tadi aku godek godek kat google pasai kecantikan kulit. dari situ, aku dibawa ke sebuah laman web menceritakan kecantikan kulit tradisional mengikut negara masing masing.
kes di Jepang :
dahulu kala, kebanyakan wanita jepang menggunakan kotoran burung lalu dibuat masker dan menepek di wajah mereka. sekarang pon dengar khabarnya, mereka masih melakukan perkara yang sama namun dicampur sabun terlebih dahulu baru dioleskan ke wajah. Geli. tapi menjimatkan. mana idoknye, kome kutip je najis najis burung di tepi tepi jalan dan kemudian tambah air sikit supaya ia cair dan lumurkan di wajah. blueeekkk.
kes di Yunani :
para wanita (atau golongan metroseksual) yang mahu kelihatan cantik berseri menggunakan jeruk untuk menyegarkan kulit. If y'olls teringin benor nak ikut gaya yunani ni boleh lah mencobanya dengan memaskerkan wajah dengan masker yang ditambah jus jeruk
kes di Stazel :
Aku tak suka cuci muka. bukan tak suka kot. mungkin lebih cenderung kepada sifat malas. aku rasa kalau tak cuci muka (pakai sabun la bukan pakai air) pon muka aku camni jugak. masih comel dan muda. jadi relevan kah aku mencuci menyental bagai nak ra' (qalqalah sikit) tiap malam atau pagi tapi hasilnya tetap sama? nampak tak bertapa dalamnya aku berfikir? kagumkan?HAHAHAHAHAHA (sebenarnya lebih kepada sifat berputus asa -.-)
sekian
No comments:
Post a Comment