28 February 2011

Cadbury World!

EDITED!!! WITH PICTURES!!!!!!!! <-- bajet gempak sangat~


bukan Disneyland, bukan Nickelodeonland dan juga bukan Underwater World, tapi CADBURY WORLD!!!


minggu lepas, puas juga mak su mempromote dan mengajak aku ke Cadbury World, dalam hati sesekali terlintas " duit dah tinggal sikit nih. chin peng ah! tak syiok sungguh perasaan yang hadir ini! " HAHAHAHA. tapi semalam kitorang, consist of me, maksu, Iffah, Ina and Abbas pergi juga membeli tiket di kaunter tiket Cadbury World! harga nya boleh tahan melambung, £14.30 untuk adult macam aku. tapi semalam tak tau la aku dibayar mengikut harga kanak kanak ke ape. biase la tu nak dapat diskon. kome cam tak biase menipu nipu ni kan? jujur je la. haha



semangat kental aku tak dapat disorokkan. keterujaan melampau mengalahkan mak cik dapat mesin jahit dalam cabutan bertuah!!! memang best. Ina dengan Abbas yg kecik tu pon nampak tenang. aku cuba kawal diri sedaya mungkin. tiket kitorang pukul 12:10, so ada lagi dalam 1 jam, kitorg pergi jelajah tempat tempat lain dekat sekitar Cadbury Factory tu. ada magic show, mini theatre dan banyak lagi.

bile dah masuk dalam cadbury factory tu mmg best gile. memang BERBALOI BALOI~!! dapat ceklet free, naik tren kecik, pastu tup tap e'eh laaa ada pulak gambar naik tren tu! (aku tempah buat mug! hehe). banyak juga ilmu yang aku peroleh mengenai ceklet Cadbury. aku bersyukur kerana maksu aku bawakkan aku ke sana. aku nak buh gamba biar kome juge dapat melihat kehepian aku, tp gambar tak boleh upload!! wooo. idok ngape le.

nanti bile dah boleh upload gambar, aku edit post ni eh? jangan sedih sedih! tak cool. haha bajet cam org baca pulak pe aku tulih~ pastu seperti mana pengunjung pengunjung yang lain, aku pon beli la souvenir 4-5 tongkol. terukirlah senyuman sepanjang perjalanan pulang. THE END



website where chocolate comes to life

kalau korang tinggal dekat Birmingham, PERGI TAU JANGAN TAK PERGI!!!

++++++++++++++++++++++
edited


penulis ketika sedang bergambar di pintu masuk Cadbury World, indah sungguh si penulis ni yerr.. ngohohoh!


penulis nmpk gemuk dalam gambar ini. coat tu yang tebal sebenarnya! HAHAHAHAHA *jeling kiri kanan berulang ulang kali*

ada byk lagi pictures to be shared with the world!!! tapi, tetibe line internet cam tak lancar tadi, terus tergendala pictures yang dimuat naik. tak pe la eh. cukuplaa gambar dua keping ni, buat lepas rindu HAHAHAHAHAHAHAHAHA


peace y'all

3 comments:

Zaza said...

kalau la waktu tu ade lg mase + perut dah kenyang + dah solat, mmg satu cadbury kite tawaf!!

Stazel // Fieq said...

tu la. takpe, len kali kte nk pegi lagi CADBURY WORLD!!!

cik fikaa said...

yummyyy !