28 February 2011

Cadbury World!

EDITED!!! WITH PICTURES!!!!!!!! <-- bajet gempak sangat~


bukan Disneyland, bukan Nickelodeonland dan juga bukan Underwater World, tapi CADBURY WORLD!!!


minggu lepas, puas juga mak su mempromote dan mengajak aku ke Cadbury World, dalam hati sesekali terlintas " duit dah tinggal sikit nih. chin peng ah! tak syiok sungguh perasaan yang hadir ini! " HAHAHAHA. tapi semalam kitorang, consist of me, maksu, Iffah, Ina and Abbas pergi juga membeli tiket di kaunter tiket Cadbury World! harga nya boleh tahan melambung, £14.30 untuk adult macam aku. tapi semalam tak tau la aku dibayar mengikut harga kanak kanak ke ape. biase la tu nak dapat diskon. kome cam tak biase menipu nipu ni kan? jujur je la. haha



semangat kental aku tak dapat disorokkan. keterujaan melampau mengalahkan mak cik dapat mesin jahit dalam cabutan bertuah!!! memang best. Ina dengan Abbas yg kecik tu pon nampak tenang. aku cuba kawal diri sedaya mungkin. tiket kitorang pukul 12:10, so ada lagi dalam 1 jam, kitorg pergi jelajah tempat tempat lain dekat sekitar Cadbury Factory tu. ada magic show, mini theatre dan banyak lagi.

bile dah masuk dalam cadbury factory tu mmg best gile. memang BERBALOI BALOI~!! dapat ceklet free, naik tren kecik, pastu tup tap e'eh laaa ada pulak gambar naik tren tu! (aku tempah buat mug! hehe). banyak juga ilmu yang aku peroleh mengenai ceklet Cadbury. aku bersyukur kerana maksu aku bawakkan aku ke sana. aku nak buh gamba biar kome juge dapat melihat kehepian aku, tp gambar tak boleh upload!! wooo. idok ngape le.

nanti bile dah boleh upload gambar, aku edit post ni eh? jangan sedih sedih! tak cool. haha bajet cam org baca pulak pe aku tulih~ pastu seperti mana pengunjung pengunjung yang lain, aku pon beli la souvenir 4-5 tongkol. terukirlah senyuman sepanjang perjalanan pulang. THE END



website where chocolate comes to life

kalau korang tinggal dekat Birmingham, PERGI TAU JANGAN TAK PERGI!!!

++++++++++++++++++++++
edited


penulis ketika sedang bergambar di pintu masuk Cadbury World, indah sungguh si penulis ni yerr.. ngohohoh!


penulis nmpk gemuk dalam gambar ini. coat tu yang tebal sebenarnya! HAHAHAHAHA *jeling kiri kanan berulang ulang kali*

ada byk lagi pictures to be shared with the world!!! tapi, tetibe line internet cam tak lancar tadi, terus tergendala pictures yang dimuat naik. tak pe la eh. cukuplaa gambar dua keping ni, buat lepas rindu HAHAHAHAHAHAHAHAHA


peace y'all

26 February 2011

Aku terjumpa


Anda mahukan kulit sehalus kulit bayi? Cobalah tips tips dibawah !


tadi aku godek godek kat google pasai kecantikan kulit. dari situ, aku dibawa ke sebuah laman web menceritakan kecantikan kulit tradisional mengikut negara masing masing.

kes di Jepang :

dahulu kala, kebanyakan wanita jepang menggunakan kotoran burung lalu dibuat masker dan menepek di wajah mereka. sekarang pon dengar khabarnya, mereka masih melakukan perkara yang sama namun dicampur sabun terlebih dahulu baru dioleskan ke wajah. Geli. tapi menjimatkan. mana idoknye, kome kutip je najis najis burung di tepi tepi jalan dan kemudian tambah air sikit supaya ia cair dan lumurkan di wajah. blueeekkk.

kes di Yunani :

para wanita (atau golongan metroseksual) yang mahu kelihatan cantik berseri menggunakan jeruk untuk menyegarkan kulit. If y'olls teringin benor nak ikut gaya yunani ni boleh lah mencobanya dengan memaskerkan wajah dengan masker yang ditambah jus jeruk

kes di Stazel :

Aku tak suka cuci muka. bukan tak suka kot. mungkin lebih cenderung kepada sifat malas. aku rasa kalau tak cuci muka (pakai sabun la bukan pakai air) pon muka aku camni jugak. masih comel dan muda. jadi relevan kah aku mencuci menyental bagai nak ra' (qalqalah sikit) tiap malam atau pagi tapi hasilnya tetap sama? nampak tak bertapa dalamnya aku berfikir? kagumkan?HAHAHAHAHAHA (sebenarnya lebih kepada sifat berputus asa -.-)



sekian



24 February 2011

Stazelissocoollike

Sekarang trend IniAnwarHadi meluap luap macam lava nak BURRSST dari volcano. aku rilek. tak minat lar anwar hadi anwar hadi ni. tak dak ciri ciri laki idaman aku langsung. dah la tak cool, tak pandai, tak lawak dan tak dak ciri ciri kemelayuan langsung plak tuh! hampehh. sape je nak minat kat dia? tolong la weh. puh-lease ! ewww. yucks. yuckieee.


.


.


.


.





AKULA!!! hahahahahaha (NOTE : antonimkan ciri ciri tadi)


tapi, setelah aku jumpa Charlie...

charlie kelakar, muka pon ok, nerd, cuma hilang unsur kemelayuan je! takpe takpe, tu aku sendiri boleh bentukkan! sabar ye charlie. nnt u datang malaysia, duduk homestay Hijrah kat alor setar, pastu suruh tuan rumah homestay ajar u sikit2 ye. takpe, slow slow. don't worry. jadi,patutkah aku beralih arah?


charlieissocoollike


entry bajet.. saje nak menggedik sekali sekala!! HAHAHAHAHA jangan jeles you~ aku nak promote charlie ni sebenarnya, walaupon dy ni ah dapat view sejuta lebih, tp takpe la, aku nak promote jugak!

20 February 2011

Sepatu ballet


Bajet macam aku pi laa pulak extra class menari ballet ni. HAHA. tentu sekali TIDAK!!!

hari khamis lalu, aku dibawa jauh untuk bershopping. bagi aku jauh, bagi iffah tidak sama sekali. mungkin karna aku tidak pernah menjejakkan kaki ke situ jadi bagi aku penantian untuk tiba itu terlalulah lama. atau mungkin juga karna aku tidak berborak dan hanya menikmati pemandangan luar yg samar samar, kabur karna kepantasan pak su membawa mobil berserta hari yang agak gloomy dan foggy. ahh terlalu banyak faktornya !

so bila sampai kat York Factory Outlet, kitorang pon shopping. tempat tu exclusive. branded branded barangnya. jadi hasil untuk hari itu ialah kasut sport sneakers (tak tau nak explen mcm mana). jadi bukanlah kasut ballet yer kawan kawan. saja nak nampak feminin sikit. tarik perhatian penari ballet HAHAHAHAHAHAHA macam le ade~



my shoes. awww his name is NIKE-OLAS. boleh panggil nicholas .




ni kasut ecah. awa rasmi noh. you don't mind rite ? kasut ecah size 4 . tu yang nmpk kecik mcm kaki stunted/dwarf tuh. hahahaha


hmm 1: hati aku tak aman sebenarnya. bila result nak keluar ni. jangan la bagi minggu depan Ya ALLAH !

hmm 2: starbucks coffee bisa membunuh.

16 February 2011

Sikit sikit macaroons

Sekarang ni trend macaroons ke ape. kalau aku tengok blog orang, semua nak kata "ohh saya dah try dah makan macaroons yang mahal tu tempohari!". dengar cerita sampai mencecah RM7 seketui. gilaba. oh! ada jugak yg RM2 tu boleh la diterima. blog aku ni bukan blog hater, iaitu benci membenci blog orang lain, tapi sungguh apa yang aku nak tulis ni sekadar pertanyaan. macaroons ni baru dicipta ke apa? kenapa dah jadi macam fenomena dikalangan blogger ni woii!!!! -berlakon panik- HAHA sat aku nak pergi wikipedia sat.


*1 minit kemudian*

ohhh, kalau dekat wikipedia dia tunjuk yang macaroons tradisional punya. hmm tak pelah. malas nak ulas. bilamasa aku dah try, aku pon nak cerita la kat blog ni, ikut trend laaaa kaaaataaakaaan. geli gua.







masa aku form 2, aku selalu buat kek batik. siap upload resepi kat myresipi.com ! hahah. tapi dah dibuang dah! HAHAHA so jangan harap la ko nak cari nabilah! bab kek batik aku master. tak payah sukat sukat, ikut gerak hati dah cukup. tapi, bila Iffah nak suruh aku buat, aku resah. sebab lain orang lain resepi dan citarasa kek batik. ada jenis kek batik yg tak payah pakai dapur, ada yang sampai campur telur 7 bijik. ada jugak yang campur nescafe, kekacang dan susu. versi aku paling senang rasanya sebab cuma pakai 4 elemen penting sahaja iaitu mentega, biskut marie, susu pekat dan milo. hmmm. ape motif aku tulis ni sebenarnya ?? eh kome, kalau ade resepi kek batik mai laa sharing ngan awok. yang konfirm sedap. okay tata.



kalau nak resepi kek batik yg ni, sila tekan SINI. ahh aku nak try la buat! nmpk sedap sunggo! tapi kalau ada resepi kek batik lain, sila bgtau saya :)

13 February 2011

A Walk at the Park

Yesterday was quite sunny. the sun was glowing majestically. people started to walk their dogs around the park. some with their shaggies. playing the frisbees gitu. lompat sana, lompat sini. Aku, Ina and Iffah jalan jalan hirup udara segar. sesekali terdengar bunyi duit syiling berlanggaran dalam kocek. ya, kami bawak spare duit beberapa pound untuk sedikit jajan di kedai runcit berdekatan. tekak rasa nak aiskrim. harap harap ada.

gambar bukan ihsan google ye !

photoshoot jap dekat bench with my cousin. aww. i really need a new shoes !

ni slide baidewei ! ada gambar aku naik mendalah ni, tp malu ah nk tayang kat sini. public kut blog ni. HAHA

uh dah sampai kedai runcit ! tunggu jap dekat luar sebab ada org berdiri depan pintu. nampak ak ? that man inside the store. kang tolak pintu terkena dia. so we just wait.


ice cream yang dicari tak jumpa. kata diorang ice cream truck ada laa. tadi time tengah nak tunjuk kat kakak hasil tangkapan dkt carboot untuk hari ni ada terdengar ice cream truck lalu!!! kecoh nak gapai tudung, rupanya ice cream truck dah pergi. berderai air mata turun. setitis. demi. setitis HAHA




oh ni gambar dekat sekolah Muhammad. lawa gileeeee sekolahnya. entrance dia macam nak masuk museum aku rasa. tak tau kenapa. tapi rasa macam tu ! nak tengok ke gambar sekolahnya ? tak payah laa malas nk upload lagi. leceh. HAHAHAHAHA tata

.peace.


ps: gambar dlm ni semua pejam mata kecuali Iffah ! HAHA STYLO

11 February 2011

Darah aku B weh

Posto ni ada unsur unsur korea lagi !!! HAHAHAHA PUAS HATI AKU.


Telah diriwayatkan dalam memori aku, bahawa dolu dolu kat 8tv ada tayangkan movie korea ni bertitle 'My Boyfriend is Type B'. tak best pon ceritanya, so jangan tengok unless kome peminat setia Lee Dong Gun ! masyarakat korea percaya lelaki yang paling tak sesuai dibuat teman sehidup semati ialah lelaki berdarah B. kontradiksinya, bagi wanita tidak menjadi masalah sekiranya mereka mempunyai darah kumpulan B. ni hanya input sahaja. bukan nya aku nak explain pasal kepercayaan korea yang karut marut ni. dak eih.


Sebenar benarnya aku nak tunjuk gambar ni. credit goes to the owner, sorry i don't know who's the owner !



Photobucket

Photobucket

jelaslah darah A seorang yang teliti dan kemas !


Photobucket

jelaslah darah B seorang yang langsung tak bersungguh sungguh !


Photobucket
jelaslah darah O seorang yang suka menangguh kerja dan jelaslah bahawa darah AB memang nakal budaknyerr !


aku nak masukkan lagi cartoon ni tapi cam malas. tahu tahu ajelah personaliti B ni kan y'olls ! ekskius me lah. bubye ~

sekali sekala belajar membaca bahasa indonesia ngga salah :)

ps: it's just for fun because there is nothing to prove that personalities are decided by blood type

darah korang group apa? meh aku tolong carikan *kembali dan edit semula setelah rasa bersalah pergi membiarkan entri dlm keadaan separuh siap*

08 February 2011

List Korean Drama favourite aku

MUQADIMAH

Sebelum tu aku nak bgtau dulu, ni hanya pandangan aku. aku ni a bit choosy about a drama. a drama must have realistic and logic problem. maksudnya masalah yang muncul tu bukan macam masalah yg dibuat-buat. takde masalah tp saja nk timbulkan masalah dan halangan padahal sepatutnya dah boleh happy ending lama dah (macam ada unsur unsur Adam dan Hawa giteww. rujuk entri ni). and then, a drama must have sebab yang kukuh untuk hero dan heroin jatuh cinta. takde la macam nampak sekilas pandang dah jatuh cinta terkejar kejarkan hero/heroin tu. ahh membebel panjang pon takde guna, zassss.



5.Boys Over Flower

Mula mula aku tengok Hana Yori Dango dulu. cerita ni okay la jugak. cuma aku benci sikit kat Geum Jandi tu. cerita ni tak bape nak best la. macam tak tinggalkan kesan kat jiwa aku (haa amek kau tu yg aku expect dari drama sebenarnya! ). setakat mau bergembira habiskan masa boleh la. tak sweet pon couple ni bagi aku. tak de chemsitry sangat.




4. Delightful Girl Chun Hyang

Bagi aku ni cerita yang memang tak kan lapuk. Cerita dia start drpd diorg high school sampaila dah tua. Berapa kali tah aku ulang cerita ni. punya la syok. HAHAHA. Mong Ryong mula mula suka dekat Chae Rin, pompuan lebih tua drpd dia. tp suatu hari dia terpaksa kahwin dgn Chun Hyang sebab berlakunya satu salah faham. Biasa la kalau orang timur ni, memang kena jaga maruah keluarga semua kan, so meski mereka masih bersekolah mereka dipaksa juga untuk menikah. yang bestnya pasal cerita ni, drama dia tak meleret.





Couple Or Trouble

3. Couple Or Trouble

Aku suka couple or trouble sebab perangai Anna yg membencikan dalam masa yang sama lovable. fokus cerita ni bukannya macam cinta terhalang camtu. BUKAN! kisah diorang ni 100% pasai diorang je. memang aku syorkan korang tgk cerita ni sbb unsur lawak diorang memang melampau. HA-HA-HA







Full House

2. Full House

Aku siap ada cd lagi wehhh! RM 110 pulak tu. kalau aku tahu la boleh tengok free je dekat youtube, memang aku simpan duit tu dalam Tabung Haji. kalau sape tak tengok ceirta ni mmg ada kerugian besar la weh. drama ni lengkap bagi aku. cukup comel, cukup sedih, cukup sweet dan cukup benci. walaupun cerita lama tapi kalau korang tak tengok lagi, tolong tengok. buat malu je siapa yg tak pernah tgk Full House!!! SHAME ON YOU!!!!!






Secret Garden

1. Secret Garden

ni lah dia cerita yang aku baru selesai tengok semalam. HAHAHA. ni cerita baru, kalau korang bakar cookies, cookies tu masih hangat-hangat lagi keluar oven gitu. sebabkan cerita ni masih baru, aku cerita synopsis dy. kisah dia dari awal episode sampai habis episode pon masih berkait. maknanya bila episode ke 20 tu baru korang tahu "ohhh sebab tu ke rupanya! I got it!!! EUREKA!!!". unsur menarik pasal kisah ni ialah, hero and heroin dia akan swap body sejak diorg pergi ke 'Garden'. tapi swap body ni bukan fokus cerita ni. maknanya bukan dorg jatuh cinta sebab dorg swap body. tu yang aku suka tu. bukan mcm drama korea yang lain. diorang jatuh cinta sebab peristiwa peristiwa yang berlaku bukannya sebab tak matang macam swap body~~




ps: gagal masuk list ialah Goong, My Girl, Coffee Prince, I'm Sorry I Love You, You're beautiful, Mary Stayed Out All Night.


06 February 2011

Baru je tadi

Baru je tadi kitorang (aku, Iffah, Ina and Maksu) went to carboot. carboot time winter kek gini mestilaa suram dan tak meriah macam masa summer and spring, maka tak banyak laa hasil tangkapan yang berjaya diperolehi. dapatla sebungkus coklat cadbury Button and a red handbag that cost only £1. lepas tu we ate at subway and at Netto they were a small haagen-dazs ice cream which is only £2 for 1 small bucket. i didn't buy it though because ina already pick the flavour that i wanted so i will just taste some of her's HAHA




hamek kau gamba aku exclusive tanpa rasa malu B)

malas bebenor ghase nak edit2 nih.


the non-bickering siblings :D


halal

02 February 2011

Salah Cik Ted

Kalau sape yang baca Adam & Hawa ni tau laa cik ted ni menatang pa. CEHH BAJET GILA AKU HAHAHA. nak riak le sikit sbb dah berjaya habiskan satu satunya novel yang pernah aku baca seumur hidup aku yg fantastik ni. lepas habis novel ni, aku disajikan dengan novel lain pulak. tajuk dy aA+bB. nak sebut tajuk ni je dah memakan masa 5 minit kott ! haha ! DOK EH. ye ah, kalau orang tanya baca apa. takkan nak jawab "ohhoo aku baca novel aa campur bb". taaakkkk sama sekali ! TAKK! TETT WRONG ANSWER ! nak sebut tajuk dia, gini "ohhooo aku duk baca novel a besar a kecil tambah b besar b kecil" baruu spesifik wa ckp lu.

aku bukan nak tulis pasal novel novel ni. bosan. aku nak cerita pasal mimpi ! yaaaa! mimpi ular tu datang lagi ! (ala2 tora datang lagi~~ haha) tapi kali ni berubah wajah. warna kelabu campur hijau durian. alaaa macam ular orok orok tu ! kalau kome tgk crocodile hunter or atleast national geographic mesti mudah aku nak eksplain. BESAAAAR gila!!!! GERGASI. GIGANTIC.



kat sini, aku nak salahkan teddy bear. sebab teddy bear la benda ni terjadi. malam yang aku mimpi ular ni aku tidur atas teddy bear. tak main dah bantal2. teddy bear terus baru disegani ! haha okehh pastu esoknya aku mimpi lagii.

kali ni aku mimpi aku jalan jalan ngan akak aku dan adik aku nak pergi ke rumah maksu. terer kan, snow snow pon boleh jalan kaki je pergi rumah maksu. on the way pergi snow agak lebat. aku tunjuk laa kat akak aku snow dah turun ni tapi akak aku buat dek je. pastu aku pandang langit tengok snow kepul kepul turun. tiba tiba..


semua snow yg turun tu masuk dalam mulut aku. lemas ! aku tak boleh nafas ! cuba kome bygkan mulut kome disumbat dengan towel handkerchief. cam tu laa aku rasa! terseksa wehhhh
*nangis

aku terjaga. tgk sekeliling. ok clear takde hantu memerhatikan aku. aku nak betulkan bantal tiba tiba aku sedar yang aku tertidur atas teddy bear lagi hari ni.

adakah salah teddy bear, aku nightmare ?











ps: haha mengarut je :D happy CNY !!