Hari ini, aku lari untuk Larian Satu Malaysia. bangunnya pukul 5:40. bersebab. jangan terkejut kenapa aku bangun awal sangat. aku pun terkejut kalau tak semena mena aku rasa ingin bangun awal tanpa sebab. haha. gue bangun awal karna perlu mandi sebelum memulakan Larian Satu Malaysia itu! yaaaaaaaaa kaum perempuan memang akan mandi terlebih dahulu sebelum melakukan apa apa aktiviti meskipun nnt akan berpeluh lebat. bukankah lebih mudah sekiranya bangun2 terus cuci muka dan spray deodorant. kalau pakai deodorant product nivea, pasti tiada siapa yg boleh meneka sama ada si pemakai deodorant itu sudah mandi atau belum, kerana bau badannya memang tak kan berbau! tapi sebab kaum perempuan memang pembersih pembersih semuanya, jadi tandas sudah sesak tatkala jam 5:40 itu.
kenapa 5:40 dah packed with people?? yaaaaaa hebat sungguh soalan daripada saudari berbaju oren di belakang! *imaginasi. sebabnya, kami diminta berkumpul di astaka jam 6:30 pagi. gilaba.
SEJAM KEMUDIAN, yakni pukul 7:30 kut baru start lari. aku pon lari lari dan lari. meskipun kaum lelaki buat tembok/benteng di tengah tengah jalan, aku selit selit jugak biar cepat sampai. kaum lelaki tidak berlari, mereka hanya berjalan. hirup udara segar mungkin. ataupun cover lari tak laju, jadi mereka mengambil keputusan utk berjalan kaki sahaja. sambil itu, pemandangan sekitar aku perhati. subhanallah cantiknya. kami melalui kawasan estet, bendang, kampung, parit dan sebagainya.
pukul 8:30 aku selamat tiba semula. ternyata tak ramai lagi orang memenuhi padang *ayat nak bajet sprinter la kengkonon!!hahaha. penatnyeee hari ni. dah laa lepas habis lari kene pergi kuliah. hari sabtu pulak tu. double the tiredness. hoh. mau nidur. tata!
No comments:
Post a Comment