Sekarang ni kan, selera makan aku dah semakin menurun. aku dah tak rase bernafsu sangat dah bila tengok makanan depan mata. kadang2 bila aku tengok gamba2 makanan dekat blog orang aku rasa macam fuuihh sedapnya, tapi bila terbentang dekat depan mata, setakat sesuap je yang masuk.
Kalau zaman aku muda dulu (setahun yang lalu! hohohoo), bila mata bertemu menu dekat restoran, fuhh bergelojak hawa nafsu. dah tak tersebut nak makan mana sebab semua nampak sedap. tapi malangnya sekarang ni aku macam dah bosan dengan makanan. tak best woo. dulu kalau orang offer nak makan ape dekat restoran mahai mahai, punye la aku fikir habis habisan supaya memilih yang paling sedap agar tidak menyesal bile makanan sampai, tapi sekarang ni aku siap tolak lagi. ye aku tak tipu aih! benar belaka ni!
waffle korea
Aku ni kan tak reti masak (apa? anda terkejut mendengar statement ini?? HEHEHE) so setiap kali makan, memey makan kat luar la gamaknye sebab mak aku pon busy, mana sempat sangat nak masak masak semua. Kalau makan dekat luar, memang rare untuk aku menghabiskan makanan sepinggan lengkap. mesti tak boleh! aku sedih sebenarnya sebab apa yang aku buat ni berdosa sebab membazir, tapi aku memang tak boleh makan pon. macam baru baru ni, aku keluar dengan nabilah and koko nak makan kat TGIF, dorang semua habis makan (kecuali roti burger nabilah dan beberapa helai sayur! hahaha) walaupun makanan tu tk banyak, tapi aku tak mampu nak habiskan fish and chip. koko yang terpaksa makan sampai habis.
Aku tak tau laa kenapa aku jadi macam ni. aku tak nak macam ni! aku nak makan three meals a day! bila aku fikir balik, mak aih, untung suami aku nanti, isteri tak kuat makan! dapat save duit holiday ke Europe! hahahahahaha
No comments:
Post a Comment