02 March 2012

One Nine

Hari ni yakni 2 March, secara rasminya aku telah menjadi lebih dewasa, matang, bergaya dan bertanggungjawab. jadi sembilan belas ni tak la berbeza sangat. sekadar nombor je yang bertambah. otak aku, pemikiran, perwatakan dan raut wajah masih maintain. ecehhh. kepoyoan harus ada dalam diri. jangan tinggalkannya!

Masih ingat kah anda, peristiwa parti buas di Leeds yang aku pernah coretkan kat sini setahun yang lepas. gila lah masa, rasa macam baru je, rupanya dah 366 hari tu berlalu. and this year too, i didn't celebrate my birthday with my family. well to be exact this year i didn't celebrate at all. tapi aku tak de la tacing tetiba macam gadis datang bulan. malu la nak sambut birthday birthday ni. aku je ke yang rasa macam ni ke korang rasa macam ni jugak? semacam timbul perasaan segan dan tak tahu nak bagi reaksi apa kalau orang kata happy birthday. sebab bukannya aku buat apa apa pon masa hari kelahiran aku tuh. lainla mak pak aku. mereka mesti cemas tambah tambah mak aku, mesti sakit gilos nak deliver seorang bayi. aaaaahhhhhh tak mau beranak!! *tiba2

Kalau dulu setiap kali sambut mesti ada kek sebiji. itu kira syarat wajib penyertaan laa tuh. kek tu bukan habis makan pon. maklum le, yang makan sape je? aku, akak aku ngan ecoh. tu je laa. nanti pakat buh laa dalam petiais sampai seminggu dok recycle kek tu sbb nak habiskan. tapi bila dah besar, dah stabil sikit ekonomi keluarga, maka cake pon perlu lah diupgrade kan. ye dak??


kek masa umur 7, 8,9 tahun. bunga rasa kertas tu semua pakat berebut, padahal rasa kertas je pon. tak paham aku! kome paham?



kek budak baru nak up. beli dekat fairy, kaler yellow lagi. gambar Belle watak kartun Beauty and the Beast.masa ni diambang 10 11 tahun.


ni baru betul betul up!! ohh yeah. umur 12 13 jugak laa baru memiliki kek sebegini ketika hari jadi

aku rasa setakat tu je laa kot. lepas tu aku dah tak beli kek sangat kot. entah le. aku pon tak ingat (perkara biasa buat seorang yang bergelar aku~hoho). bila dah besar panjang macam ni, dengan ukur lilit pinggang yang bertambah, teringin juga aku nak makan ice cream cake baskin robin. tak de ke sape2 nak belanja I? hahaha


2 comments:

PIKON GHAZALI said...

kek bunge kertas! HAHAHAHHAHAHAH betoi!!

Stazel // Fieq said...

nostalgic <3