28 January 2012

Mom

I know you wouldn't read this because you keep forgetting my blog address. however, i would like to say a few words before I'm off to matriks tomorrow. I hope you will stay healthy like this (or healthier, either way, its cool), I hope you'll meet great people in your life, I hope that rezeki mama dimurahkan, I hope that all your burdens will be lighter, I hope that you will be happy, I hope that you will never get tired or sad with life, I hope that all your dreams came true and I want you to know that I will always pray for the best for you.

and I hope that you will never feel lonely because Allah will always be with you. you just need to remember Him lebih daripada segala galanya.


haiyaah, I need to remember Allah lebih juga. rasa diri ni semakin lalai. pahal tah

25 January 2012

Of Central Market

aka Pasar Seni.

sejak aku berada di Matriks lagi, ibunda telah menyatakan hasrat untuk mengajak aku dan Ecoh pergi ke Central Market. tah demam ape laa mak aku tetibe nak ajak kami pergi sana. selama ni seboleh-bolehnya beribu alasan yang beliau bagi semata mata tak mau bawak kami ke area KL KL ni. antara alasan yang di salah gunakan ialah "uihh, jammed nanti kat kl tu. mama tau sangaaaat", "bahaya laa Najwa. Najwa tak dengar ke banyak kes kes penculikan, rompakan, kebakaran, banjir dan sebagainya disana? eih risiko sangat tuhhh","ate mama penat le ri ni", "apaa tak dengo, ulang?" dan sebagainya. yaaa i made that all up. but you get the idea right.

so last Sunday, mama decided to take all of us (me, ecoh and izzah) to Central Martket. she said that the stuff sold there are pretty and i would love it there. i am eager to find out what they got there. so we all bertolak pukul 11 pagi, after we had our breakfast. around 12.30 we arrived at the location
that's Ecoh, mama and Izzah

I had never been here, so you can expect how excited i am to be able to jejak my foot there. eventhough it was super mega hot, but i still feel enthusiastic.

i bought 2 RM2 gelang. warna coklat dengan maroon. bukan gelang sangat pon. tali je. alaa yang boleh adjust adjust tu. mama beli pashmina RM20. cantik jugak laa kaler merah merah camtu (aku kalau merah semua cantik). ecoh and izzah tak beli pape pon. makan je.

ce teke nama hidangan ini!!

muka aku nampak baik dalam foto ni,rasa bangga kerana mampu menipu orang lain dengan wajah sok suci kek gini. HAHAHAHHAHA

lepas tu kami pon melilo cari tempat nak solat. rupe rupenya dekat bahagian atas sekali. roof top weyh! fuhh boleh shooting music video kat atas tuh. after that we head to KLCC where aisyah bought a shirt. i got myself a few alat tulis dengan menggunakan vauca.

cakap pasal voucher ni, masih ada RM100 dalam genggaman yang masih suci tidak diguna pakai lagi. nak belanja kearah apa ye? payah bnor duit banyak. duit banyak susah, duit sikit pon susah.

hangpa dah dengar belom lagu yuna ni?

Kopi facts

found this video while i was lurking around youtube. gives me another 1000 reasons why i should drink it. thanks to CGPGrey! thank you pal <3

20 January 2012

Journey 2: The Mysterious Island


itu lah cerita yang aku tengok tadi dengan Izzah dan Aisyah. Cerita ni dipilih kerana ketidakhadiran cerita cerita menarik selain daripada ini. yang ada kebanyakkannya movie cantonese yang tiba tiba banyak yang ditayangkan dek kerana musim tahun baru cina ni.

Pada awalnya, aku tak tau pon sapa yang berlakon cerita tu. selalunya sebelum memilih filem yang mahu ditonton aku akan mengkaji dahulu sinopsis serta barisan pelakonnya, bukan apa, bio le tak mengeluh panjang lepas keluar daripada wayang akibat rasa kerugian yang teramat sangat. tapi hari ni, aku tak buat macam tu. pergi je la jah~

Kami pon pi laa alamanda, yakni sumber enterteymen terdekat. pukul 4.30 cerita pon bermula. first2 aku rasa cerita ni best. lawak. memang gelak tak hengat laa kan, tup tap keluar vannessa hudgens. terkejut aku~ ala ala mini heart attack. kalau laa aku tau dy heroin, memang aku tak tengok dah cerita tu. nak cerita kenapa aku tak suka dy rasanya tak perlu laa kot kan. nak taip pon malas. hahahahahahahhaa *malas thp kronik


hangpa jangan laa tanya, Journey 1 pernah keluo ke, sbb aku pon tak tahuuuu

Cerita ni mengisahkan Sean, dapat signal code yang bgtau kewujudan sebuah pulau mysterious yang dy pernah baca dalam buku buku cerita. dy tekad nak pergi sebab dy yakin atuk dy yang dah lama hilang yang hantar signal tu. Sean dgn Hank (the rock), ayah tiri dy pergi la dekat pulau tu. dari situ laa start pengembaraan diorang.

tapi masa tengah tunggu cerita ni start, kan ada iklan iklan yang dy paparkan nak bgtau movies apa yang nak keluar in the future kan, aku tengok satu trailer ni macam best gila je. nak tengoooookkkkkkk!! nak nok!!


kan macam best kan. ayuh angguk tanda setuju!

17 January 2012

Losing

Losing someone we love. and in this case i would like to focus on family.

Childhood friend aku kehilangan seorang bapa beberapa hari lepas. aku tahu pun melalui kawan aku yang menghantar sms kepada aku pada hari jumaat lepas. aku berasa sangat sedih. sedih yang teramat sangat sampai aku tak boleh nak mengeluarkan kata kata takziah. jari aku tak mampu nak taip sms kepada dia apatah lagi hendak menelefon dan mendengar suara dia. sedangkan aku sendiri tak suka mendapat mesej mesej sedemikian, takkan aku nak hantar dekat kawan aku. ni semua masalah dalaman aku sahaja. tak semua rasa macam ni, dan aku cakap ni bukanlah untuk mewakilkan pihak tertentu.

Aku perlu masa untuk berfikir.

Apa tindakan aku yang sepatutnya?

11 January 2012

Vauca

voucher. aku nak type voucher tadi. oh ya, sekarang ni bebudak ipt dapat voucher bernilai RM200. bukan voucher dari farmasi guardian mahupun voucher kedai runcit ajisman. tapi voucher untuk pembelian alat alat tulis serta buku buku. RM200 yang diberikan kepada pelajar pelajar ini adalah usaha murni PM ke'sayang'an kita Dato' Seri 1Najib. yaaa mmg sekarang trend ke apa tah, suma pakat duk buh 1 depan nama Najib tuh. aku ni tau apa, tiru je lah. hhahahaha.

setakat mana tadi? oh yaa ampuan aku kepada PM kita tadi. RM200 tu besar nilainya, aku pasti akan menghabiskan kesemua duit tersebut sebelum bulan april ini kerana selepas pada tarikh itu keistimewaan itu akan ditarik balik! aku dah siap set dah dalam minda aku ni apa yang aku nak campak masuk dalam bakul di kedai buku. antara yang sempat aku fikirkan buat masa sekarang ialah :

  • novel!!! ahahahahah bahagiaaaaaaa
  • file warna warni
  • pen warna warni
  • buku rujukan chemistry
  • pencil box
  • english novel
  • pen mahal yang jenis nak sign cheque tu sekotak
  • pencil tic tic warna sakit mata
  • komik
  • pencil colour
ceihh setelah di listkan macam ni, sikit je barang yang aku nak beli. tak banyak mana pon. aku budget ni mesti RM100 dah habis. habistu lagi serat nak buat apa plak dah? adakah dengan membeli Reader's Digest? agaknya kalau langgan dia terima ke tak kupon aku tu


nota: penulis sedang tersenyum lebar tatkala menyenaraikan barang yg ingin dibeli beliau :DD

10 January 2012

Diari hari ni

jamuan nk pindah. that's my sister and mum.

Dear diary, today the weather was quite gloomy and my scarf doesn't shaped well. my starch that i sprayed earlier on had been hydrolysed due to the humid weather this morning... i looked terrible..
hamboi, bajet nk ckp omputih kau Senah

aku ni kan, mungkin kurang hormon kot. ke pintu hati tak terbuka pon boleh jadi kebarangkalian juga. cerita nya begini, sekarang ni kawan kawan semua semangat dan ceria ke class. manakan tidak, mereka punya orang yang mereka suka. yakni orang yang mereka admire secara senyap senyap dan tak ketinggalan secara terang terangan juga ada.

sungguh aku cemburu. (uweyhh awat ayat aku skema ni!!)
ye laa, time aku berjalan jalan bersama mereka, contohnya ke koperasi, tiba tiba rezeki tuhan nak bagi, terserempak dengan sang arjuna pujaan hati (okay tak boleh blah). excited bukan kepalang lagi mereka. aku hanya tersenyum comel. untunglaaa <- getusku dalam hati HAHAHAHAH

sem 2 ni, aku lagi laa malas nak bersiap lawa lawa pergi kuliah. mungkin perkataan lawa tu patut ditukar kepada kemas kot? let me rephrase it. sem 2 ni, aku lagi laa malas nak bersiap kemas kemas pergi kuliah. tudung tak jadi sebab tak iron, baju tak iron, tudung bawal hitam memanjang. pashmina aku buat alas kerusi dah sekarang, malas benor ghasenye nak bersiap sakan. itu lah yg terjadi sekiranya tiada pendorong untuk ke kelas. sobs.

kadang kadang tu, aku bajet lah jugak kengkonon suka dekat tah mana mana budak tah. saja nak join the group tapi dalam hati tak heran pon kat laki tu. haha. nak pupuk perasaan tu pon tak boleh. mungkin Allah sedang melindungi hati aku kot. Alhamdulillah...


08 January 2012

Raja yang berlalu pergi

Raja yang berlalu pergi. title dah macam buku bedtime stories dah aku dengar. Raja tu nama pengarah KMK ni. Tuan Haji Raja Sulaiman namanya. kami panggil beliau King. not King Kong, not Vikingdom arahan KRU, and not Dairy King. just almighty king.

amukan rasukan ablasa!!!

King bersara hari ini. maklum laa umur dah meningkat. biase le tu. rasa sedih itu terbit juga, namun tidak lah sedih mana kerana jarang pun aku bersama dengannya. lainlah kalau kami selalu menghabiskan masa bersama sama seperti bermain golf pada waktu petang, belanja aiskrim rainbow, study di library serta makan di kafe.

king and I


Makanya dari jam 8 pagi, kami warga KMK duduk didalam dewan mahawangsa beramai ramai untuk sambutan majlis persaraan pengarah. kami sampai awal lah jugak tadi, lebih kurang dalam pukul 8.10, tp kami stand by kat belakang, bukan apa, niat nak bagi kawan kawan lain masuk dulu. kang diorg tak dapat tempat susah, kena duduk diluar dewan pula, paling cruel pon diminta balik ke bilik sebab tak cukup tempat. see, niat itu sangat mulia!! ngoh3 *padahal kami sgt mnginginkan begitu!

Namun apakan daya, bukan setakat disumbat masuk, malah dipaksa pula duduk dihadapan bersebelahan dengan lane lelaki. dah laa aku bawak buku tutor, baru ingat nak curi curi masa habiskan tutorial, tup tap ini yang jadi. makanya dari tadi aku hanya makan sambil enjoying the performance.

overall persembahan semua menarik. dari nasyid sampailaa ke gig sampailaaaa ke dikir barat. fuhh ape ape pon dikir barat memang the best all timer ah. semangat sungguh hangpa tadi! memang aku tak paham sepatah hare laa kan, tapi tapi tapi ia tetap best! *tambah tambah you yg duduk di barisan depan yg pakai baju kaler ___ tu. hahahahaha

eh apa aku nk cite tah?

okay sampai sini dulu. aku ada gambar nk buh, tapi bluetooth ni tak berfungsi lohhh. what a shame.

07 January 2012

Memang aku layan novel.

sekarang ni aku tengah ongoing satu novel. novel ape, nnt aku kabokan. novel yang berjaya aku habiskan tatkala pelajar lain sedang sibuk menelaah buku buku reference, terkedek kedek menyiapkan assignment serta berlari lari cucu mengarang lab report ialah buku hasil penulisan daripada Damya Hanna. yaaa nama yang sudah tidak asing lagi bagi kamu kamu yang gila novel bukan?

novel yang aku baca bertajuk Ternyata Cinta, hasil pinjaman daripada seorang teman yang namanya perlulah dirahsiakan demi keselamatan sejagat. dok ehh, nama dy ASMA, seorang ahli kongsi gelap kumpulan 11. jangan risau jangan gentar, kumpulan 11 ni harmless lagi priceless.. *wehhh aku start merapu!

sebelum aku kasi review, adalah wajar aku menceritekan sinopsis or in other words, jalan cerita novel ni. ia mengisahkan seorang gadis bernama Qasdina. Qasdina ni kerja dekat sebuah syarikat. bos dy baik. tetibe bos dy nak bagi anak lelaki dy pegang jawatan CEO (itu le orang kaye). mula-mula si Qasdina ni suka punyalah bukan main main. si Zariel,CEO baru tu dah la muda hensem kaya (cukup pakej umrah) tapi hati busuk. pastu setelah berlaku kejadian demi kejadian yang menimpa keluarga Qasdina, dan ada laa jugak tempias tempias dekat Zariel sikit, datang plak seorang lelaki yg bernama Iqram.

aku pon tak tau cerita ni nak membawa readers kemana kerana perkembangan novel ni sangatlah lembab macam nak tunggu slogan Kedah Maju 2010 terealisasi. sangat takde peristiwa yang sedih, menggelikan hati, marah dan lain lainnya jadi bisa aku simpulkan novel ini agak bosan.tapi kalau korang nak baca takde hal. apa salahnya baca daripada hang buat benda tak berfaedah seperti merokok dan sebagainya. okay jelas tiada kaitan.

ok sebelum mengakhiri majlis ini, mari lihat cover novel tersebut


yaaa inilah dia. foto siapa tidaklah aku ketahui, namun yang pasti bukan milik Asma ahli kongsi gelap kumpulan 11