08 February 2011

List Korean Drama favourite aku

MUQADIMAH

Sebelum tu aku nak bgtau dulu, ni hanya pandangan aku. aku ni a bit choosy about a drama. a drama must have realistic and logic problem. maksudnya masalah yang muncul tu bukan macam masalah yg dibuat-buat. takde masalah tp saja nk timbulkan masalah dan halangan padahal sepatutnya dah boleh happy ending lama dah (macam ada unsur unsur Adam dan Hawa giteww. rujuk entri ni). and then, a drama must have sebab yang kukuh untuk hero dan heroin jatuh cinta. takde la macam nampak sekilas pandang dah jatuh cinta terkejar kejarkan hero/heroin tu. ahh membebel panjang pon takde guna, zassss.



5.Boys Over Flower

Mula mula aku tengok Hana Yori Dango dulu. cerita ni okay la jugak. cuma aku benci sikit kat Geum Jandi tu. cerita ni tak bape nak best la. macam tak tinggalkan kesan kat jiwa aku (haa amek kau tu yg aku expect dari drama sebenarnya! ). setakat mau bergembira habiskan masa boleh la. tak sweet pon couple ni bagi aku. tak de chemsitry sangat.




4. Delightful Girl Chun Hyang

Bagi aku ni cerita yang memang tak kan lapuk. Cerita dia start drpd diorg high school sampaila dah tua. Berapa kali tah aku ulang cerita ni. punya la syok. HAHAHA. Mong Ryong mula mula suka dekat Chae Rin, pompuan lebih tua drpd dia. tp suatu hari dia terpaksa kahwin dgn Chun Hyang sebab berlakunya satu salah faham. Biasa la kalau orang timur ni, memang kena jaga maruah keluarga semua kan, so meski mereka masih bersekolah mereka dipaksa juga untuk menikah. yang bestnya pasal cerita ni, drama dia tak meleret.





Couple Or Trouble

3. Couple Or Trouble

Aku suka couple or trouble sebab perangai Anna yg membencikan dalam masa yang sama lovable. fokus cerita ni bukannya macam cinta terhalang camtu. BUKAN! kisah diorang ni 100% pasai diorang je. memang aku syorkan korang tgk cerita ni sbb unsur lawak diorang memang melampau. HA-HA-HA







Full House

2. Full House

Aku siap ada cd lagi wehhh! RM 110 pulak tu. kalau aku tahu la boleh tengok free je dekat youtube, memang aku simpan duit tu dalam Tabung Haji. kalau sape tak tengok ceirta ni mmg ada kerugian besar la weh. drama ni lengkap bagi aku. cukup comel, cukup sedih, cukup sweet dan cukup benci. walaupun cerita lama tapi kalau korang tak tengok lagi, tolong tengok. buat malu je siapa yg tak pernah tgk Full House!!! SHAME ON YOU!!!!!






Secret Garden

1. Secret Garden

ni lah dia cerita yang aku baru selesai tengok semalam. HAHAHA. ni cerita baru, kalau korang bakar cookies, cookies tu masih hangat-hangat lagi keluar oven gitu. sebabkan cerita ni masih baru, aku cerita synopsis dy. kisah dia dari awal episode sampai habis episode pon masih berkait. maknanya bila episode ke 20 tu baru korang tahu "ohhh sebab tu ke rupanya! I got it!!! EUREKA!!!". unsur menarik pasal kisah ni ialah, hero and heroin dia akan swap body sejak diorg pergi ke 'Garden'. tapi swap body ni bukan fokus cerita ni. maknanya bukan dorg jatuh cinta sebab dorg swap body. tu yang aku suka tu. bukan mcm drama korea yang lain. diorang jatuh cinta sebab peristiwa peristiwa yang berlaku bukannya sebab tak matang macam swap body~~




ps: gagal masuk list ialah Goong, My Girl, Coffee Prince, I'm Sorry I Love You, You're beautiful, Mary Stayed Out All Night.


7 comments:

boss said...

perghhh,,yg gagal masuk list tu la yg aku ska,,bab drama ni kte tak kamceng laweii!!hahahah

Stazel // Fieq said...

sape superduperwoman nihh aku tak kenai!!!! haha

boss said...

hahahah,,mmg la x kenai sbb ko bkn tergolong dalam gang superduper gitu,,hahaha

Zaza said...

tidak!! BBF BEST!!!!

Stazel // Fieq said...

sbb tu le masuk carta tuuu~

Syifaa H. said...

HAH! aku tetap suke you're beautiful! sbb aku suka laki tuh! MUAHAHA. taip mary stayed out all night tu boring siket laa

Stazel // Fieq said...

itule. menyesai aku tgk cerita Mary Stayed Out All Night. tak best langsung. LANGSUNG!!! You're Beautiful tu okay, tp aku tak suke go mi nam. dy dah la tak terer sgt berlakon, tp suke buat muka comel.