25 November 2013

Mogok reply

Sempat jugak tadi aku mogok reply dekat group whatsapp. aku reply reply dan reply, tapi takde sape nak balas. sikit lagi nak keluar belang aku yang sebenar. ahaaa. aku ni menakutkan sebenarnya. limit kesabaran tu rendah sangat. ini bukan hal yang boleh dibanggakan!

Aku rasa demi kebaikan semua, aku nak jadi lebih open la. kalau tak suka, aku nak cakap je direct boleh tak. macam kak dina. kalau orang tu annoyed aku, aku cakap je. aku tau ni tak elok, tapi aku rasa aku perlukan fasa ni sekejap. sekejap je.

Tengoklah dulu. kadang kadang apa yang aku tulis dan plan ni tak buat pon. tapi who knows.

Berbalik kepada perkembangan program, aku sebagai timbalan, eceh, rasa macam tak puas hati dengan aktivit outbound yang dah di susun tu. aku kalau boleh nak la include aktiviti lasak yang menggugat stamina dan kejantanan kita semua. contohnya macam water rafting ke, paintball ke, menunggang kuda ke, atv yang lasak ke. sejak bila aku suka benda benda alah ni, aku pon tak pasti jawapannya.

Tapi atas faktor kekangan wang, semua tu tak boleh dibuat. (ps:kalau anda yang membaca ni nak hulurkan bantuan, boleh laa kontek aku kat facebook atas nama afiqah najwa :'( sumbangan anda dialu alukan agar projek ni berjalan dengan lancor).

Oleh kerana minggu lepas, aku dan bebudak lain dah survey tempat program outbound kami, maka dah boleh buat kata putus lah yang kami memilih outbound dekat Grafika Cikole. tempat dia nyaman dan banyak pokok pine. sejuk pula.

Dekat Grafika Cikole tu ada tempat penginapan, dimana aku rasa lebih best kalau menginap tetapi harga nya tak sesuai dengan status aku sebagai pelajar. tapi kalau korang nak merasa duduk Lembang (lebih kurang 30minit je dari bandar Bandung) tu boleh le. best.

sorry le, tangkap gamba pakai hp farez je.. sebenarnya tempat ni cantik sangat. kalau snow white menyanyi dekat hutan ni aku rasa squirrel squirrel and pelanduk arnab suma pakat keluaq
 *tetibeceritadisneylaapulak 


nampak belakang pon jadi la. boleh la nak buat alibi

bersyukur jugak aku sebab bebudak twinning batch aku kebanyakkannye tak tau aku ada blog. huahuahuaa.. rasa freedom disitu. tapi aku bukan cakap busuk pasal korang pon kan (dah prepare dialog siap siap).

Last but not least, do pray for me. tomorrow there is a huge chance that our results will come out. i think i did horribly but i believe if we ask Allah truly and sincerely He will definitely help. bye

2 comments:

Shahirah Zainol said...

najwaaaa dah tahun berapa dkt sana?! lama gila x dgr cite! haha take care!!

Stazel // Fieq said...

hai shahirah! baru tahun kedua jee.. sherah dah tahun ke berapa kat sana? skang ni dekat malaysia ke??