20 June 2012

Bawak kereta

Aku malaih nak pike tajuk bagi gegempak sikit. tu yang terus straight to the point je. selalunya aku tak pernah laa update blog petang petang macam ni, tapi sebab aku akan hiatus selama 5 hari, maka aku gunakan masa ini untuk berkongsi cerita dan pengalaman aku bawak kereta hari ni. huhu. ye aku tau aku laa orang paling last di bumi bangi ni yang ambik lesen di waktu usia yang senja mcm ni. hoho T-T . aik, tidak juga bila di pike kan balik, sebab tadi aku baru je jumpa dengan lolly! hoho. rindu beliau :3

Okay pagi tadi first first lagi dah belajar bawak kereta ke jalan raya. semua berjalan lancar laa jugak. okay laa untuk aku yang baru belajar memegang stereng ni. tak dinafikan ada juga masanya enjin kereta termati.aku tak tau ape puncanya. rasa okay je. mungkin aku angkat klac (screw the spelling!) cepat sangat masa traffic light tu kot. tapi tu ok laa lagi.

Ni aku nak cite the pathetic incident di mana kereta tersebut telah mati berulangkali bila nak naik bukit. ya rabbi. aku rasa cam nak keluar dari kereta pastu nak bagi sepakan hebat di pintu kereta tanda emo. berapa kali tah aku asyik buat kesilapan yang sama je dan aku tak tau apa yang silap nya. hahahaha rasa nak sepak kepala lelaju. aku rasa malu pon sama tapi bila difirkan balik, biasa laa baru nak belajar. last last baru laa aku paham ape yang aku buat (setelah 4-5 kali cubaan). tapi insyaallah disebabkan kesilapan yang aku buat ni membuatkan aku jadi lebih ingat. serius sbb lepas tu terus aku dah mahir dah beraksi di bukit. siap angkat sikit kepala dan senyum sinis lagi dekat kereta sebelah. HOHOHO!(padahal kereta sebelah tu baru start belajar harini). haihh. apa nak jadi aku ni..

Pastu ada jugak masa aku ingatkan kereta rosak. ingat nak pegi lapor kat cikgu dah! puahahahahhaha rupa2nya tak masuk gear langsung. mau laa dekat 5 minit aku jenuh duk hidup kan enjin sambil melepaskan kluc tapi enjin tetap mati. haihh apehal laa aku ni tak cekap sangat. buat malu je. ade hati nak salahkan kereta yang disangka kan rosak.

gambar sekadar hiasan
diminta kenderaan yg lalu lalang di sekitar sungai merab bersabar kalau jumpa aku tengah memandu. sila beri kerjasama! hohoho

2 comments:

Atindora ♡ said...

Wahhh jumpa lolly comel ! Hahaha. Hang jangan jadi macam aku Stazel ! Sangkut tang bukit time JPJ punya test ! Malu gilaa ! Wuwuwu Good Luck Stazel ! : )

Stazel // Fieq said...

hahahhahaa laa ye ke ten.. insyaallah aku akan berusaha bagi cekap especially tang bukit ngan parking!