
this is Buffalo cave. credit to the name stated
Masa cuti hari jumaat haritu (kedah) dengar cerita dekat dewan kuliah depa buat mini panggung wayang. bukak cerita sumpahan kum kum.
tu je yang aku nak cakap HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH
okay, jumaat haritu aku menyertai satu program camping di suatu tempat bernama Buffalo Cave. woh nama macam destinasi perlancongan ala ala new zealand bukan? tapi kem tu bukan buat dekat new zealand. dak aih. takkan la matriks nak tanggung perbelanjaan yang banyak macam tu. tak logik laa kan. jadi nya, the camp took place at a small undeveloped town called Kokdiang. Kokdiang ke Kodiang? aku dengar orang sebut semacam ada qalqalah sughra di tengah perkataan tu. tapi tengok signboard jalan 'k' tu lenyap plak. mungkin depa yg pioneer dok sebut Kodiang tu jenis mendalami ilmu tajwid semuanya. (tajwid used to be my favourite subject in tahfiz)
Gua Kerbau is situated about 40 minutes from the college. when I'm about to closed my eyes to take a nap, we had already reached the place. see how near the camp site was!

malam harinya, kami solat jemaah di hadapan gua berbumbungkan langit yang dihiasi bintang dan bulan. lepas solat maghrib, makan la apa lagi! kami makan makanan yang kumpulan aku bbq pada petangnya. lepas tu setiap kumpulan kena buat persembahan. aku paling benci buat persembahan ni. padan pon, grup aku dapat last!PUAHAHHAHAHAHAHAHHA (mungkin kalau watak aku bukan watak minor, grup aku boleh menang) kahkahkah ada hati.

malam tu aku jaga senteri. tak reti ah nak eja. memang tak selamat laa diorang semua malam tu sebab aku dan Sole dan Farah tertido 20 minit sebelum giliran habis sehingga dikejutkan oleh grup yang jaga senteri selepas nya. hahaha cool (TETIBA)
esoknya aku bangun pukul 5.30 mandi mandi, then continue sleeping. solat subuh jemaah then tidur lagi sampai pukul 8.30 baru bangun nak breakfast (buat macam rumah pula). lepas tu bermulalah aktiviti menggua di mana kami masuk gua yang gelap dan menakutkan serta berbahaya. lepastu jungle tracking jap kat bukit yang penuh onak duri, then baru habis aktiviti.
tengahari tu aku ngan Sole pekena ABC kat warung depan camp site tu sambil berborak borak kosong. lepas makan tengahari, maka habislah aktiviti di Gua Kerbau! sikit je kan aktiviti nya? biar laa tu pon aku rasa penat nak arwah dah. sebelum balik cikgu belanja bihun sup dengan laksa which surprisingly tastes sooooo good. too bad my stomach is already full (ABC+roti sardin+nasi yang menggunung) hence i barely put in a few spoonfuls of bihun sup just to make the teacher tak kecik hati.
so that's all about my trip to Kodiang aka New Zealand. gambar ada tapi hangpa tau2 je la, laptop aku ni tak boleh received bluetooth laa. pasaipa tak tau.
No comments:
Post a Comment