Fieq said...

kite mmg plan nak datang pon iffah! insyaallah. doa laa biar kite ade byk duit, boleh le fly gi sane :p