30 December 2013

Exam yang tidak adil


Sekarang ni dah masuk musim exam. aku tidaklah penggemar examination. aku suka belajar, tapi tak suka exam. tapi itu le, apalah guna belajar tanpa ujian. macam mana kita nak tahu tahap kita kan? tapi tapi tapi, aku tak suka la sistem exam dekat sini especially sooca. benci betol. sooca ni boleh buat student medic sakit jantung la lama lama. ketakutan dia tu sangat hebat. sebab sooca ni banyak pegang markah woo. kalau hang excel sooca, insyaallah, mde boleh lepaih punya.

Tak adil sebenarnya sistem macam ni. ate ye le, kalau orang tu terbuat sooca dengan tak elok atau, dapat case susah, atau dapat doctor cengey, yang menyebabkan markah direduce, or lebih teruk lagi, fail macam mana? dah laa sooca fail, lepas tu mde pulak dapat markah teruk. kesian gila. sudah jatuh digilis lori pula. tak ke mati kawan tu.

Ape ape pon, doakan lah aku agar dapat result yang bagus. ingat! pointer tak payah bombastic sangat, janji lepas nak naik tahun. tahape hape kan, tapi itulah hakikat. kakak pernah cakap, dalam banyak banyak examination, examination dalam medic lah yang paling tidak adil sekali.

Aku setuju.

Oh gambar atas tu masa kursus sembelihan. :)


12 December 2013

Outbound sukses

Tudia, gaya dah macam orang indonesia dah aku ni. tapi jangan bimbang, aku cakap indo pon terumbang ambing lagi. itu menandakan aku masih melayu tulen. *tak nampak correlation nya kan

                                   

Huaa huaaa

Okay, jadi haritu iaitu 7 december, program insaniah yang pelajar UKM wajib buat telah pon diadakan. program kami ialah outbound atas alasan haritu program insaniah kami mendekati masyarakat which is people, so how about if we try to mendekati mother nature. gitew.

Masa undian memilih program outbound ni dibuat aku baru pulang dari toilet. so bila balik balik aku tengok dorg semua tengah buat undian dan ramai angkat tangan, jadi aku pon ikut la angkat tangan sekali sambil mencari tempat duduk. bayangkan lah situasi itu. walaupun aku sebenarnya nak vote untuk program dihospital, tapi apakan daya, aku ke toilet lama sangat haritu, sampai terlepas. hmm takpelah

Jadi tempat outbound yang dipilih ialah di Grafika Cikole di Lembang. best gila ok! haritu entri yang lepas aku dah post time ketika kami survey tempat tu. masa tu nampak suram dan gloomy, tapi masa hari kejadian alhamdulillah cerah, cuma bila nak tengahari tu agak hujan. ha disitu ada kisah.

aku nak cerita dari bertolak sampai habis program ke eh? panjang sangat lah. aku dah la ada LI  yang harus disiapkan ni. ingatkan nak procrastinate sekejap je. kihkih

Pokoknya, ada banyak sangat cabaran yang dilalui. alah, aku rasa kalau aku cuma ahli ajk, mesti aku tak rasa pon apa kepayahan tu. mesti aku enjoy je bergembira tanpa memikirkan masalah apa apa.

Aku ingat lagi ketika ada aktiviti jambatan tali dua. time aku tengah naik tu boleh pulak hujan nak mati lebatnya. aku dah give up dah masa tu. walaupun aku nak control kuat dan macho, tetapi tak boleh. aku masih gegurl. lembik dan cepat putus asa. dah la ada masalah dalaman ketika tu. aku lagi la rasa nak give up, tapi aku buat jugak. caya lah

masa flying fox, best sangat. tak takut langsung. kacang botol je lah. malas nak cerita sbb kekacangan aktiviti tu.

Tempat grafika cikole tu memang cantik sangat. nampak macam ala2 setting cerita twilight. eceh. so banyak laa jugak gambar yang diambil di sekitar kawasan itu. nak lihat? silakan.

budak budak cocotians. nampak sangat kerendahan dirinya disitu.

 aku je satu satunya orang yang peka dengan keadaan sekeliling. tu yang pandang camera tu :)

ni cabin cabin dy yang cantik lagi comel. boleh la nak menginap dekat sini. ada camp fire lagi. ingat camp fire, bukan camp rock.

kenapa aku edit banyak sangat gambar? sebab nak reduce kan size le..

pose poyo

dah dekat Pondok Buah Sinuan. 

Pokoknya best la aktiviti ni. aku siap buat ucapan poyo lagi masa post mortem. menyampah dengan diri sendiri yang tiba tiba sentimental depan semua orang. aku bukan lah macam tu! huh. kena bajet gagah balik lepas ni selepas identiti sebenar diketahui.



04 December 2013

Hari hari aku

Sekarang ni aku busy sikit. tak suka la. packed sangat, tapi aku tak boleh nak merungut (walaupun ni dah pon dikira merungut, Allah..) 

dalam duk busy pon, sempat je nak update blog. ape kes bro. bukan ape, tahun ni punye post sikit benor, sementara 2013 ni still ada saki baki beberapa hari, aku akan cuba laa post seberapa banyak yang mungkin.

sekarang ni aku dah start jogging. tapi disebabkan busy, kadang kadang seminggu cuma 2 kali je. tak sampai pon 3. cuma kalau aku free sikit, dapat le 3 kali seminggu. jogging dekat unpad tu boleh tahan menguji. dy punya bukit tu buat muscle kaki overwork. silap silap bina otot pula. padahal nak bakar lemak! 

kalau nak jogging tu aku suka pergi awal. kalau boleh, 5.50 pagi dah gerak dari rumah dan naik angkut. so dalam 6 pagi tu dah sampai unpad. walaupun aku terpaksa berkorban 4 ribu untuk naik angkut pergi balik mulana, tapi aku sanggup. tak nak la jogging dekat mulana. bosan. bukit dy lagi cerun woo.

cantik taaaak. ni dekat area faculty pharmacy kot ni. hmm.

kadang kadang aku jogging hari yang ade kelas, which is hari rabu. lepas tu pergi mandi dekat sukaw (rumah nad) sebab nak jimat duit angkut. hahaha dasarrr.

sebenarnya, kalau kita tak nak, macam macam je halangan kite. ade kelas lah, banyak kerja lah. cuma nak ke tak nak je. 

saja nak ambik gambar kenangan dkt block twinning :)


28 November 2013

Rumah

Setelah sekian lama baru nak post pasal rumah. hoho.

Rumah aku ni rumah biasa je. rumah tinggalan senior. aku rasa beruntung la jugak dapat rumah ni, tapi ade cons nya jugak. menyampah pula bila difikirkan cons nya tuu. huh *tibatiba

depan rumah aku, which is rumah jiran, ada seorang anak kecil yang bernama salsabila. orang panggil dia salsa, tapi aku panggil dy salsabila. mak ayah dia panggil abel. dia lah jiran kitorg yang paling baik. rajin lambai2 bila kitorg pergi kuliah and suke ikut jalan2. aku pernah post gamba dia haritu di instagram. tengok le kalau curious. huhuu

time ni pukul 6.20 am sebenarnya. tapi dah cerah sgt dah


25 November 2013

Mogok reply

Sempat jugak tadi aku mogok reply dekat group whatsapp. aku reply reply dan reply, tapi takde sape nak balas. sikit lagi nak keluar belang aku yang sebenar. ahaaa. aku ni menakutkan sebenarnya. limit kesabaran tu rendah sangat. ini bukan hal yang boleh dibanggakan!

Aku rasa demi kebaikan semua, aku nak jadi lebih open la. kalau tak suka, aku nak cakap je direct boleh tak. macam kak dina. kalau orang tu annoyed aku, aku cakap je. aku tau ni tak elok, tapi aku rasa aku perlukan fasa ni sekejap. sekejap je.

Tengoklah dulu. kadang kadang apa yang aku tulis dan plan ni tak buat pon. tapi who knows.

Berbalik kepada perkembangan program, aku sebagai timbalan, eceh, rasa macam tak puas hati dengan aktivit outbound yang dah di susun tu. aku kalau boleh nak la include aktiviti lasak yang menggugat stamina dan kejantanan kita semua. contohnya macam water rafting ke, paintball ke, menunggang kuda ke, atv yang lasak ke. sejak bila aku suka benda benda alah ni, aku pon tak pasti jawapannya.

Tapi atas faktor kekangan wang, semua tu tak boleh dibuat. (ps:kalau anda yang membaca ni nak hulurkan bantuan, boleh laa kontek aku kat facebook atas nama afiqah najwa :'( sumbangan anda dialu alukan agar projek ni berjalan dengan lancor).

Oleh kerana minggu lepas, aku dan bebudak lain dah survey tempat program outbound kami, maka dah boleh buat kata putus lah yang kami memilih outbound dekat Grafika Cikole. tempat dia nyaman dan banyak pokok pine. sejuk pula.

Dekat Grafika Cikole tu ada tempat penginapan, dimana aku rasa lebih best kalau menginap tetapi harga nya tak sesuai dengan status aku sebagai pelajar. tapi kalau korang nak merasa duduk Lembang (lebih kurang 30minit je dari bandar Bandung) tu boleh le. best.

sorry le, tangkap gamba pakai hp farez je.. sebenarnya tempat ni cantik sangat. kalau snow white menyanyi dekat hutan ni aku rasa squirrel squirrel and pelanduk arnab suma pakat keluaq
 *tetibeceritadisneylaapulak 


nampak belakang pon jadi la. boleh la nak buat alibi

bersyukur jugak aku sebab bebudak twinning batch aku kebanyakkannye tak tau aku ada blog. huahuahuaa.. rasa freedom disitu. tapi aku bukan cakap busuk pasal korang pon kan (dah prepare dialog siap siap).

Last but not least, do pray for me. tomorrow there is a huge chance that our results will come out. i think i did horribly but i believe if we ask Allah truly and sincerely He will definitely help. bye

23 November 2013

Curhat

Curhat aka curahan hati.

Selalunya aku jenis yang suka curhat dekat orang, bukannya dekat blog, tapi bila dah besar ni (tudia ye ye nak buktikan yang aku dah besar! hahahaha) aku rasa tak best la share dengan manusia. aku rasa diorang tak dengar pon apa yang aku nak cakap. aku je yang dengar apa diorang nak cakap sebab aku is a good listener.

Banyak kali aku came across dengan kuiz la, tarikh lahir punya personality la, dan ruangan2 tak berpekdah kat majalah yang kengkonon nak interprate sifat kita tu, dan aku punya mesti ada 'a good listener'. mungkin benar. mungkin tu logam aku! haaaaa :D finally.

Tapi aku tak jumpa orang yang good listener jugak. kalau ada pon, mungkin aku tak tafahum lagi dengan dia. atau aku tak percayakan dia. so aku akan jadikan blog ni sebagai tempat bercerita, tapi jangan risau, aku tak cerita detail. segan la aku.

Sekarang ni ada program kelas UKM nama dy Insaniah ape tah. pembangunan insaniah ke? lebih kureng le. aku rasa macam banyak sangat cabaran dalaman yang aku tempuhi. aku rasa tak tenang. entah lah. aku kena cari jawapan sendiri sebenarnya sebab aku yakin yang boleh selesaikan masalah aku ni cuma aku dan Allah je :)

setakat ni tu je kot curhat aku. aku harus kembali ke dunia medis semula. sambung baca part dementia and limbic system sat.
jangan tanya kenapa x bukan c

21 November 2013

Aku 20 and matured

Pernah tak korang rasa perubahan dari seorang yg dianggap budak kecil ke budak besar (bukan fizikal le). Aku baru je rasa sebenarnya. haha. agak lambat. entahentah dah bukan fisiologis.

Tapi bila difikirkan balik, tahtah aku perasan je dah besar. dulu aku pelik bila kawan kawan bagi alasan tak nak mintak duit dekat mak bapak sebab tak nak menyusahkan diorang, sebab aku rasa memang diorang patut jaga kita. nafkah kennn. hehe.

Sampai sekarang pon aku tanpa segan meminta sebenarnya. tengok tu, part mana yang aku rasa perubahannya entah kalau macam ni je gayanya.

Cuma nya aku rasa aku dah besar sedikit bila aku boleh bagi nasihat dekat mak aku. kiranya, mak aku dah boleh menerima judgement aku. tu antaranya lah. nak bagi contoh lain, aku lupa. ataupun mungkin dah tak wujud contoh lain tu. hahaha

Apa motif post ni?

Mungkin motifnya agar korang mengenal aku yang sebenarnya langsung tak matang lagi.

30 October 2013

Exam week

tajuk tak boleh nak boring lagi ke?? haiyaaa


ni mase dekat uss riteww

aku sekarang tengah melarikan diri daripada baca buku. bukan ape, otak aku penat. nak la rehat jap, bersembang dengan korang semua. esok dah la exam mde iaitu antara yang tersusah la jugak.

esok aku tak tau la adakah aku dapat jawab dengan elok ke tak. sebab mde ni banyak sangat nak kene baca. memang susah, unless kalau aku dah prepare dari awal, which in my case, NOT.

hmm pape pon, aku tak sabar nak habis exam ni haa. nak jalan jalan bandung! tu je le portnye, macam dah takde tempat lain, tapi ape salahnye ye dak. sebulan sekali je pon. dalam masa yang sama, aku rasa tak sabar nak habiskan bayar duit rumah, so that aku boleh la berbelanja tak ketat sangat. ada banyak benda yang aku nak beli macam kain dekat paba, beg sesume tapi limited la pulak.

apa lagi aku nak cakap eh? cukup la kot, cuma before tu, aku nak share satu lagu yang aku sukeeee.


okbai


14 October 2013

Takbir berkumandang

Assalamualaikum wbt. Hari ni hari rayaaaaaaaaaaaaaaa!

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H.

Aku rasa syahdu sikit dengar takbir ni. teringat pula dekat kuale dan famili. pasti mereka sedang bergembira. dengar cerita nak masak nasik lemak esok. aku, mungkin makan biskut hup seng dan jam. maklumlah, tadi kami serumah buat jam homemade sebab strawberi haritu dah start membusuk.

Esok aku jadi ajk kebersihan. aku pon tak tau kenape aku masuk benda benda alah ni. sedangkan aku boleh je tolong tanpa jadi ajk. aku tak dapat jawab soalan itu. aku juga turut jadi ajk publisiti. tengok. tamak kan. tu la, ramai yang kata aku tamak dengan nada gurauan. ciss hangpa!!! alah, publisiti tu orang yang masukkan aku dalam biro tu. aku nak tolak pon macam takde sebab je karna bukan buat ape sangat. alah. design button je.

Cakap pasal design button, syeefa punye design lagi cantik, tapi duk print jugak design aku. hmm. takpelah najwa :)

Hari raya aidiladha ni jangan jadikan ia sambutan tradisi. replenish semangat baru. sambutan aidiladha ni simbol kesyukuran kita terhadap nikmat yang terlalu banyak yang Allah dah berikan. hari kebesaran yang patut diraikan dengan meriah dan penuh ketakwaan. perbetulkan niat sebelum bersiap cantik cantik esok, sebelum keluar rumah, sebelum solat sunat dan lain lain nya.

hmm nak pakai baju ape eh esok...

21 September 2013

Krabi Part 2

aku dah faham sangat dengan diri sendiri. kalau nak post sambungan kepada post previous tu memang malas dia tu menjangkau expectation (tetibe). so aku kena disiplin sikit kali ni, dan memaksa diri aku untuk sambung balik cerita hei (hal in perak slang) krabi.

Day 2

Aktiviti hari ni tak lain dan tak bukan, island hopping dan snorkeling. aku tak snorkeling pon sebab percaya atau tidak, aku tak pernah snorkeling, tapi aku teringin nak snorkeling kat krabi, cuma tak de peneman nak snorkeling bersama. mak aku memang tak gemo mandi manda di laut. okay, kita proceed dengan gambar dulu lah.

before naik boat. mana boat mana boattt.

ni haaa. nampak tak kepanasan matahari yang tanpa segan silu memancarkan sinarannya?

ni dekat Bamboo Island.

Air laut dia clear sangat. memang sangat cantik lah. lepas pergi Bamboo Island, kami ke...

entah la, aku pon tak ingat sangat.. haha

time orang tengah snorkeling. air dia lagi cantik bila tengok real life bro.

ok, publish dulu entry ni


14 September 2013

Krabi

maaflah blog sebab dah neglect kan you. aku ni bukan ape, malas sangat dah rasa nak update sebab kalau aku rasa nak share pon banyak benda yang private yang berkecamuk dalam minda aku ni. tapi di sebabkan aku masih ade common sense, benda benda macam tu aku tak mau la ceghite.

oh ya, sekarang aku dah second year. setakat ni aku rasa second year tak best langsung. entah lah. rumah dah best (nanti aku cerita pasal rumah eh) tapi aku still rasa tak best nak belajar, nak pergi kelas, and many more lah. hmm.

okay, satu satu dulu la noh. sekarang ni aku nak cerita pasal krabi. sebelum balik ke Indonesia, aku dan mummy pergi bercuti di Krabi. aku yang ajak sangat, and mama pon on je. kitorang berdua je pergi.

kitorang pergi krabi hari isnin. sampai rabu. hotel yang kitorang duduk nama dy Heritage Krabi ke AoNang tah. aku lupa, tapi tempat tu sangat strategik. kalau korang nak pergi, duduk lah hotel tu, senang nak cari makan semua. 

oh ya! hangpa jangan konpius, Krabi tu nama bandar dy yang besar, tapi tempat yang kita MAHU duduk ialah di Ao Nang. Ao Nang tu laa tempat pelancongan dy. hangpa jangan la pulak cari hotel dekat krabi, instead cari hotel dekat ao nang (ni kalau pakai agoda la)

okay, cita panjang pon tak guna, zasss (picture timeeee)

 cantik kan cantik kaaaaannn..

mama dengan topinya

 aku dengan shades ku 

hoii panaih bak hanggg

time ni sebenarnye baru je sampai kat krabi, tapi kami dah start wandering around the town. actually masa ni dah pon petang macam pukul 5 like that, tapi panas dia macam tengahari. 

dekat bench di tepi tepi jalan dekat Ao Nang

memandangkan 1st day ni takde activity sangat, dan aku pon lapar maka eloklah kitorng pergi cari tempat makan. dekat sini makanan halal senang je nak dapat, sebab ada local kat situ cakap, belakang tu (entah le belakang mana) ada perkampungan orang islam. masjid pon ade, tapi aku tak nampak la pulak sepanjang di situ. mungkin pedalaman sikit kot. 

first day kitroang makan dekat kedai bamboo. kedai ni mahal laa jugak, lebih kurang rege di Malaysia. aku dah ajak mama makan tempat murah sikit, tapi she insists. ape lagi..

tom yam memang necessity gitu. 

ikan masak sweet and sour kot. mabeles sangatt

nak jugak posing depan kedai~

ni je la aktiviti hari first. hari second, next time laa eh. aku nak sambung buat tutor ni :) peace yaw




02 August 2013

Bukan lah lagu raya

maaf le share lagu lagu camni time bulan ramadhan yang mulia ni, tapi takpe sebab video ni tak seksi pon, insyaallah boleh tengok tanpa membatalkan pose (tapi mungkin dikurangkan pahala kerana lagha. hihihi)

jangan salahkan akuuu, tengok laa lepas berbuke ke~ lepaih raye pon ok



smart la..

18 July 2013

Post Ramadhan yang pertama

Assalamualaikum y'all. pe kabo semue. aku sihat sihat sahaja. barangkali semakin bertambah 'sihat' semenjak masuk ramadhan ni. maklum la, bile dah balik ni kerja aku tak ubah sama macam last yer dimana aku makan dan tidur sahaja. tak de kerja langsung di rumah ini (padahe ade je sebenarnya seperti mengemas rumah.. huaahuaa). okeh, memandangkan aku takde bende sangat pon nak share untuk entry kali ni so aku cerita je lah benda yang timbul di kepala otak aku ni sementara menunggu waktu sahur.

Firstofol, aku tak sabar pon ade jugak nak tunggu masuk second year nanti. maklum lah dah ada junior. nak fefeeling experienced gitu. memberi nasihat dan pedoman~ *tetibe. lagipon, nanti masa second year aku duduk rumah sendiri dah. dah tak duduk bale lagi. part tu ade yang best and ade yang tak bestnya. dan aku rasa banyak yang tak best daripada best sebab yang best nya cuma bila duduk rumah boleh masak. tu je kot. yang lain mungkin banyak yang tak best seperti kena membelanjakan duit yang ku sayangi untuk angkot nak pi uni. haa tu memang seryes tak best. dah la rege minyak naik, rege angkot pon naik! rege duit MARA tak naik naik pulak. panaih panaih!!!

Sekenofol, memandangkan aku duk rumah ni tak buat apa, setiap kali time nak berbuka aku jadi sebersalah untuk makan besar. idok le beso mane sbnornye. nasi lemak, nasi kerabu, nasi ayam berempah je pon, tapi aku still rase aku tak layak nak makan itu sume. ngade ngade. bagi se das gak aku pada diri sendiri. huh! ini tak best. aku harap aku dapat makan makanan macam tu sementara bazar masih beroperasi ni, tapi itu le. rasa bersalah tu duk consume aku.

Neksis, terawih di surau annur. aku suke. tu je nak cakap sebenarnya. macam tadi ada peristiwa lawak terjadi dan semua jemaah gelak. aku suka suasana macam tu. best. ermm, dan masa solat aku perasan, makciks yang solat sebelah aku kalau time sujud mesti tahan pakai tangan dia dulu. lepastu lutut dia dia jatuhkan satu satu. aku terfikir, nanti bila aku tua aku harap aku tak jadikan sakit lutut sebagai alasan untuk tak solat tarawih. kite tak tau scale kesakitan makcik tu rase setiap kali dia sujud, dan kegigihan dia untuk menunaikan solat tarawih dan solat sunat yang lain nya membuatkan aku mahu jadi seperti dia kelak.

aku wonder, pemilihan batch twp13 dah ke belum eh?

08 July 2013

Karnivor, Bandung

Karnivor ni nama resto dekat area bandung. femes tu femes juga di mata pelajar malaysia. biase la tu, student malaysia ni kalau dah cuti suka jalan jalan cari makan dekat kawasan sekitar bandung. bila ada seorang yang dah try, maka yang lain pon akan join sama akibat terpengaruh dengan gambar yang di post di instagram. tipikel.

Jadi hari tu aku pergi lah ke karnivor ni, sebab insta kak tita ade post diorang makan situ ramai ramai. 

nad gangstar, raz and aku

fifi, pikoh and ame

pokoknye dekat karnivor ni dy jual makanan berteraskan meat. memang banyak menu dy, tapi masa kami datang tu, entah la nape, makanan banyak yang dah habis. sepatutnye hal ini tak terjadi!! huhh!!! *bengang tiba2. jadi aku orderlah mane yang still available. rating aku, nak kate tak sedap tak elok lah pula, tapi nak kate sedap macam menipu. tudiaaa.

alamak, takleh rotate pulak. ni air yang dibeli atas dasar menjimatkan kos sahajaaaa. hahaha 

kelibat zarith. tu laa makanan kami (zoom 1000X magnification)

tapi walaubagaimanapun, tidak dinafikan kedai nya cantik, dan harga juga berpatutan. mungkin masa kami datang tu peak hour kot tu yang checf tu masak tak sedap. entoh le. kite husnuzon ye.

and before we go back

tarrah~

02 July 2013

Kampung Girang. Cidamar, Cidaun

Semalam aku baru balik dari aktiviti di Cidaun. aktiviti ape eh. macam kemasyarakatan gitu. apesal aku lupa term dy tah. serius penat tapi best la. biase le tu, bila time duk kat sana teghiak berguling guling nak balik nangor dengan cepat, tapi bila dah duduk di katil yang empuk dan tandas yang selesa dipakai baru teringat dekat Cidaun. tipikel. huh.

Cidaun ni aku tak tau laapa taraf dy? kecamatan ke ape entoh le, malas aku nak mengambik tau. hohoho! pokoknya Cidamar ni kira sub kepada Cidaun dan Kampung Girang pula desa yang ade dalam Cidamar. aku beruntung kerana dapat duduk di Cidamar kerana mengikut pengetahuan aku setelah bergosip sakan setelah pulang ke nangor, aku dapati Cidamar kot yang paling maju sket kalau nak dibanding kan dengan tempat lain lain. and budak twinning pon ramai di Cidamar, so tu yang best tu.

nampak tak betapa jauhnye perjalanan!!!

kalau aku nak cerite dari hari jumaat sampai ahad, pastilah panjang lebor entri ni. dan penat le jari jemari ku ni nak menaip kesemuanya. tambahan pula aku ni jenis tak kuat ingatan. so pendek je la yang mampu aku taburkan~~ *tetibe

gambar takde motip

kalau diikutkan, Cidamar ni la paling ramai sekali pelajar yang ditugaskan buat health service seperti berkhitan aka khatan kalau bahasa meleis nye, katarak, survey dan ape tah lagi. macam aku, aku ditugaskan untuk buat survey. bosan kan. tapi aku tak sanggup la pula kalau dapat khitan, nanti aku yang menangis tengok budak kecik dah berkhitan. budak menangis meraung pon ada. kesian deme. antara yang ada di Cidamar ialah aku, raz, kak timah, zarith, iema, una, atila, aten, nad, fifi dan amnah. rumah pon situated dekat dekat dengan satu sama lain. merase le hidup berjiran di kampung macam maneee. ade jugak budak reguler and also koas and residen.

Pagi jumaat tu yoyo o suruh student berkumpul dekat faculty pukul 4 pagi, tup tap geng cidamar terdampar sampai pukul 3.30petang sebab urusan bas yang tak setel setel. keimanan kami semua teruji habis sbb tak larat+ngantuk+bosan menunggu giliran nak naik bas. geng yang duduk dekat Kertajadi, Jayapura and lain lain semua dah bertolak paling lewat jam 11.00 pagi lagi. 

Bila bertolak tu pulak dah start nak gelap, maklumla, indonesia gelap awal. pukul 5.30 dah senja. so bila part mencabar ketika berada di atas bukit bukau seperti dalam map diatas tu matahari dah terbenam. perjalanan gelap gelita kat atas tu, tak nampak ape bro. sampai dekat Kampung Girang ketika pukul 3.30 pagi.

Esoknya mula lah survey dijalankan. lepas je habis survey (tu dia, cut habih) aku pon ronda ronda la tengok kegiatan lain seperti surgery katarak dan khitan. masa khitan tu budak budak menangis menjerit jerit. kesian sangat. tak sampai hati tengok. dah la budak kecik wehh. ada yang 10 bulan dah pon sunat. petang tu kami semua ingat kan nak la pergi pantai jap, tengok je pon jadila, tup tap kena tahan dengan pak satpam. terus dihantonye kami balik rumah.

join dengan budak budak khitan :)


oh yaa, lupe nak cite keluarga angkat aku.. (lupe nak tangkap gambar bersama keluarga angkat T-T )

rumah keluarga angkat aku ok la. agak mewah untuk penduduk kampung disitu. makan sedap, tibi beso, tandas so-so, so kire semua orait laa. tapi aku tak rapat sangat dengan ibu tu sebab dy macam tak ramah sangat. kalau ibu rumah razima tu baik bebeno. hospitaliti tiptop. sama juga dengan iema dan zarith. 

malam tu makan makan, aku terus tido dan bangun jam 4.30 pagi sebab pukul 5 dah kena berkumpul dekat SMK untuk ke Rancabuaya. huyyoo nama wilderness. tapi disebabkan janji tak dicapati, pukul 6.30 pagi jugak baru bertolak. 

maap le muke tak ready. masa ni dah 6.15 pagi mcm tu tauu. cerah kan?


haa part ni aku amazed sikit. itu le orang indonesia. sentimental dy lebih sikit, dekat Rancabuaya (masa tu pukul 11.00 like that) tu ada satu kawasan ni dy tebing sikit. boleh pulak diorang buat pentas kat situ dan ada seorang entertainer kot yg dipanggil abah main gitar sambil memberi kata kata nasihat. akustik habis. memang best sangat sebab dikelilingi oleh laut. rasa macam dalam movie weh. haihh rindu scene tu.
pantai Rancabuaya

pemandangan dari tebing yg vavavooommmm. meletop


akhirnya, lepas nak bertolak dari Rancabuaya tu baru le dapat pergi pantai.. and then bertolak ke Jatinangor tercinta < 3

sebenarnye ade byk lagi gambar. tapi dekat camera nad, syida and fifi. nnt bile2 aku edit balik. huuu. wassalam



26 June 2013

Post saje saje

Ekceli aku nak post pasal hari tu aku jalan jalan. tapi sebab fifi tak balik lagi dari jalan jalan sama group tutor, aku menanti kepulangannya ibarat drama mak tunggu anak balik kampung masa raya.

Aku tak tahu lah kenapa aku rasa emosi sangat tak setabil nih. ada banyak benda yang aku nak luah kan dan aku memilih media ini lah. ok dok? takpe, aku akan cuba atasi emosi tak stabil tu nanti, meanwhile aku nak share apa yang membuatkan aku rasa tak sedap hati je nih.

Isu pertama
Aku bukan nak kate la kan, tapi kalau hang takde benda baik nak cakap, better hang diam je. ni lah petua yang orang selalu lupa. cakap main bedal je, tak de nak fikir apa kesan dekat orang lain. kalau nak bagi pendapat pon, fikir dulu la hati orang lain. jangan nak kondem minat dy ke apa.
Kalau ada antara korang yang buat mcm ni, tolong lah stop it. kadang kadang aku tahu hang tak sedar, tapi tu la, bila aku buat balik (jahat kan aku nih.. haih..) tau pon hang nak marah. ada peristiwa di mana lebih kurang macam ni lah scene nya, si A: aku nak rasa nak pergi Pasar Baru la (si A memang suka pergi pasar baru) si B: eii Pasar Baru lagi. bosannya. takde tempat lain keee (padahal si B tak diundang pon utk ikut, tapi entah kenapa komen beliau macam tu. aneh kan?)
tu baru satu contoh yang aku letak. boleh je aku nak bagi berpuluh puluh contoh tapi sat lagi aku yang emosi. so stop le.

Isu kedua
Isu boikot. I know some of us tak boikot pon. aku tengok twitter pon ramai je yang tulis status berbunyi "ah, lapar la pulak, kan best kalau ada mcD", "I am at McD bangi, having breakfast" dan bermacam macam lagi. ia jugak apply kepada starbucks. aku sedih sebenarnya. kenapa susah sangat untuk boikot benda benda macam ni sedangkan kita tak mati pon kalau tak beli benda tu semua. yang menjadi mangsa ialah saudara kita. tu lah nama nya ignorance. apa kata instead of beli McD yang jahat tu kita beli Burger Bakor ke, Burger King ke (Burger King ok kan? hiks..) and instead of beli starbucks beli la air kopi J.co. sedap laa weh. trust meeeh. cuba hang try Frappe jcocinno. sedap. yang caramel pon sedaaaaap!
hang tau tak peranan kita dalam memboikot ni? hang tau tak apa yang jadi outside of Malaysia? jangan ingat hidup kat dunia ni cuma concern tentang Malaysia je weh. bila jerebu, sibuk fikir diri sendiri.

Isu ketiga
Isu surau tak wangi. semalam aku ke Baltos sebab aku perlu ke Eyckman atas urusan Cidaun. di situ aku solat maghrib sebelum pulang ke Jatinangor. surau di Baltos bukan sahaja kecil, tetapi berbau sebab terletak berdekatan dengan toilet. aku mcm aaaaaarghhhh. solat tak sepatutnya dikerjakan 'asal solat'. faham tak? maksudnya, jangan solat asal dah setel. asal buat semua rukun solat dah kira hang telah melaksanakan solat. buat lah solat sebaiknya. dapatkan sesuatu dari setiap solat yang kita kerjakan. buat lebih untuk setiap solat wajib kalau berkesempatan, contohnya solat rawatib dulu, zikir dan apa apa amalan lain. so condition untuk solat tu sangat penting. aku ingin menyeru kepada bakal bakal architect, engineer dan sape sape lah yang terlibat, tolong bina tempat solat yang selesa ok? buat kat Malaysia, biar umat islam di Malaysia dapat solat dengan best! (tudia kedekut. joking je laa. buat dekat satu dunia ni insyaAllah)

ok tu je rant aku. tata.

14 June 2013

Thinking of buying new shoes

tu je apa yang nak aku cakap kan sebenarnya. cukup sekadar title. tapi seperti biasa, aku biarkan jari aku mengarang. tudia aih...

kasut raya aku last year apa eh? asal aku tak ingat? ape ape pon, raya dah nak dekat kan (choih, ramadhan pon tak datang lagi kot ye pon), so aku terfikir untuk membeli kasut raya. lagipun, lepas habis exam ni mesti nak jalan jalan shopping punye, jadi boleh la angkat kasut satu!! yeah

aku terfikir untuk beli wedges. bagi aku wedges ni stabil sikit, kurang rasa gayatnye. lagipon dy macam kukuh sikit la sebab surface area dy luas. idok ke gitu?~ *gaya usop wilca

antara model yang aku nak ialah dari brand hush puppies, tapi seperti yang kite semua maklum lah kan, hal itu mustahil le buat aku atas faktor kewangan. duit rumah pon dah same harge ngan kasut dah aku rase, tah tah lebih. kasut hush puppies mau nye RM3++, tak sesuai untuk student kannn. tapi itu lain la kalau pemberian dari orang (kalau boleh aku dah tag mama kat sini. lalalaa~).

ape ape pon, aku nak tunjuk design yang aku nak! walaupun nnt tak dapat hush puppies, dapat yang lebih kurang macam ni pon ok whaaaaat



ahh so nice...

05 June 2013

Celebrate

aku ni orang perantauan. ade kawan kawan je dekat sini. lain la kalau dekat malaysia. family ada disetiap negeri (tipu).

tutor 4 with doc nina. i will def miss this group. banyak kerenah sungguh group ni. kalau tak gaduh sehari tu rase lain macam.


jadi, ukhuwah tu sangat penting. kenapa? bagi aku, ukhuwah itu paling penting untuk menyedarkan aku. saling ingat mengingati walaupun bukan dari segi nasihat. sekadar observation pon dah cukup sebenarnya.

elemen yang paling penting untuk merapatkan ukhuwah bagi pendapat ana (tetibe) ialah kite letakkan diri kite dalam posisi tu. maka kite akan tau la, ade kah kita suka diperlakukan sedemikian oleh orang lain? kalau kite tak suka, jangan la buat dekat orang lain macam tu.

so bile birthday kawan kite menjelma setahun sekali (teringat lagu raye amy mastura), elok benor kalau kite sambut dan meraikannya. obviously kalau sambut dengan famili sememangnye best kan. memang kite tak dapat nak exceed pon, tapi, sekurang kurangnye kite cuba untuk act like a family. afterall, twp ni memang family kan. satu batch semua adik beradik.


 nek-jiran sebelah rumah-anak yg comel :)

sori ina sebab sambut simple je. ni semua SOCA punye penangan la ni!

its the thoughts that counts.

 cehh




20 May 2013

Sambung Day 2

hari kedua!

hari kedua aku dah nelpon padma untuk sewa kereta sepanjang hari. hari ahad la kirenye kan because yesterday was saturday. 

macam biasa, kalau datang ke sini kakak pasti ajak ke Jonas Studio! yaaaayyy. bile lagi nak bergambar photoshoot photoshoot sume kan. kalau aku sering dipanggil untuk jadi covergirl mungkin aku tak endah kan sangat. huaahuahaa. so pukul 8 pak agi dah sampai. kakak and izzah makan pakai kupon, aku di biarkan je. kejam punya stepsisters!!! hahaha. tapi aku tak kisah pon sebab kalau tambah kena cas 30ribu. buat ape membazior. so aku sorang sorang jalan kaki cari rezeki dekat luar hotel. ade la circle K berhampiran, so aku beli coffee je. sedap gile coffee dy.

then we went straight to Jonas Studio. mai mai je lengang sebab tak ramai orang lagi. kitorang ambik set friendship yang berharga 115ribu untuk 5 keping gambar. ok sangat~


kakak and izzah. wut iz dat man doing!!!

next kami ke pasar baru. di sini serius penat. aku tak nak cerita sangat sebab sama je aktiviti nye, shopping!! izzah bought a whole lot of kain. aku beli jubah je, tu pon tak pakai pakai lagi. kakak and izzah also beli jubah. 

lepas tu kami ke, Herbs and Spice.
aku masa tu dah sugar depleted habeh dah. kalau hulur tangan, mau terketor ketor sebab lapar. aku brekfast pon ape je. coffee yang rata rata mempunyai kcal sebanyak 150. respirate sikit dah hilang glucose glucose tu di udara. *hamboii

aku la yang cadangkan makan sini karna terpengaruh dengan rakan. macam best je, lagi pon kalau makan dekat Daun or Sapu Lidi tu macam a bit too fancy for us yang makan duit scholar. jadi kami pon makan la kat Herbs and Spice. little that i know, yang harga dy pon boleh tahan sebenarnye! hahahahaha. tapi still lagi murah~ cume aku tak beli air la. hahahahahaha

nice right?

just look at kakak

oishi~~

restorennya. bawah tu ada bakery, tapi ramai gileee umat

lepas makan kami pergi ke FO. sebab kitorang dah plan nak pergi pvj malam tu, so kene pandai pandai susun jam la bagi semua tempat dpt merasa. pak agi ni pon keje sampai pukul 8 malam je, maklum la dy kira 12 jam sewa. di sebabkan mama pesan nak blazer merah kat anthropology, so kitorg ke situ dulu sebab beli yang mana yang penting dulu. 

over kan aku edit? hahahahahahaha. oh ya tu la blazer mama~ dah dirasmikannn


awat qualiti gambar bila masuk blogger jadi buruk? plis

sambung kendian. blogger menggila lagi. a big fat BOOOOOOO for you blogger!!! (ceh padahal aku jugak yang duk guna, tak sedar diri)