King bersara hari ini. maklum laa umur dah meningkat. biase le tu. rasa sedih itu terbit juga, namun tidak lah sedih mana kerana jarang pun aku bersama dengannya. lainlah kalau kami selalu menghabiskan masa bersama sama seperti bermain golf pada waktu petang, belanja aiskrim rainbow, study di library serta makan di kafe.
Makanya dari jam 8 pagi, kami warga KMK duduk didalam dewan mahawangsa beramai ramai untuk sambutan majlis persaraan pengarah. kami sampai awal lah jugak tadi, lebih kurang dalam pukul 8.10, tp kami stand by kat belakang, bukan apa, niat nak bagi kawan kawan lain masuk dulu. kang diorg tak dapat tempat susah, kena duduk diluar dewan pula, paling cruel pon diminta balik ke bilik sebab tak cukup tempat. see, niat itu sangat mulia!! ngoh3 *padahal kami sgt mnginginkan begitu!
Namun apakan daya, bukan setakat disumbat masuk, malah dipaksa pula duduk dihadapan bersebelahan dengan lane lelaki. dah laa aku bawak buku tutor, baru ingat nak curi curi masa habiskan tutorial, tup tap ini yang jadi. makanya dari tadi aku hanya makan sambil enjoying the performance.
overall persembahan semua menarik. dari nasyid sampailaa ke gig sampailaaaa ke dikir barat. fuhh ape ape pon dikir barat memang the best all timer ah. semangat sungguh hangpa tadi! memang aku tak paham sepatah hare laa kan, tapi tapi tapi ia tetap best! *tambah tambah you yg duduk di barisan depan yg pakai baju kaler ___ tu. hahahahaha
eh apa aku nk cite tah?
okay sampai sini dulu. aku ada gambar nk buh, tapi bluetooth ni tak berfungsi lohhh. what a shame.
No comments:
Post a Comment