07 January 2012

Memang aku layan novel.

sekarang ni aku tengah ongoing satu novel. novel ape, nnt aku kabokan. novel yang berjaya aku habiskan tatkala pelajar lain sedang sibuk menelaah buku buku reference, terkedek kedek menyiapkan assignment serta berlari lari cucu mengarang lab report ialah buku hasil penulisan daripada Damya Hanna. yaaa nama yang sudah tidak asing lagi bagi kamu kamu yang gila novel bukan?

novel yang aku baca bertajuk Ternyata Cinta, hasil pinjaman daripada seorang teman yang namanya perlulah dirahsiakan demi keselamatan sejagat. dok ehh, nama dy ASMA, seorang ahli kongsi gelap kumpulan 11. jangan risau jangan gentar, kumpulan 11 ni harmless lagi priceless.. *wehhh aku start merapu!

sebelum aku kasi review, adalah wajar aku menceritekan sinopsis or in other words, jalan cerita novel ni. ia mengisahkan seorang gadis bernama Qasdina. Qasdina ni kerja dekat sebuah syarikat. bos dy baik. tetibe bos dy nak bagi anak lelaki dy pegang jawatan CEO (itu le orang kaye). mula-mula si Qasdina ni suka punyalah bukan main main. si Zariel,CEO baru tu dah la muda hensem kaya (cukup pakej umrah) tapi hati busuk. pastu setelah berlaku kejadian demi kejadian yang menimpa keluarga Qasdina, dan ada laa jugak tempias tempias dekat Zariel sikit, datang plak seorang lelaki yg bernama Iqram.

aku pon tak tau cerita ni nak membawa readers kemana kerana perkembangan novel ni sangatlah lembab macam nak tunggu slogan Kedah Maju 2010 terealisasi. sangat takde peristiwa yang sedih, menggelikan hati, marah dan lain lainnya jadi bisa aku simpulkan novel ini agak bosan.tapi kalau korang nak baca takde hal. apa salahnya baca daripada hang buat benda tak berfaedah seperti merokok dan sebagainya. okay jelas tiada kaitan.

ok sebelum mengakhiri majlis ini, mari lihat cover novel tersebut


yaaa inilah dia. foto siapa tidaklah aku ketahui, namun yang pasti bukan milik Asma ahli kongsi gelap kumpulan 11

2 comments:

PIKON GHAZALI said...

kite pun layan! ngehehe

Stazel // Fieq said...

dasar suka tiru org. hehehehehe~~

wehh pok!! kat sini kaaaan, ada sorg budak ni muka mcm kmu wehhhh!!siryess!!