Sebagai seorang pelajar yang hanya mengharapkan perbelanjaan dari pihak biasiswa, makan malam yang disponsor sebegini susah laa mahu ditolak sekiranya dah dipelawa. Kamarul kata tempat kosong cuma 20 orang je, so first come, can go la. ha gitu. bila lagi nak merasa makan hotel kaaaan.
Yang pergi terdiri daripada pelajar malaysia di indonesia. so ramai laa yang pergi, ada yang dari jacartah (wah like thaat~), bandung, bogor dan lain lain. disebabkan tema dia baju tradisional, aku terpaksa pakai baju kurung. tension aku. asal laa tema dy tak 'baju sopan' ke ape, boleh la aku nak pakai jubah manik manik labuci sikit. setakat baju kurung, mane ade baju kurung yang vogue sangat, sebab alah, pakai pon pi kelas je kan. nasib baik baju raya aku ada la labuci sikit, jadi le :)
Rupa rupanya aku yang skema tahi terlebeyy *tudia. bila dah sampai Jakarta, masuk je dalam hallroom Hyatt hotel tu, kalih kiri kanan, rupa-rupanya ada je yang pakai baju and skirt la, dress laa, memang sakan y'olls. makeup pon boleh tahan ketebalannya. mana tidak, di toilet je ramai yang mengenakan makeup, perbetulkan rambut dan sebagainya. aku sangka anak ahli korperat mana, rupenye student jee. i see...
nyawa nyawa ikan (aku dan fon ku) hahahaha
Bila Muhyiddin dah datang, baru lah boleh makan. masa tu aku, capikoh ngan ina duduk satu meja dengan akak akak dari jacartah and auntie and uncle yang kerja dalam kedutaan malaysia di indonesia. baik auntie tuuu. siap exchange number phone lagi kalau nak contact dia bila turun jakarta. akak akak tu pun ramah ramah belaka. aku nak share gambar pon tak boleh sebab bateri fon dah takde masa tu. what a shame.
Masa aku dah sugar depleted baru appetizer keluar. first dy serve gado gado, pastu dy bawak keluar sup ape tah tapi sedap la, and then main dish dy nasi. sebelum makan tu nerves la juge sebab kutleri dy bukan main banyak. boleh menimbulkan kekonfiusan nak pakai ape utk makan apa. meski aku dahulu bekas (aiceehhh) biro makanan, tapi aku sendiri sudah lupa etika high table macam mane! makanan nye sedap la jugak tapi idok le amazing sangat. macam so so laa (banyak pulak songeh aku). lepas habis dinner tu, terpaksa la pulak dengar ucapan dari Muhyiddin Yassin. dalam keadaan kekenyangan ofkos laa ngantuk. benda yang sama bila masa tengahari kita makan nasi, and then 30 minit kemudian terpaksa pergi lecture. bagaimana perasaan anda? ngantuk! am i right?? bila sejam berlalu boleh pula ada sesi Q&A pulak daaaahhh.
And after that, the dinner pon ended. we took a few pictures and then went to a hotel sponsored by non other than our government. hotel biasa je pon, tapi ok laa, aku suka sebab semua ada. channel pon banyak yang best best tapi tak tengok pon sebab aku terus tidur tanpa mengendahkan hal hal lain. the end.
No comments:
Post a Comment