Aku nak buat review pasal scrubs ke?
Bukan Scrubs drama orang putih popular suatu ketika dahulu. Bukan!
Tapi scrub pencuci muka! YEDDAA!! Satu langkah ke arah kematangan usia!!! hoho
Bukan Scrubs drama orang putih popular suatu ketika dahulu. Bukan!
Tapi scrub pencuci muka! YEDDAA!! Satu langkah ke arah kematangan usia!!! hoho
Sejak bila pula aku mula berkecimpung dan berjinak-jinak dalam dunia kosmetik pula nih?
pasti aku telah membuatkan org tertanya tanya bukan? (ceh, blah la lu.loser)
alkisah bermula....
Pada suatu hari, sudah menjadi rutin harian bagi Flinzoe, seorang pengawas, tinggi lampai muka kecil pergi ke tandas setelah penuh semangat membaca Al-Mulk. Beliau suka ditemani. Bukan, bukan kerana takut tapi. Ye la. Aku pon tak tau nak sorok hakikat ni macam mana lagi. BAHAHAHA. Sambung2. Okehh. Peneman beliau yang setia lagi patuh ialah seorang handal dalam bermain botam, iaitu Fy-lar. Muka beliau iras-iras Lilo dalam siri Lilo & Stitch. Barangkali keturunan Hawaii dominant dalam DNA beliau, agaknya.
Selalunya, aku tak gemar turut serta dalam rombongan mereka ke tandas yang tepat bermula pada jam 11.40 malam. Indie la katakan. hoho. Dah la sesak. Sungguh tak menyenangkan! Tapi, hari ahad hari itu, aku pergi juga. Memang riuh suasana tandas. Singki-singki penuh dengan bakul bakul comel warna pastel yang tersusun rapi di tepi2 sinki. Kalau di usha setiap bakul tanpa rasa malu, huiiihh! Bedak sejuk, Fair and Lovely, Safi, Nivea dan jenama2 tempatan yg iklan liplap di tv dengan suara latar menggoda juga ada.
Ketika aku memberus gigi bersama Fy-lar, Flinzoe keluarkan produk pencuci muka yang jarang beliau gunakan.
"Aikk, apa tu? Nak!! NAK!!!!!" aku meminta bagai peminta sedekah tak makan 2 hari.
"Ambik la. Cuba try" Flinzoe membalas.
Setelah dilumur-lumur, aku sental2 biji2 apricott dalam scrub tersebut di sekitar wajah, kononnya lebih efisyen jika berbuat demikian. Fy-lar pon join sekali. Terasa liang roma bersih dan bernafas (ceh ayat mcm nak promote produk kecantikan yang ada mineral untuk kulit berseri je~)
"Nanti bila dah scrub, kulit rasa lembut gila. Fare pon try hari tuh" Flinzoe berkata panjang lebar, tapi hanya ini yang aku igt. HOHO.
Setelah puas tonyoh scrubs ke kulit wajah, step berikutnya iaitu rinse pon aku lakukan.
WAAAAHHHHH!!!!!! LEMBUTNYA!!!
jd kawan-kawan mari cuba scrubs. pakai 3 hari sekali ye!!
SELAMAT MENCUBA!
2 comments:
huihhh brand ni x elok lerr
dengo cte ade janin baby opera
tp pkai die mmg sdap
x taw le
euuu
nasib baik x beli yg ni
(lindungi Stazel, ya Allah!)hoho!!~
pokon, ko pon tgk ke baby opera??
Post a Comment