17 July 2012

My List of Korean Movies


Boleh kate banyak movie korea ni yang seronok dan memberi inspirasi sesudah kte menontonnye, tapi ada jugak yang boleh bikin trauma dikemudian hari selain membazirkan masa. Oleh itu, aku ingin menghulurkan bantuan dan meringankan beban (ecehh) dengan membuat review, movie mana yang taraf berbaloi baloi, so kome after ni tak payah laa  buat kesilapan dengan menonton ceghite korea yang ntah hape2. (idea murni HAHAHA)


100 days with Mr Arrogant
Aku tak tau kenape ramai sangat orang suka cerita ni. Haa donga je gitu hangpa pon mesti dpt teka aku akan bagi review mcm mana ye doks? Okay, cerita ni tak inspiring langsung. Lawak dy pon tak berapa lawak, pastu ada certain part tu sangat lah gross! Kalau hangpa tengok sambil makan, mau nya tak lalu dah makan seminggu sebab otak asyik ulang tayang part tu! Kisah percintaan antara hero and heroine tak sweet sangat pon and cerita ni takde plot yg menarik. Sekiaaaaaaaaaaaann. (2/5)


Hello Ghost
Cha tae hyun ni memang actor kegemaran aku ah. Muka dy tarak handsome sangat tapi lakonan dy best wooh! Cerita Hello Ghost ni bukanlah cerita hantu yg menyeramkan cuma hero dalam cerita ni boleh nampak roh roh orang mati. Diawal cerita, kte tak nampak sangat apa yang dipikiokan oleh director kerana kte tak paham sangat kaitan antara watak watak, namun bila mai part semua teka teki dah terlerai tu, mula lah berjujuran ayer hangat. eh. Air mataaa.. movie ini boleh dikelaskan dalam kumpulan komedi, spices of life and romantic. Overall best! (4/5)


The King and the Clowns
Movie ni bertemakan historical and homosexual. Synopsis cerita dy macam ni, ada 2 orang ni, kerja mereka ni ialah buat street shows untuk menyara hidup. Salah satu drpd clowns ni Lee Jun Ki. Dia ni cantik macam perempuan sampai orang yg selalu tengok street shows ni pon ramai yang tertarik dgn kecantikan dy  walaupun dy seorang lelaki. Golongan bangsawan yang kaya selalu booked dy time malam untuk melepaskan nafsu mereka sampaikan kawan dy yang sorang lagi tu dah tak tahan dengan semua ni dan bertekad nak lari pegi ke bandar lain bersama2 lee jun ki. Kat situ dorang still buat street shows dan serta merta dorang jadi femes, but then the king got interested in them and he asked them to be the palace clowns. Mula-mula memang dorg dapat hidup mewah, tapi kehadiran dorg tu telah menyebabkan kucar kacir dalam istana. Setiap kali diorang perform, ade je yang dibunuh sebab …. Haa hangpa tengok laa noe. Cerita ni serious sket, tapi menarik sebab dy sebenarnye fusion antara fiction and non-fiction. 2nd highest grossing dalam industry perfileman korea habaq haannggg! (3.9/5)


200 pounds of beauty
Ni aku rasa ramai dah yang tengok nih tapi aku setil buat review sbb nak panjangkan post entri ni! Hahaha keji. Okayy, movie ni lawak tapi tak laa sampai LOL. Macam geli hati ade laa. Plot dy menarik dan senang untuk difahami. The reason movie ni famous di korea adalah kerana plastic surgery is sooo significant among them. Artis artis pon ramai yang buat plastic surgery even sikit sikit seperti double eye lid tu. So they relate more. Ending cerita ni pon perfect dan aku rasa berbaloi untuk ditonton berulangkali. Tak sedar masa dah berlalu bila tengah khusuk menonton nya puunnn. (4.5/5)


epic scene
Speedy scandal
This is by far the best movie ever! Actornya tak lain dan tak bukan cha tae hyun actor kegemaranku! Memang tajuk movie ni macam tahape hape, tapi percayalah movie ni ada kesemuanya. Hang cakap nak apa? Sedih? ADA! Lucu? ADA! Romantic? ADA! Comel? ADA! Family? ADA! Haa semua ada. Movie ni seronok disebabkan 2 role yang memainkan peranan yang sangat penting dalam kesuksesan movie ini. Satunya Cha Tae Hyun, satu lagu Hwang Gi Dong iaitu budak berumur 5 tahun berambut kerinting yang sangat comel! Cerita dy macam ni, hero cerite ni merupakan seorang dj di radio yang telah tidak famous. Suatu hari out of the blue, ada seorang perempuan bersama anaknye dtg dekat apartment dy. Rupa2nya perempuan tu anak dy yang dy tak pernah tau! Macam tu laa hidup dy berubah dalam sekelip mata je. Pokoknye movie ni terbaik! (5/5)

part 2 sat lagi ye

No comments: