18 January 2011

Sesuai idok? -.-

Kan ada application psl ketahui personality ikut bulan lahir kan? Aku pon terai laa jugak app ni walau dulu aku dah pernah tgk dah sebenarnya. Aku dapati betul laa kot apa yg dikatakan (ceehh, sbb byk yang positif! Hahaha sapa tak happy noh?)

Part yang aku rasa tepat sangat ialah kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal. Dulu masa aku darjah 5, kelas 5 bakawali sebelum dirombak ke 5 kenanga, cikgu Sarina iaitu guru kelas suruh tulis keburukan dan kebaikan kita. Aku pikir mendalam pasal keburukan aku sbb takda keburukan dalam diri aku. Hahaha. Tak lah. Setelah berkilo-kilo calories terbakar sbb berfikir khusyuk, aku tulis keburukan aku pendendam, kebaikan aku tak igt ah.

So, kesimpulannya betul la jugak apa yang di simpulkan oleh Dato’ dr Fadzilah ni. Yg macam tak betul pulak ialah punya bakat dalam bidang muzik. Hotak mu. bukan setakat tak minat. Tamborine pon tak reti!! Dan, sangat manja. Aku tak manja langsung. Langsung I tell you! Sangat peka tu betul~ Aku ada mata mata yang dapat memerhati persekitaran. Ceyh haha. Benda kecil pon aku dapat kenal pasti. Sesuai dengan kerjaya memberi khidmat kepada org lain pon betul sbb tu laa aku nak jd doctor. Aku nak tolong orang dan jumpa orang. The rest is true. Haha.

MAC

Berpersonaliti yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain dan sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.

Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam dan kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalam bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu moody.

ps: yg condong tu benar gile. hahahahahhahhaaa!!

Setuju tak? BTW besday aku 2nd March. Apa lagi, pergi beli hadiah cpt ;p

4 comments:

Amir Syahir said...

gua mei..keh2

Stazel // Fieq said...

kisah pulak aku. haha
lek2 :D

muhammad faiz said...

"Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam dan kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal" ...huh bahaye tuh.... jage2...SENYUM SOKMOlaa....

Stazel // Fieq said...

yup2~