Hari ini aku nak sharing ayat-ayat al-quran dengan anda semua. kadang kadang aku takut juga kalau blog aku ni akan menjadi salah satu sebab yang mendorong kita lalai dari mengingati Allah, jadi aku harap dengan perkongsian ini semoga kita semua dapat walaupun sedikit pahala daripadanya. okay nggak?
ayat yang aku nak share ni berasal daripada surah Yunus iaitu (10:21) (10:22) dan (10:23). ada 3 ayat.
Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat sesudah mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka dengan serta-merta melakukan rancangan mereka menentang ayat- ayat keterangan Kami dengan mendustakannya dan mengingkarinya. Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah lebih cepat melakukan rancangan menentangnya! Sesungguhnya malaikat-malaikat utusan Kami sentiasa menulis akan rancangan tipu daya yang kamu jalankan itu (10:21)
Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan) sehingga apabila kamu berada didalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! Jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur". (10:22)
Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara) kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan. (10:23)
Waaaah panjangnya kan? adakah anda juga merasakan tamparan 200N di muka setelah membaca ayat ayat ini? mengikut fahaman aku, daripada ayat ni Allah sampaikan yang manusia ni tak bersyukur. bila ditimpa musibah, kita berdoa kepada allah. kita berjanji ingin buat itu dan ini, bertaubat, banyak beribadah dan sebagainya. setelah itu, bila sahaja Allah menurunkan rahmat semula, kita berdusta dengan janji kita. nauzubillah. peringatan buat aku terutamanya T-T
ps: kalau ada yang salah, sila perbetulkan aku :)
No comments:
Post a Comment