Assalamualaikum. minggu ni aku rasa sangat sedih. aku cerita eh? macam ni. untuk exam kali ini aku bersemangat sangat. ye laa sebab aku dah nampak dah corak exam dekat sini dan aku dah tau ape yang aku perlu buat dan ape target aku. exam first aku tu sekadar experimental (eceh). no lah, maksud aku exam 1st tu aku baru nak faham apa yang akan aku lalui. so masa tu aku mengaku aku tak cuba sedaya upaya.
Untuk exam kali ni, aku banyak berkorban. study lebih awal daripada kawan kawan aku yang lain. study dengan pulunnya sampai aku dicop skema. hahaha. tak lah. cuma ada la kawan aku yang bunyi nye seperti lain macam sikit bila tau aku dah start belajar. tak tahu la kenape. pelik sangat ke? biase je kan? hmm.
Persediaan aku dah buat terlebih dahulu. semua nota nota aku dah prepare untuk study case case yang lalu. cuma case last je aku tak siapkan sebab tak sempat. case last tu seminggu sebelum exam, so memang la tak sempat nak buat notes. tapi takpe, aku tak abaikan case tu pon. aku still study semua case sama rata. cuma mungkin case last tu aku kurang familiar. ye la baru belajar seminggu. kalau case2 yang lain tu aku sempat kenal hati budi mereka. maklum la dah kenal lame. *gile eh
Okay. jadi nak dijadikan cerita, masa aku exam haritu, aku boleh pulak terdapat case last tu. tapi takpe, sebab aku rasa walaupun aku tak kenal sangat hati budi dy, tapi aku sempat study. aku yakin aku boleh dapat markah yang tinggi la juga, tapi nak dijadikan cerita, tak tinggi sangat pon. pemeriksa tu strict sangat. aku rasa sedih. kenapa aku dapat case tu? kenapa aku tak dapat case lain. aku yakin kalau aku dapat case lain mesti aku boleh score habis punya sebab aku dah masak sangat dengan case case lain.
Waktu tu aku mengalami rasa down yang teramat sangat. disebabkan aku hanya manusia yang lemah, aku banyak menangis dan mengadu dekat tuhan, kenapa aku dah berusaha lebih daripada orang lain (ceh bajet kan?) dan banyak menzombie di bilik tapi hasil aku tak seberapa. aku jadi insan yang tak bersyukur.
Aku dengar cerita, kawan aku yang dapat case lain semua dapat markah cemerlang. doktor yang menilai mereka tu baik dan sangat pemurah. sehinggakan ada seorang sahabat aku ni memang blur habis masa nak present tapi still dapat markah jauh lebih tinggi daripada aku. di situ aku mula berfikir, kenapa aku dibalas sedemikian rupa? aku dah buat yang terbaik. aku dah usaha, bukan aku tak usaha. lepas kejadian itu aku jadi malas nak usaha. hebatkan penangan dy? aku rasa masa ni syaitan sangat banyak mengambil kesempatan dan menghasut aku. sebab masa tu aku rasa sangat lemah. aku nak mengadu tapi aku tak rasa kawan aku faham apa yang aku rasa atas alasan alasan tertentu. aku banyak menelefon mak aku dan mengadu. lepas solat aku menangis dan mengadu dekat tuhan pula. kalau anda mahu tahu, aku ni susah nak menangis.
Ramai yang kata, ada hikmahnya tu. mungkin Allah nak aku berusah bersungguh sungguh. masalahnya aku tak boleh nak relate dengan statement ni sebab aku dah lontarkan sehabis mungkin. percayalah kata aku bila aku kata aku memang pulun habis study demi exam kali ni. tapi semalam setelah aku pergi ke majlis taklim, aku rasa seperti ditampar hebat.
Sebagai seorang hamba Allah, kita memang tak boleh berhenti daripada berusaha. jangan pernah sesekali berhenti berusaha keatas sesuatu yang mendatangkan manfaat. manfaat pula terbahagi kepada dua, manfaat kearah akhirat dan juga dunia. aku perasan, bila aku kata aku dah tak larat nak usaha tu, otomatikeli solat aku dah tak serapi dulu, ibadah aku juga turut terefek, bukan sekadar belajar aku yang terganggu. Rahsia pemberian rezeki tu hanya Allah yang tahu. kita tak tahu kenapa Allah kurniakan kita rezeki yang ini, bukan yang itu. mungkin Allah mahu kita berfikir, apakah dosa yang aku pernah buat? apakah layak aku dapat nikmat ini sedangkan aku tak berusaha? apakah Allah mahu menguji iman aku?
Sebagai hamba Allah, kita tak layak nak marah dengan nikmat Allah. mungkin nikmat Allah nanti datang lebih lambat. bersabar dan jangan berputus asa. biarlah apa orang nak kata. biarlah pandangan orang terhadap kita. yakin yang mungkin rezeki Allah belum sampai. atleast bila kita dah berusaha tapi tak dapat hasilnya tu, kita tahu tu maksimum effort yang kita boleh lemparkan.
:')
tak sabar nak balik malaysia
2 comments:
sukenye nk blik msia Nya ni. kirim salam rindu kt mak kamu yerrr
mesti laa wehh. tak sabar nak balik!! ooo ooo ooo balik kampung~ ooo ooo oooo balik kampung~ hahaha
Post a Comment