Mungkin faktor usia kot. Aku dengar cerita, masa kita kanak-kanak dulu deria rasa kita lebih tajam/pekat/hebat (mana lagi sesuai?) sebab tu la ada makanan yang kita cukup benci. As we grow old, our sense of taste became less tajam/pekat/hebat. Secara logiknya, bila kita meningkat dewasa, mestilah kita dah kurang benci terhadap makanan yang kita benci dulu atas alasan iaitu deria kita dah makin kurang tajam/pekat/hebat lantas tak berapa nak rasa lah ketidak sedapan makanan tersebut lalu kita bedal je.
Dulu, antara benda yang aku paling benci mmg tahap benci nak mati macam kalau benda tu ade facebook aku dislike spam report flag teghuih ah ialah soya. Ewww. SOOYAAAAAA. Dah la diperbuat daripada kacang. Selalu pula aku dapat free. Tak guna! Kalau kat tadika minden dulu sikit-sikit birthday party je mesti bungkus air soya kotak. Tak pon, kalau lawatan ke hape cikgu mekgu mesti bagi air soya. Kadang-kadang kalau ada dua jenis air yang cikgu bagi, selalunya air teh bunga atau SOOYAAAAA aku pulun try dapatkan jugak air teh. Jangan harap aku nk minum air SOOYAAAAA. Kalau tak berjaya jugak, aku tukar dengan rakan-rakan sampai dapat tak pon bawak balik rumah kasi mak ayah. Settle
Tebu, cincau ngan air kelapa sama je. Aku tak suka. Tapi ni mungkin sebab aku tak kasi can kot nak rasa. Tebu pon dulu selalu dapat free. Bungek sungguh. HAHA
Ok cukup dengan air, makanan pula!
Yoghurt. Apa susu rasa masam berketul-ketul pula ni. Dahla kata rasa strawberry tapi tak manis! Kedekut piang ngat eh nak buh gula sikit. Kahkahkah. Aku tak suka yoghurt, minuman yoghurt, ice cream yoghurt dan apa2 je la pasal yoghurt. Rasa dia yang pelik membuatkan benda tu terbiar lama dalam mulut sebab aku terpikir nak buang nak telan nak buang nak telan. TELAANN.
Chikedees ni antara keropok yang aku tak suka jugak. Sejak bila rasa ayam macam tu? Pernah tak korang pikir? Kan kan! Aku terus tak lalu nak makan chikedees sebab aku pikir mesti dia tak taruk ayam seperti yang dia tulih kat pembalut tu “chicken flavoured snacks”. Palemu ayam rasa macam tu! Rasa msg ada la. Patut nya tulih jujur sikit “MSG flavoured snacks”.HAHA
Tapi sekarang ni semua tu dah jadi peberet kesayangan. Soya aku gagahkan minum sebab lapar malam2 lepas balik prep tak nak makan takut gemuk so ada air soya Kak Na je yang dijual. Aku pon mcm biasala, beli dan minum. Yoghurt pulak sebab aku nk tinggi.kehkehkeh. chikedees pulak sebab harga dia murah kat Giant. HAHAHA.
No comments:
Post a Comment