Satu malam yang biasa. Malam yang average la orang inggeris berdarah kacukan melayu kata! Aku menghadap laptop vaio biru yang dahulunya milik mama tapi dah dimonopoli oleh anak-anak daranya. Eh, cop. Bersama aku, Fatin, anak sulung dalam keluarga dan juga satu-satunya kakak yang aku ada. Kami menghadap laptop vaio bersama, entah apa yang kami ushar dekat lautan siber tu, wallahualam.
Dalam masa yang sama, Aisyah tengah lepak kat bilik mama. Mama pula masa tu tgh tidur. Aku dan kakak masih dekat ruang tamu menghadap laptop! (arghh dah 3 kali terangkan aktiviti ni) move on!! Move on!!!
Tiba-tiba, seekor ular menyelinap masuk melalui celah ruang bawah pintu. Ular besar berwarna hitam kuning tu memang aku cukup familiar. Dulu masa aku kechik, aku penah tengok laki yang crocodile hunter tu tangkap ular tu dekat gurun sahara. Aku ingat lagi!! Segar! Tak sangka, ular tu boleh wujud dekat kawasan perumahan aku. Masuk rumah aku pula tu.
Kakak menjerit-jerit bagai peminat DBSK bila DBSK datang Malaysia buat konsert. Aku pula masih dalam keadaan tak memahami situasi. Kakak tunjuk dengan jari telunjuknya arah pintu. Aku kalih. masyaAllah. ULAQ!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku lari mendapatkan ibu di bilik. Meskipun mama sedang tidur, dan agak kuajo untuk mengejut ibu yang tidur nyenyak, aku tetap kejut kerana risaukan ular tu masuk jauh ke dalam rumah. Aisyah yang sedang lepak, bangun dan bergegas ke ruangtamu, manakala kakak lompat atas sofa demi menyelamatkan diri.
“mama bangun ma, ada ular!!” kataku.
“ahhh, macammana ada ular pulak ni!” mama bentak ingin terus tidur.
“tak tau, dia masuk kut celah pintu ni. Bangun maa!!” aku eksplain.
“haiii korang ni mama nak tidur la,” mama bangun akhirnya.
Terkejut aku dan mama lihat aisyah sedang menyodok ular hitam kuning tu keluar melalui pintu. Dia guna galah besi yang zookeeper bertugas bahagian ular selalu pakai. Ala, kalau korang tengok laki crocodile hunter tu pakai kalau nak angkat ular tu! Ha, tu la dia!! Memang ganas gile ular tu! Lapar ape.
Kakak dan jiran dah kerumun dekat laman depan rumah. Semua keluarga ada. Kalau takda pon, atleast wakil dari tiap keluarga mesti ada menyaksikan situasi di rumah aku. Bukan rasa nak tolong, cukup sekadar tonton dan buat sound effect "AHHH" "OHHH" je. Tahapahapa.
Rupa-rupanya, masa aku kejut mama tu kakak dah panggil jiran-jiran. Aik, rasa cam sekejap je aku ambil masa kejut mama tadi! Lepas Aisyah dah berjaya keluarkan ular tu, kakak dan jiran buat solat sunat. Solat sunat apa pon aku tak tau. Pelik. Dahla dekat tempat parking kereta pula tu. Aneh. Meskipun begitu, aku bersyukur keluarga aku selamat! ALHAMDULILLAH!!
“ha, tu laa mimpi naja ma. Peliknye. Kalau mimpi ular apa maksudnya?”
“orang dulu kata, mimpi ular maknanya nak kawin.”
OMG