30 December 2010

Rebiu!!

Gulliver’s travels

Masa nak tengok cerita ni aku lambat masuk panggung. Sebab beli popcorn dan mirinda strawberry yang guarantee kencing manis punya. Beratur panjang sangat semata-mata nak beli makanan untuk mengunyah kot kot lah cerita tu bosan, boleh lah alihkan perhatian kearah makanan di sisi. Sejurus sahaja aku masuk ke cinema 3, Alhamdulillah cerita baru nak mula! Horray kerana tepat pada masa! Horray kerana ada makanan! Horray kerana ada air! Hooray kerana dapat tengok cerita baru! Hooray kerana ada makanan! HOHOHO

Aku bagi 8 out of 10 stars kot cerita ni. Cerita ini wajib tonton kalau korang jenis yang suka gelak dan cepat pick up lawak. Tidaklah dinasihatkan kepada korang yang lampi kerana korang akan ha? ha? sepanjang cerita lantas terganggulah kosentrasi sahabat sebelah. Kisah cerita ini mengisahkan seorang pekerja biasa bernama Gulliver yang bekerja di mail department selama 10 tahun. Dia seorang yang kelakar namun Gulliver ni seorang yang mementingkan status. Dia merasakan bahawa dia tidak layak berkomunikasi dengan pekerja atasan company tersebut dan hanya deliver mail dan blah macam tu je. Macam tak wujud! Namun, atas nasihat seorang kawan, dia try nak pikat seorang gadis tp tak berjaya malah, bertambah malang dia terpaksa buat kerja sebagai seorang jurutulis pelancongan destinasi.

Suatu hari, dia ke Bermuda triangle untuk membuat laporan. Semua berjalan lancar, angin sepoi-sepoi bahasa, langit biru cerah dan dia menghirup udara segar minum coke sambil membaca guitar hero. Tiba-tiba kepulan awan gelap muncul entah dari mana. Ribut air mula menarik kapal Gulliver dan akhirnya Gulliver sampai di sebuah pulau, kingdom Lilliput yang didiami orang kerdil sebesar figura free happy meal McDonald’s. So dari situlah bermula adventure dia. Daripada dihina sebagai the Beast, sehinggalah menjadi ketua angkatan perang.

Antara babak babak menarik bagi afiqah!!!

Aku tak boleh nak gelak all out sangat sebab sebelah aku seorang pakcik, jadi perlulah menjaga tingkah laku dan adab seorang gadis comel bertudung hitam berjaket merah. Cecece. Tapi, kalau lah pakcik tu sporting memang aku gelak hampuk hampuk pakcik tu sampai mati. Kelakar sangat lah cerita tu.

Part titanic memang sangat lucu. Dia buat theatre dan persembahkan kisah kehidupan dia kononnya dia jack dalam cerita titanic. Lepas tu bila Edward kata, kenapa kau tak mati sekarang ni? Dia pon kata sebab lepas tu dia dihidupkan balik.

Satu lagi part dia ke pulau giant, seorang kanak-kanak perempuan ni ambil dia jadi doll. Dahla pakai baju skirt ropol lepastu kena main tea time la. Tahapa hapa. Bungek betul. Bikin aku gelak aja sepanjang cerita.

Aku taknak cerita part yang aku tak suka sebab nanti takut terbantut pulak semngat korang yang memang dah hilang keruan nk tengok cerita ni. Sebagai generasi dunia yang moden, semestinya aku sangat menggalakkan orang lain turut menonton filem lakonan Jack Black yang aku minati ni. The end.

23 December 2010

How did you start liking what you used to hate?

Banyak makanan yang aku benci dulu skang dah pung jadi peberet. Cehh. Tak ade lah peberet sampai masuk list of Top 3 Stazel’s Most Like Food. Cuma boleh la kalau pegi kedai tiba-tiba rasa macam “eh, nak order itu la!” , “eh, ini dulu aku tak makan ni, mari cuba sekarang.” dan macam-macam dialog lagi lahh -.-


Mungkin faktor usia kot. Aku dengar cerita, masa kita kanak-kanak dulu deria rasa kita lebih tajam/pekat/hebat (mana lagi sesuai?) sebab tu la ada makanan yang kita cukup benci. As we grow old, our sense of taste became less tajam/pekat/hebat. Secara logiknya, bila kita meningkat dewasa, mestilah kita dah kurang benci terhadap makanan yang kita benci dulu atas alasan iaitu deria kita dah makin kurang tajam/pekat/hebat lantas tak berapa nak rasa lah ketidak sedapan makanan tersebut lalu kita bedal je.

Dulu, antara benda yang aku paling benci mmg tahap benci nak mati macam kalau benda tu ade facebook aku dislike spam report flag teghuih ah ialah soya. Ewww. SOOYAAAAAA. Dah la diperbuat daripada kacang. Selalu pula aku dapat free. Tak guna! Kalau kat tadika minden dulu sikit-sikit birthday party je mesti bungkus air soya kotak. Tak pon, kalau lawatan ke hape cikgu mekgu mesti bagi air soya. Kadang-kadang kalau ada dua jenis air yang cikgu bagi, selalunya air teh bunga atau SOOYAAAAA aku pulun try dapatkan jugak air teh. Jangan harap aku nk minum air SOOYAAAAA. Kalau tak berjaya jugak, aku tukar dengan rakan-rakan sampai dapat tak pon bawak balik rumah kasi mak ayah. Settle


Tebu, cincau ngan air kelapa sama je. Aku tak suka. Tapi ni mungkin sebab aku tak kasi can kot nak rasa. Tebu pon dulu selalu dapat free. Bungek sungguh. HAHA

Ok cukup dengan air, makanan pula!

Yoghurt. Apa susu rasa masam berketul-ketul pula ni. Dahla kata rasa strawberry tapi tak manis! Kedekut piang ngat eh nak buh gula sikit. Kahkahkah. Aku tak suka yoghurt, minuman yoghurt, ice cream yoghurt dan apa2 je la pasal yoghurt. Rasa dia yang pelik membuatkan benda tu terbiar lama dalam mulut sebab aku terpikir nak buang nak telan nak buang nak telan. TELAANN.


Chikedees ni antara keropok yang aku tak suka jugak. Sejak bila rasa ayam macam tu? Pernah tak korang pikir? Kan kan! Aku terus tak lalu nak makan chikedees sebab aku pikir mesti dia tak taruk ayam seperti yang dia tulih kat pembalut tu “chicken flavoured snacks”. Palemu ayam rasa macam tu! Rasa msg ada la. Patut nya tulih jujur sikit “MSG flavoured snacks”.HAHA


Tapi sekarang ni semua tu dah jadi peberet kesayangan. Soya aku gagahkan minum sebab lapar malam2 lepas balik prep tak nak makan takut gemuk so ada air soya Kak Na je yang dijual. Aku pon mcm biasala, beli dan minum. Yoghurt pulak sebab aku nk tinggi.kehkehkeh. chikedees pulak sebab harga dia murah kat Giant. HAHAHA.

14 December 2010

sekarang 4:50 pagi

Aku masih mencari-cari (baca nada sajak disekalikan dengan iringan biola kecil Mr Crab)
Aku masih mencari-cari erti,
Erti fashion sense.... (macam tergantung je, ah abaikan. ingat keje aku buat sajak pulak)


Gini lah nak dijadikan cerita, nanti aku nak pergi Bandung, Indonesia. Ni kira holiday slash makan angin bersama keluarga la ni. Bandung ni sebuah bandar yang sangatlah terkenal dengan suhunya yang sejuk serta nyaman aman damai permai harmoni bahagia selamanya. Tapi keistimewaan ni tak cukup membuatkan aku rasa teruja "YAY! YAY!" nak pergi sana. Yang berjaya membuatkan adrenaline aku melonjak naik ialah clothing stores disana. Hoorah! memang tu yang aku mahukan sebenarnya. Aku pon takleh nak cerita panjang pasai Bandung ni sebab aku tak pernah jejak kaki kat sana lagi. Nanti pandai-pandai pula aku tambah tokok fakta sesuka suki.


For your information, aku kekurangan baju. ya. benar. Selama dua tahun aku di Samura, aku tak pernah (emphasis part 'tak pernah') TAK PERNAH beli baju jalan, except baju raya la. Yang lain semua baju t-shirt untuk pakaian hari hari di sekolah, baju prep, tudung dan sebagainya. Aku korbankan kehendak hati. Kehendak bergaya (dah mula sajak dah) dan kehendak membeli. Baiknya aku, selain menyelamatkan poket Pn Jamaiah, aku juga menjadi seorang yang tidak gemar bergambar lantas membuatkan aku fotografer berjaya keluarga Encik Rozalli tatkala holiday dan sebagainya.


Bertitik tolak daripada itu, aku menanam cita-cita untuk membeli-belah menambah koleksi baju. Aku target cardigan 2 ketul, handbag sekepal, oversized t-shirt seulas dan jacket sepapan. berpada la kut kan? Oh ya! Mini skirt juga dan jeans. Macam mana boleh terlupa. Sekarang ni trend mini skirt woo. Aku teringin benar nak cuba secubit mini skirt ni. Rasa macam boleh bawak kalau kena pada gaya. Taste aku ni boleh tahan, harap-harap aku tak rambang mata dan hanya pilih clothes yang benar-benar cantik kat sana nanti. Sapa-sapa nak kirim apa-apa seperti kirim salam, senyuman dan sebagainya boleh lah contact di nombor telefon tertera di kaca tivi anda sekarang!hahaaahaha

13 December 2010

Hari Pelik Sedunia

ke hanya aku je...

peristiwa pelik hari ni mengatasi kepelikan yang paling pelik. sungguh pelik jika nak dibandingkan dengan cerita indon dunia khayalan dunia impian.

fairy tales Pictures, Images and Photos

benda pelik pertama; mak cik dekat restoran Anjung tiba2 hooked up aku dgn pekerja kat situ. kata dia ada org nak num fon. minta maaf makcik. aku tak suka dijodohkan macam ni. aku geleng tanda tak setuju.

benda pelik kedua; insan mane tah kol aku nak cakap ngan azizul. aku ingatkan stazel. nasib baik aku tak kate " ye ko nak ape ah??" sbb mungkin dia rase pelik kenapa azizul yang dia kenal dah tukar suara gadis.

benda pelik ketiga; ade org hantar mesej mengajak kawan dia jumpe. yang sangat pelik itu ialah nama kawan dia Enjoy. gilak ah. aku sempat bertanya sapa gerangan yang dah salah hantar mesej ni. nama beliau ialah che mat.nama pelik aje. apa masalah masyarakat sekarang ni.

benda pelik keempat; tiada dah

hmm sedih. ada orang bgtau yang mungkin aku tak sempat kahwin lantas tak sempat lah aku jumpe jodoh aku yang handsome, baik, kuat pegangan agama, ciri-ciri kemelayuan yang tinggi dan mencintai aku tu. sedih T-T

12 December 2010

Tolong la wey. prasan!


hari ni aku try tudung shawl. kenape baru hari ni? kenape bukan dulu-
dulu time yuna main guitar atas kerusi lab kat pentas sambil nyanyi oh bulan? barulah ikut trend semasa. skang da purba la wey. hah. ya aku tau aku lambat. bukan apa, muka aku ni memang comel macam hamster. bwahahah. tapi struktur dia. kurang sesuai untuk pakai tudung shawl. ni apa yang aku rasa la memandai je. hah. hurm.

hari ni aku gagahkan jugak mata dan hati untuk melihat betapa hideous nya muka aku pakai shawl. tapi.. err..err..
haha cantik je! HAHAHAHAHAH!!


boleh la kut.ahaks -___-

10 December 2010

Activities


Ye, sungguh ramai yg telah memandang rendah terhadap impian dan cita-cita yang telah aku tanam sebelum tamat Sijil Pelajaran Malaysia lagi iaitu, memasak! ahahah aku pon nak tergelak sorang sorang bila bace balik ayat ni. hahahaha sekali lagi ok dah.

Buat korang yang selalu menghabiskan masa dengan membaca blog aku yang tak berpekdah ni, semestinya korang dah tau kan keupayaan aku dalam sektor memasak ni? Tengok sahaja post-post sebelum ini yang menunjukkan aku meItalicmasak nugget ayamas! Usha sahajalah hasilnya!! Bukan perfect dan megnifisen kah?? Ayuh, kata jujur.

Sebenarnya, ada cerita disebalik cemuhan yang dilemparkan oleh kawan-kawan aku tu. Takkan la diorang tak semena-mena tak menyokong aku pulak. Kata kawan. Semuanya bermula selepas aku menyuarakan hasrat aku untuk mebuat bussiness cupcake untuk mendapat sedikit imbuhan sepanjang cuti sekolah ni. hahaha nak kerja malas. Kalau boleh memang tak nk tinggal rumah (atau lebih specific laptop!). Desperate nak duit punya psl, keluar idea bukan bukan.

this will be the future!! mwwaahahhaha!!

Selain tu, aku juga berhasrat untuk memasak. ye memasak. Memasak masakan tradisional yang membuatkan mak mertua berasa kagum melihat skill di dapur. Uahh. hehee:p

08 November 2010

Diary

SABTU 30/10/2010

Hari ni hari koko. Semalam najwa tak tulis diari.



Semalam tak ada budaya Al-Quran. Ada baca mathurat kat surau. Lepas habis budaya najwa masuk dalam asrama sebab nk bancuh nescafe! Kat kelas baru minum. Fuhh panas2. Mmg terangkat 2 ibu jari tangan dengan automatisnya.

Masa tgh buat add math tiba-tiba sakit dada sangat. Sangat! Rasa cam nak mati. Sampai petang baru lega. Setiap kali inhale dan exhale, pergh sakit dia mcm ada satu daya yg tekan rib cage. Tak tau la samada sakit jantung atau paru-paru. Time gelak sakit gila. Najwa duduk diam je. Tido.

Aisyah ada hantar surat untuk najwa. Kelakar sungguh adikku sorg nih. Tp najwa tak boleh gelak. Nabilah ngan Kee-dote pandai-pandai buat cerita yang najwa dpt surat dari budak laki. Emet kate najwa sekarang ni dah pandai dah ea. Poloy lagi la siap phewit2. Bongok gile. Nak tergelak tapi tak boleh, sakit.

Masa rehat najwa paksa jugak diri najwa jalan2. Kot2 la Allah sembuhkan sakit ni. Najwa pon beli cucur udang kat koop. Afta dat naik kelas cakap dengan emet pasal sesuatu hal yang cannot be told. Mungkin boleh kalau diminta secara baik. Buat baik cepat! haa

Kat belakang tu rupenye Poloy ambil makanan najwa. Pergh. Dia kate kat nabilah yang dia lah yang pesan siap dah nk makan lagi. Haihh. Simpati sungguh sampai sanggup mereka cerita demi makanan. Haha

Pani ni sekarang macam satu macam personaliti dia. Haihh. Mengeluh buat kali kedua. Tak tau la nak buat macam mana lagi. Dah bertempayan-tempayan nasihat najwa curahkan tapi dia yang tak nak ikut. Mungkin tu cara dia nk tabahkan hati. Kesian :( Sabar ye Pani!

Ha, hamek ni! Eksklusif dari diari aku. So jgn curi2 baca lagi diari org lps ni. hmphhpmhpmhhh...

07 November 2010

Soggy


sang suria nan indah mengundurkan diri,
demi sang rembulan yg bakal menyusuri

td makan roti canai kat Nasmir. tringat kat restoran Hassan.
Nasmir kenapa kau tak boleh jadi seperti Hassan?
Hassan sgt handal membuat roti sardin. roti sardin apa yg kau hidangkan tadi? huh. nasib baik aku lapar. maunya aku rasa sedang2 mmg aku tak mkn dah roti sardin lembab tadi! haiyyaa

Inilah dia manusia yang tak reti bersyukur. Ampuni aku ya Allah

Lihatlah lihatlah


Ni la dia. Library Sekolah Menengah Sains Muar. Macam kat muzium aje.
lalala
tu saje :))
goodbye fellow friends

24 October 2010

Rancangan Stazel ke-1

hahaha.. tajuk umpama topik sejarah tingkatan lima yg perlu hafal

Berikut merupakan perancangan Stazel selepas SPM;


1 - pergi buat lawatan ke setiap negeri kat Malaysia ni sbb budak kelas kita ni dtg dari segenap pelusuk. haihh sekolah jauh2 buat apa?! hoho

2 - setelah buat lawatan, HARUS (penegasan kalimah harus!), singgah-minggah dan ajak masuk ke rumahnya dan jemputnya makan sikit2 dan minum air yg dia / mak dia bancuh (kira ziarah dia kat rumah la. amboi, payah sgt eh~) huhu

3 - dapatkan lesen memandu apa2 jenis kenderaan. kalau ikutkan hati ni, mahu aja aku naik moto. sng bawak~

4 - oh ya! melancong ke England tak wajar dilupakan!!! jumpe pokon di sana.. di sana.. di sana~ hoho!!!

menarik menarik, lagi!!

5 - ajak Pani, Nabilah, Pipa dan semua-semua buat summer trip ke Pulau Langkawi. kite pacak khemah tepi pantai. siang tgkp ikan, mlm kte masak kat campfire

6 - tidur makan tidur makan tidur online online online online!!! ONLINE!!!!!

wah, bagus la buat perancangan. baru nmpk jelas skit masa depan! huahahaha

like

oh, how I wish I could tell you this.
I'm living in denial the whole time
I'll confessed to you when SPM is over...
so that i wouldn't embarrassed myself in front of you who might think I'm kidding myself
I know where I stand
and that's why, right now it's better for me to pretend not liking you
and treat you just the same, as others

it's funny that you don't even know that, every time you talked to me, I couldn't resist myself from smiling
and every time I talked to you, I can't watch deep into your eyes.
I tried once, and my heart beats strongly as if it's going to burst.
I minimize my speech when talking to you so that you will never caught me liking you
and i think I've done a great job.

05 September 2010

Edisi Pertama : Kad Raya


Aku igt lagi suatu ketika dulu aktiviti tulih kad raya ni sgt aktif dijalankan di rumah aku. Masa tu umur aku dlm lingkungan 8-9 taun jugak la. Buat pengetahuan anda tahun 2002 dan 2003 merupakan zaman kegemilangan kad raya! Buat pengetahuan anda la..

Kalau pergi kedai saja, pasti section kad raya yg ditelaah terlebih dahulu. Pilih kad raya ni bukan senang seh. Harus yg cantik tak terperi sahaja jd harganya pon boleh la blah (kad cantik=harga mahal). Gambar selain drpd gambar kartun seperti imej ketupat dan pelita disamping bunga ros yg jelas tidak masuk akal dan tiada kaitan dibuang atau diberi kepada rakan yg kurang rapat. Tetapi, menjadi masalah apabila membeli 10 keping kad, RM3.80 kerana kad2 sedemikian sudah dipaket elok2. Yg huduh belaka diletaknya di bahagian dalam antara 2 keping kad yang comel. Ya, aku byk kali sudah tertipu dengan taktik perniagaan kad raya. Namun, hal ini tidak sesekali melunturkan semangat nasionalisme aku untuk menghantar kad raya kepada sahabat handai serta sepupu sepapat.


Masa ni buku biodata memainkan peranan penting. Hal ini berikutan kerana alamat-alamat rakan sudah sedia tertulis di situ. Jadi tidak perlulah bertanya kepada mereka kerana mereka dapat mengagak jika bertanya alamat rumah shj, pasti bermakna kita ingin menghantar kad raya. Bijak sungguh mereka. Walaupun satu sekolah, aku lebih suka menggunakan khidmat Pos Malaysia. Mengapa? Aku juga tidak bisa menjawab soalan itu. Habit pelik yg melanda kanak2 comel agaknya, getusku di dalam hati. Kerana jika disebut kuat2 bakal menarik minat orang sekeliling membelasahku kerana cemburu yg mendalam:)

Selepas 4-5 hari aku hantar, balasan pon tiba. Ha! inilah masanya utk menunjuk-nunjukkan kesetiaan kawan2 aku dihadapan kakak serta adik. Mau jugak satu tahun tu aku terima dalam 16 keping kad raya! Itu dah kira kesetiaan mendalam yg x berbelah bagi dah tu.

Pernah juga satu tahun tu aku hantar kad raya buat Sultan Kedah dan Sultan Brunei. Mana tau tiba2 diundangnya memasuki istananya time open house atau paling cicit pon selit uang beberapa ratus. Namun, fantasi tinggal fantasi.

03 September 2010

trust nobody


So, last month my perfume was stolen. And not just mine, my friend Flinzoe also lost her mp3 and her perfume. We were devastated. We went to see P.Kak Na to search for help. We hope that she would make an announcement at the musollah to ask the thief to please give back the stolen items. After that we also went to the BGP to ask Has to make a quick sportcheck at our block but our effort doesn't seemed to paid off.

But, one evening, while I was on my way to the Bazaar at Astaka...


I caught the culprit and
I learn something that day
which is, don't trust anyone easily.
I hate the fact that I had lost a friend that day.
I also learned that my stomach cannot handle Ustaz Amran's burger


18 July 2010

Maher Zain - Open Your Eyes

ye gua tau gua lambat -.-



lagu ni mmg sarat dengan mesej-mesej
apa yg gua dapat garap daripada lagu ini ialah,

kadang-kadang kita yang buat-buat buta

kita sendiri yg pekakkan telinga dan butakan mata
serta hati dari hidayah dan petunjuk Allah.


tips supaya mesej ni meresap ke kalbu hingga ke tulang-temulang y'all,
stopkan lagu piano kat atas ni!!
bingit sunggo~
hoho!!

wassalam(:


17 July 2010

Scrub

Aku nak buat review pasal scrubs ke?
Bukan Scrubs drama orang putih popular suatu ketika dahulu. Bukan!
Tapi scrub pencuci muka! YEDDAA!! Satu langkah ke arah kematangan usia!!! hoho

Sejak bila pula aku mula berkecimpung dan berjinak-jinak dalam dunia kosmetik pula nih?
pasti aku telah membuatkan org tertanya tanya bukan? (ceh, blah la lu.loser)

alkisah bermula....

Pada suatu hari, sudah menjadi rutin harian bagi Flinzoe, seorang pengawas, tinggi lampai muka kecil pergi ke tandas setelah penuh semangat membaca Al-Mulk. Beliau suka ditemani. Bukan, bukan kerana takut tapi. Ye la.
Aku pon tak tau nak sorok hakikat ni macam mana lagi. BAHAHAHA. Sambung2. Okehh. Peneman beliau yang setia lagi patuh ialah seorang handal dalam bermain botam, iaitu Fy-lar. Muka beliau iras-iras Lilo dalam siri Lilo & Stitch. Barangkali keturunan Hawaii dominant dalam DNA beliau, agaknya.

Selalunya, aku tak gemar turut serta dalam rombongan mereka ke tandas yang tepat bermula pada jam 11.40 malam. Indie la katakan. hoho. Dah la sesak. Sungguh tak menyenangkan! Tapi, hari ahad hari itu, aku pergi juga. Memang riuh suasana tandas. Singki-singki penuh dengan bakul bakul comel warna pastel yang tersusun rapi di tepi2 sinki. Kalau di usha setiap bakul tanpa rasa malu, huiiihh! Bedak sejuk, Fair and Lovely, Safi, Nivea dan jenama2 tempatan yg iklan liplap di tv dengan suara latar menggoda juga ada.

Ketika aku memberus gigi bersama Fy-lar, Flinzoe keluarkan produk pencuci muka yang jarang beliau gunakan.

"Aikk, apa tu? Nak!! NAK!!!!!" aku meminta bagai peminta sedekah tak makan 2 hari.

"Ambik la. Cuba try" Flinzoe membalas.

Setelah dilumur-lumur, aku sental2 biji2 apricott dalam scrub tersebut di sekitar wajah, kononnya lebih efisyen jika berbuat demikian. Fy-lar pon join sekali. Terasa liang roma bersih dan bernafas (ceh ayat mcm nak promote produk kecantikan yang ada mineral untuk kulit berseri je~)

"Nanti bila dah scrub, kulit rasa lembut gila. Fare pon try hari tuh" Flinzoe berkata panjang lebar, tapi hanya ini yang aku igt. HOHO.

Setelah puas tonyoh scrubs ke kulit wajah, step berikutnya iaitu rinse pon aku lakukan.

WAAAAHHHHH!!!!!! LEMBUTNYA!!!
jd kawan-kawan mari cuba scrubs. pakai 3 hari sekali ye!!



SELAMAT MENCUBA!

10 June 2010

Ruangan masak-masak

oh! Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, (amboi berjela nk menaipnye!)
kepada para pembaca blog ku yang ku kasehi sekalian,
hari ini ingiiiin sekali, Ma'am Besar (gelaran buat diri sendiri hoho!) berkongsi bersama ye, sejenis masakan resepi turun temurun ye, oleh keluarga Tok Samad (tipu) iaitu Jejari Ayam Hot & Spicy. Bukan jari yg melekat kat kaki ayam tu! BUKAN! jgn pikir melalut-lalut pula. Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ter'latest', mengatakan jejari ayam itu boleh juga disebut sebagai Nugget~ (huiih, x ke senang cerita dari awal)

procedure;
1. keluarkan 1 beg Jejari Ayam Ayamas

2.kalau anda baru membelinya dan tidak pernah menggorengnya lagi, gunting beg tersebut dibahagian atas. ATAS ye. ATAS (penekanan perkara yang tak patut :D )

3.dan kalau anda x basuh lagi kuali, ambil sedikit masa dan basuh lah dengan pencuci pinggan mangkuk Sunlight seperti Ma'am Besar tadi! huhuii!!~

4.kemudian letak kuali di atas dapur dan masukkan minyak untuk dipanaskan (tips; pastikan kuali benar-benar kering agar x berlaku letupan bak bom ketika zaman penjajahan jepun)

5.sebaik sahaja panas minyak, masukkanlah Jejari Ayam Ayamas ke dalam minyak tersebut sepantas yang boleh dan larikan diri daripada percikan percikan minyak

6.bila dah agak agak macam reda percikan tu, boleh la kalih kalih kan nugget tersebut dan angkat untuk dihidangkan! Wallaaa.

step 5

step 5 juga :))

hasil seni yang tiada tolok bandingnya! siap untuk dijamah~~

Hoh! hebat sungguh penerangan ak. detail beb~ kagum kagum. . .

09 June 2010

Pasar malam, ini dia Stazel datanggg!

kami semua tgh bersiap sedia nak pergi pasar malam ni!
kenapa seperti satu keriuhan untk pergi ke pasar malam?
sebab ni la pasar malam first yg ak pergi tahun ni~
sedih weh, sedih!!!
as for kakak, kat indon mungkin dy x pergi pasar malam kot? or maybe kat sane x de (?)
wallahualam
huii~ pasaar malamm~ pasaar malamm~
yihhaaa makan! makan! (sambil menghentak meja)

beberapa jam kemudian; yeddaa
semangat meng'unpacked makanan huhuii :D

wahhh!! Menggugat keimanan~ harganya RM2.00 shj



lorh, kok terbalik fotonya!! ARGHH! lantakla~ Oblong ayam RM 3.00

Sebenarnya banyak lagi makanan yg kami beli seperti nasi kerabu, nasi ayam masak merah, keropok lekor (habis dlm perjalanan), sosej bbq (habis dlm perjalanan), ice blended chocolate (habis dlm perjalanan) ya allah!! nggak normal!! kejap2~ ade lagi nih, air soya, yong tau fu. ha! tu dia kawan kawan. mengalahkan berbuka puasa. haha:D

08 June 2010

hello baby

tadi tgh tgk cite Hello Baby with SHINee. hoho. comelnya si Taemin~ hoho

okeh, meh dengaq stori mori!
hari jumaat minggu lepas, ak sampai dari Muar ke Shahab(?) Perdana, Alor Setar.
Pukul 7.00 pagi gitu. Dalam pukul 2-3 bertolak pergi Klang pulak untuk menghadiri majlis pernikahan dan persandingan Kak Nana.
"Jadi ape motifnye Najwa balik Kedah terlebih dahulu?" pakcik ku bertanya. "Kenapa tak naik bas terus gi KL dari Muar?" dia bertanya lagi.
Jwb ku dengan ringkas dan pendek, "Sajaaaa..HAHAHA"
perabih duit sungguh!

kat sana ktorg reunite la dengan kakak, Izzah, makngah and family kat rumah kak akmal.
Tido satu malam kat Klang, 1 malam kat Kajang, 1 malam kat Hotel Awani, Bangi.

pernikahan;


huihh, comey:D



amboi kaki silang-silang lagi:)

persandingan
huihh, macam tgk segment perkahwinan dalam majalah WANITA!
grand betul, meriah dengan bunga-bunga fresh dari tak tau la.
Untuk persandingan ni, 1 je la gambanye sbb baju ku x lawa.


pokok pangkalnye, best pegi kenduri kahwin ni. Ak mmg suke pegi kenduri kendara ni. Mungkin sbb makanan nye sedap kut. huhuii, segan utk mngakuinya~
babai y'all tarra~


22 May 2010

sekali sekala men tag tag ni~ uhuii~

The rules : Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag :)


1. haih, esok balik. x mo. x mo!!!
2. dinner ni mkn bihun tom yam ah :)) yeaaa
3. teringin nk main badminton tym mlm2 dekat jalan raya~ hoho!!
4. ak pandai menilai perangai seseorg dan selalunye betul ape yg aku tekakan tu
5. kat mane ade bihun tom yam yg sedap kat jitra nih??
6. esok nk tempah baju kurung! yey yey!!
7. kesian aisyah, ak x bg hadiah besday untuk dy.. sabo laa nak
8. ak rase x bersedia langsung nk spm taon ni
9. rase cam x sesuai la umo ak 17 dgn kematangan otak ak nih!! ptotnye, umo ak 14-15 lagi nih!
10. cuti lagi 2 minggu!!! yehhhaaa!!!
11. solehah+warak=Afiqah Najwa
12. fakta; ak suke dok kedah<3
13. goal; 9a la beb. wut the fish punya soklan
14. habits; xde
15. twilight is a stupid movie
16. tak tau nk kate pe dah...
17. restoran bihun tom yam yg sedap kat alor setar ade la..
18. ape nak jd ngan kes buang bayi yg smakin menjadi-jadi nie!
19. nabilah nk buat kek batik dan nk bg budak2 kelas rase~ sediakan antibiotik everybody!!!
20. Happy mother's day
21. Baik+Berbudi=Stazel
22. jgn pinjam barang junior!
23. huih! habes ponn!!! ahahhaha lega~


nak tag pokon, azwa, tipah, nachos ngan aini kot! SAHUT CABARAN NI!! sekian..

25 April 2010

Membaca jambatan ilmu


My ultimate resolution when coming back from school is to buy a book. It all started when KD gave Fylar a Malay novel titled ‘Anugerah Cinta’ for her to borrow. Then it hit me, “Boy, I haven’t read a single book this year!” I wondered how am I going to improve my essay writing skills when I’m not even wrote nor read anything in English. Damn. I hope it’s not too late.

Today, I went to MPH Alamanda to grab a more-than-hundred-pages-book for me to read. So there I was, sitting, squatting and bending my vertebrae off in search of a nice book to read. The first book that caught my attention is ‘The Lightning Thief’. It is placed on top of the book shelf above Twilight. “I knew this story!” I shouted inside my head. It’s the movie! And it said there that the book is the New York Times #1 best-selling series. I grabbed it and took a peek inside the book. I think the book is okay since I don’t know how to judge the story besides judging its cover (by the way, the cover is appealing :D). Paid RM27.90 for the book, and went off to buy shoes (I mean heals) for mom.

Other books that caught my attention is Melissa Marr's, 'Wicked Lovely'. The story is about a normal teenage girl who can see, speak and listen to invisible fairies. Nightlight: A Parody is actually mimicking Twilight. People sure have a lot of time to write a book about Belle Goose and Edwart Mullen. Nightlight is kinda funny, and I would love to have it as a collection, but i think that it's a waste of money. Nah.

So for all the people out there, grab a book and read. Don’t be a lazy bum. Spm is just around the bush and will attack us horrendously if we did not prepare.

19 March 2010

klakaq~klakaq!! (<--kunun2nye loghat kedah la~~HOHO!!)



Lucu pertama: Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden. Sampai kat HKL dia tanya la sorang nurse kat situ...dalam loghat kelantan la.

"nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase"

Nurse tersebut dengan selamba jer jawab...

"wad kencing masam takde....wad kencing manis ader la"..


Lucu kedua:
Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke
shopping mall... Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung...

Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!

Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!"

Lucu ketiga:
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga
ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi
manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan
telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri
pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi
sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA LUCU BANGET DEH!!!!
"dah mcm x siuman dah", kutukku kepada diriku didalam hati,,
hasil nukilan ustaz_shaff@iluvislam <-jenguk2 rakan rakan!~~

17 March 2010

moh usha gamba!!

Assalamualaikum wbt readers2 sekalian!!!
entry kali ini memfokuskan ttg hidup seorg remaja comel namun tidaklah bergeliga mane otaknye yang menetap di sebuah sekolah berasrama.
Ayuh saksikan~!! (<-seperti ade yg x kena di situ!)
Hari hari kat Samura mmg aneh2 belaka.
tiba2 je ade cat dorm la~
tup tap, cat kelas la~
tup tap tup Le Tour De Langkawi~ (<-meskipong di Muar, gua kehairanan~)
tup tap tup tap ade sambutan maulud~ alhamdulillah!
mmg havoc sunggoh la senang cite!!

oleh itu, aku nk share siket gamba2 amateur yg tlh ditangkap oleh ku
harap maaf, post kali ini sgt simple dimple~ mls bnor ghasenye

Le Tour De Langkawi;

Photobucket
mase Le Tour De Langkawi, tgh menunggu untuk melambai-lambai~~


Photobucket
bukan sng dapat keluar dr sekolah!! take full advantage of it~!!


Photobucket
ini diaaaa~~ FUHHH laju beb, satu gamba je yg smpt disnap.. taddaaah:)


Cat Kelas;

Photobucket
dengan SEGALA KUDRAT YANG ADA ak berusaha mengecat kelas!!!cayalah Afiqah~!!HOHO!! huh~ boleh wat bisnes kecil-kecilan nih dengan pengalaman yang sedia ade!hui3~

Photobucket
huh! hari sabtuku dibazirkan dengan xtivi ini!!


Photobucket
di koridor 5 Dinamik afiqah>nabilah>syery>pani




photobucket ngan blogger nih,, dua2 buat hal! tomorrow sambunglah oney!!~ chao cin chao plus bandung ais satuu!!

16 March 2010

I Tag Pokon!!!!!! teruskan legasi ini wahai cucuku...

THREE NAMES I GO BY:
1) Najwa / Nya
sesape ade mslh kecacatan otot lidah mmg akn pnggil 'nya' walaupun dlm internet seperti IZZAH dan IFFAH! huahahahaha:p
jgn marah izzah dan Iffah:)
2) Afiqah - rakan-rakan
3) Stazel - Samurians

THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE:
1) Student sejati
2) Peniaga di sekitar Taman Suria - menjual gula-gula dan alat tulis kepada warga kanak-kanak lorong ts2/4
3) pembuat gelang dan rantai dgn bersumberkan benang dan manik
utk jiran sebelah rumah

THREE PLACES I HAVE LIVED:
1) Pulau Pinang - lahir situ lagi..aha aha~
2) Kedah yg so-so
3) Bandar Baru Bangi yg ku chenta
ada lagi seperti UK, Leeds dan Durham

THREE TV SHOWS THAT I CAN'T MISS:
1) al-kuliyah
2)Semanis Kurma
3) Mari Mengaji

THREE PLACES I HAVE BEEN:
1) United Kingdom
2) Thailand
3) Brunei

THREE PLACES I WANT TO GO:
1) Mecca
2) Korea
3) Japan

THREE OF MY FAVORITE FOODS:
1) Nasi Lemak
2) Nasi Kandar.. penang mari aha aha~
3) McDonalds - bukanlah bangunan tersebut!

D'THINGS I AM LOOKING FORWARD TO:
1) hanging out with my friends
2) shopping
3)holiday at overseas

PETS THAT YOU HAVE OWNED:
1) Ikan Laga - mati
2) ayam katek - mati
3) kucing - buang
rumusan: binatang tak kekal lama disamping aku~

THREE FAVORITE BANDS/SINGERS:
1) Big Bang
2) 2NE1
3) FT Island
hate indie~

THREE FAVORITE DRINKS:
1) nescafe ice
2) cendol
3) teh o ais
mari pakat2 belanja ak mai!!!~

21 February 2010

hari luar yg biasa~ YEDDAA!!!



(cehh,,saja lariskan blog dgn title camnih!)huaahuaaa

ak ni bukan cam pokon, suke tulih hari hari yg ak lalui..
sbb ak rase, hari yg ak lalui x ckup menarik ntuk didokumentasikan.
mungkin sbb ak x pndai nk bine2 ayat kot
tambah2 lagi dengan frasa2 berbunge lagi berpelangi-pelangi ni~~~
nk buat karangan pon belek buku contoh karangan karya Samian Sawiyo.
pe cer beb~ kate nk SPM~ huihuiii~!!!

ok la, sebelum ak balik kandang samura,
ak criter yeh!! (sedikit excited di situ!)

part 1: ak bangun nk smayang. time tuh pkul bape eh? agak nye kol 7 kot. ak pon cam nmpk x nmpk, mate pon digam dgn tahi mate. ak rase cam smpt lagi nih,, trus amek air smayang, solat! alhamdulillah :)
tp yg x bgusnye, ak tido afta dat!hahaa
!~~

part 2: ak bgn tp cam x bgn~ tetibe kat luar ak denga, e'eh suare mak cik fauziah! mmg kedtgnnye ak tahu, tp ak heran, kate die nk dtg pkul 9. ni pkul bape? rupe-rupenye ye kwn2, mase tuh dh pkul 11.30~

"hmm, mmg anak dara tak tahu malu!" (ak mencaci hine diri sendiri~!hoho! ak je boleh~ ) ak kluar bilik trus amek spaghetti
.. x lapar,, cume nafsu serakah mmg nk makan!haha!! x smpt jumpe pon mak cik fauziah~(mungkin sbb dy igt ak maseh tido kat bilik!hoho!!)

part 3: ade misi! kene cari sandal utk aisyah. dy punye sandal tercabut tapaknya. so pegi laa beli sbb ptg ni nk pegi smsah sbb nk anta sandal, makanan dan sebagainya! ak brtnye dgn cumelnye "mane destinasi kte nak beli kasut aisyah ni ma?" (<--kasut, sandal, air kosong, air masak~ bg ak x de bedanya~hoho!!~)
mak aku pon jwb dgn sopan santunnye "haihh, pegi bata la~". tp setau ak, tuh kasut ala2 nendy2 ngan atok2 gitu,,(huh, nendy?!) x pon yg mmg ntuk knk2 ribena. ak truskan bertnye,, "hoh! knape nk beli kat bata??".. pastu mama pon mule lah celotehnye bahawe kasut bata jauh lagi bermutu! ak ikotkan aje..

bile dah parking dgn bergayanye kat dpn c-mart, ktorg pon berjalan kaki tgh panas ke bata. Utk pengetahuan korg, kebykn saleswoman kat jitra ni ade 1 pesen sket, suke borak kuat2 pastu x lyn costumer.
kalau kat bangi mne ade budaya mcm ni. disbbkan dorg lyn x lyn dan sandal pon x byk pilihan, ktorg pon chiao dri situ~

part 4: ktorg pusing pusing pusing pusing, smpai la dpn jitra mall. tup tap tup tap (asal ak gune repitisi byk sgt nih??) pegi kat kedai SOGO~S! haha, ala2 Sogo gitu~ kat situ, kami beli sandal untuk aisyah! harganya RM20 shj. Dah alang2 kat situ, ktorg pon masuk aneka, beli makanan ntuk aisyah.

part 5: afta dat, kami gi makan kat yasmin ke yasmeen tah nasi kandark. fuhhh!! da bombayeh laa weh!! haha.. kari dy mmg terbaik dari kandang!!

part 6: balik rumah jap, tgk hindustan.lame sunggoh ak tgk hindustan~ tp minggu ni bukan cite lovestory, tp kes bunuh. bes jgak! tp x tau sape pembunuh dy sbb kol 4:45 pergi smsah! haisyy!!pnat ak meneka-neka sape antara mereka yg bunuh Sonia!! (nmpk sgt mendalami crite~hahaa). Lastly, jumpe aisyah kat sekolah.


photo credit: jennerally @ flickr
yg menjalankan tugas,
Stazel