takpe laa kan :) aman tanpa perang
Well, bila aku tetibe nak ceghite pasal drama ni, opkos la secara tak langsung dah menunjukkan yang aku baru selesai menontonnya! ape yang nak aku katakan ialah drama ni best. sebagai seorang pengkritik drama korea, aku dapat katakan yang drama ni berjaya masuk ke dalam list of febret korean drama aku. cuma tangga keberapa masih belum dapat aku tentukan. ini hal seryes. mana boleh pakat letak je di tangga yang mana mana yang aku nak. banyak hal perlu diambil kira!
Okeh so camni, cerita reply 1997 ni sangat sesuai kepada penggemar drama dan artis korea sahaja. dan aku rasa drama ni juga mungkin lebih mudah difahami oleh peminat yang dah lama meminati budaya kpop dan kdrama kerana kpop dan kdrama dulu dan sekarang dah berbeza. cehh care aku ceghite dah macam veteran dah. huih.
Hal ini disebabkan cerita ni banyak relate kepada kehidupan remaja pada zaman 1997. masa tu group group yang tengah naik ialah H.O.T, sechskies, finkl dan lain lain. so kalau korang tak pernah tau hal kpop pastu tetibe nak tengok drama ni agak susah nak faham sebenarnya (tapi idokle mustahil). ada satu part tu Shiwon (heroin) nak pergi konsert H.O.T, pastu siap beratur berhujan sume, punye la semangat! mungkin ada yang rasa fenomena tu macam pelik, tapi hakikatnya macam tu laa fans dekat korea. siap tunggu depan rumah artis sebab nak jumpa artis yang dorang minat. pastu tak dilupakan, ada fanwars plak tu kalau setiap kali ada awards ke apa.
part lawak bila ayah Shiwon gunting rambut dy sebab pergi rumah Tony (H.O.T) HAHAHAHAHA
Alaa tengok je laa, tak rugi malah lucu dan menghiburkan ade laa. aku suka hero dy. asal aku tak pernah tengok dy berlakon mana mana sebelum ni ha? kenapa baru sekarang aku dipertemukan dengannya? WHYYYYYYYYYYYYY!! casting dy memang terbaik la. Shiwon tu pon pandai berlakon, nampak neutral habis. lepas tu tak dilupakan Eun Ji Won yang memang aku suka sejak zaman 2 days 1 night (aku tak main laa running man running man ni woi).
Hurm ape ape pon, terime kasih laa ecoh sebab promote drama ni, memang best. tapi yang slacknya aku baru tergerak hati nak tengok drama ni 2 hari sebelum balik Bandung, so memang tak sempat le nak habehkan semua episode. dah sampai sini nak tengok lagi 3 episode terakhir tu punye la payoh. line tak lajuuuuuu. terpaksa tengok dekat cd cetak rompak yang subtitle nya tak dapat difahami oleh manusia normal seperti aku.
No comments:
Post a Comment