Childhood friend aku kehilangan seorang bapa beberapa hari lepas. aku tahu pun melalui kawan aku yang menghantar sms kepada aku pada hari jumaat lepas. aku berasa sangat sedih. sedih yang teramat sangat sampai aku tak boleh nak mengeluarkan kata kata takziah. jari aku tak mampu nak taip sms kepada dia apatah lagi hendak menelefon dan mendengar suara dia. sedangkan aku sendiri tak suka mendapat mesej mesej sedemikian, takkan aku nak hantar dekat kawan aku. ni semua masalah dalaman aku sahaja. tak semua rasa macam ni, dan aku cakap ni bukanlah untuk mewakilkan pihak tertentu.
Aku perlu masa untuk berfikir.
Apa tindakan aku yang sepatutnya?
No comments:
Post a Comment