18 November 2012

Hold My Hand, KAMI

KAMI tu apeeee? KAMI tu Kelompok Anak Malaysia Indonesia. Alhamdulillah dah habis pon program ni. Penat ohh. Lega sebab dah habis. Aku nak bubuh gambo je ni haa ngan highlight highlight nya, tak kuase aku nak menaip satu satu insiden harini.

Pagi tadi bangun pukul 4.08 pagi, pastu teghuih semayang subuh, siap siap and bertolak pukul 5.00 pagi. Dekat sini pukul 5 tu dah cerah dah sikit sikit, so hangpa jangan la kagum sangat dengan kekuatan mental aku untuk membangunkan diri pada hari ahad.


Sampai sampai je, disebabkan aku Biro Multimedia, aku kena laa tangkap gambar especially semasa preparation. Jadi aku pon tak buat laa kerja kerja gotong royong atas alasan aku nak ambik gamba hangpa semua nak masuk dalam pendokumentasian. hahahahaha

Yang tak bestnya hari ni ialah bila dia dah start hujan. Mula mula renyai lagi, wa tarak heran sangat, mai tang lepas zuhur tu terus menjadi jadi pulak. Riso pulak aku kalau kalau banjir Sukawening tadi. Selain daripada itu, yang tak best nya bile aku sakit tangan sebab pegang kamera azizi yang gedabak tu. Kaye benor sampai tambah macam macam accessories!!!


Yang bestnya bila aku dapat jumpa budak budak, makan makan dan makan, belajar tangkap gambar, main main dengan budak budak twp12 yang tak betul dan menjayakan program bakti sosial ni.

Kalau aku akhiri entri dengan perenggan tadi macam tergantung laa pulak, so skang wabilaihitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


No comments: