05 September 2010

Edisi Pertama : Kad Raya


Aku igt lagi suatu ketika dulu aktiviti tulih kad raya ni sgt aktif dijalankan di rumah aku. Masa tu umur aku dlm lingkungan 8-9 taun jugak la. Buat pengetahuan anda tahun 2002 dan 2003 merupakan zaman kegemilangan kad raya! Buat pengetahuan anda la..

Kalau pergi kedai saja, pasti section kad raya yg ditelaah terlebih dahulu. Pilih kad raya ni bukan senang seh. Harus yg cantik tak terperi sahaja jd harganya pon boleh la blah (kad cantik=harga mahal). Gambar selain drpd gambar kartun seperti imej ketupat dan pelita disamping bunga ros yg jelas tidak masuk akal dan tiada kaitan dibuang atau diberi kepada rakan yg kurang rapat. Tetapi, menjadi masalah apabila membeli 10 keping kad, RM3.80 kerana kad2 sedemikian sudah dipaket elok2. Yg huduh belaka diletaknya di bahagian dalam antara 2 keping kad yang comel. Ya, aku byk kali sudah tertipu dengan taktik perniagaan kad raya. Namun, hal ini tidak sesekali melunturkan semangat nasionalisme aku untuk menghantar kad raya kepada sahabat handai serta sepupu sepapat.


Masa ni buku biodata memainkan peranan penting. Hal ini berikutan kerana alamat-alamat rakan sudah sedia tertulis di situ. Jadi tidak perlulah bertanya kepada mereka kerana mereka dapat mengagak jika bertanya alamat rumah shj, pasti bermakna kita ingin menghantar kad raya. Bijak sungguh mereka. Walaupun satu sekolah, aku lebih suka menggunakan khidmat Pos Malaysia. Mengapa? Aku juga tidak bisa menjawab soalan itu. Habit pelik yg melanda kanak2 comel agaknya, getusku di dalam hati. Kerana jika disebut kuat2 bakal menarik minat orang sekeliling membelasahku kerana cemburu yg mendalam:)

Selepas 4-5 hari aku hantar, balasan pon tiba. Ha! inilah masanya utk menunjuk-nunjukkan kesetiaan kawan2 aku dihadapan kakak serta adik. Mau jugak satu tahun tu aku terima dalam 16 keping kad raya! Itu dah kira kesetiaan mendalam yg x berbelah bagi dah tu.

Pernah juga satu tahun tu aku hantar kad raya buat Sultan Kedah dan Sultan Brunei. Mana tau tiba2 diundangnya memasuki istananya time open house atau paling cicit pon selit uang beberapa ratus. Namun, fantasi tinggal fantasi.

2 comments:

PIKON GHAZALI said...

nendy~!
gimana mahu buat itu kotak2 bwh post tu?

Stazel // Fieq said...

cinda~!
xtau la. bila nendy bukak blog je trus dy offer. nendy pon buat dan dan tu jugak.