23 February 2013

Kisah aku dan Kota Bandung

Title je dah bajet. memang aku saja nak letak title poyo camni untuk menarik minat pembaca (tudiaaa) hahahaha. tak lah, aku memang nak cerita pasal bandung pon. untuk korang jugaaaaaaaaak, ye dak? nanti kalau hangpa nak mai sini, boleh laa tengok surviving skill aku dan mencontohinya (tudiaaaaaa).

Okay, seperti ramai yang tak tahu, aku kat sini cuti setiap hari khamis, sabtu dan ahad. haa tu hanya untuk first year dan third year sahaja. kirenye kalau nak pergi jalan jalan tu elok pergi hari khamis laa pada pendapat aku. bukan sahaja dapat elak daripada macet, malah dapat elak daripada bersesak sesak di shopping mall dan pasar baru. oleh itu perjalanan jadi jauh lebih lancor dan mudah. walaupun hari yang aku pergi bandung tu hari khamis, ramai je orang Malaysia yang aku jumpa kat PaBa tu. dah laa sombong. ptuih.
muka anak anak kecil yang tak sabar mahu berjimba

 Perjalanan bermula seawal jam 8.00 pagi dari jatinangor. 8.30 baru kami naik shuttle ke Bandung. shuttle yang kami naik tu namenye arnes. dia turunkan kami dekat Hospital Hassan Sadikin. shuttle tu mmg terbaiklah. dah laa cantik, exclusive, murah, siap ade plug lagi kalau nak cas hp ke laptop ke ape. harga dia 13ribu je weh. sama dengan RM4 je. even dulu aku nak pergi jitra pon RM5 satu kepala. memang berpatutan la senang cite.

Turun turun kat Hassan Sadikin tu aku, syida, amee, capikah and razima agak blur laa jugak. tapi don't worry you'olls. tanya je angkut angkut tu macam mana nak pergi Pasar Baru, insyaallah deme akan tolong. macam tempohari, kami naik angkut dari depan Hassan Sadikin, dan terus ke Pasar Baru. tapi angkut tu tak berhenti di depan paba, dia berhenti di seberang jalan. so kome kene naik jambatan across train rails.
pemandangan dari atas jejantas

Dalam pukul 9.30 sesi syoping bermula!!! aku tak beli apa sangat pon sebab aku dah memang niat nak beli telekung biru je (tudia, specific habeh). so dalam 10 minit, terus jumpa telekung biru. memang Allah nak memudahkan urusan aku. hangpa nak tau, mula mula dy letak harge 200ribu, pastu dy kata, "nggak apa2 teh, bisa kurang 150". aku teghuih mintak kurang lagi. 120ribu. dy tak bagi, dy kata 130ribu. aku  pon nak blah, and then dy mengaku kalah. so dapatlah telekung 120ribu which is still expensive bagi aku. alah, sebenarnya boleh dapat murah lagi tu, aku tau.

Capikah and razima sibuk cari kain baju raya. semangat sungguh. amee ngan syida split ngan ktorang, tapi dorang juga mempunyai misi yang sama iaitu membeli kain baju raya. dapat lah hasil tangkapan nya. aku ingat nak beli juga, tapi bila fikir lambat lagi nak raya, aku tangguhkan dulu, mungkin dalam bulan 4 macam tu, aku akan ajak kak sah membeli baju raya bersama. mungkin di jakarta ke, who knows. after solat zohor, kami pon teruskan adventure.

termenung jauh

Keluar je dari PaBa, kami cari angkut. oh ya, tips utk elak daripada diganggu ketika dipaksa beli fridge magnet, beg dan keychain ialah sambil berjalan, angkat tangan dengan mengatakan "no". eceh. jangan buat eye contact! cari punya cari angkut, dapat juga angkut ke pvj. murah je angkut angkut ni, semua bawah range 5ribu. kalau agak agak dekat tu, estimate 1ribu-2ribu je.

Tiba je di PVJ, kami makan. aku makan burger king. sedap giloooo. haih terkenang keenakkan nya. cuma 39ribu je, bila diconvertkan (tak habih habih convert) dalam RM13. okla kan, kenyang pon kenyang, puas pon puas~ lepas tu beli laa barang sikit. razima laa beli banyak sikit, sebab dy memang dan target nak beli kasut dan beg. aku banyak makan je. hahahahahaha

kalau ada pertandingan muka tak de expresi, aku dah boleh jadi jurulatih professional

Di sebabkan terliur tengok coffee starbucks, maka kami pon beli lah coffee J.CO. alhamdulillah, iman masih kuat insyaallah. boikot jangan bermusim ye kawe kawe. sedap je coffee J.CO. siap bagi donut free lagi. hangpa nak apa lagi? APA LAGI???

paris van java

Maka lepas tu kami pon siap siaga nak balik. part balik ni kena banyak tanya sikit. dari PVJ kami jalan keatas sikit, jumpa angkut warna putih. tanye kat pak tu, ni jalan nak pergi pasar bunga ke. kalau ye, maka naiklah. and then, bila sampai pasar bunga maka turunlah. lepastu, tukar angkut ke Baltos. tiba di Baltos, hubungilah ejen shuttle anda dan pulang lah. masa kami naik haritu, kitorang naik jam 7.15malam. so sampai dalam pukul 8.30 di Bale. ok laa kan? kitorang pon rasa senang hati gila pergi bandung kali ni. mungkin sebab tak ramai sangat umat kot, sebab hari khamis kannn. kesimpulannya, expedisi kali ini sangat best!!! cuba lah.

1 comment:

Nurman Nmr said...

salam kenal dari Bandung.
Saya pengelola Arnes Shuttle .. :)