Hari khamis tempohari sepatutnya hari libur untuk aku selaku tahun kedua. tapi disebabkan ada nya program buat subjek BHP, maka kami semua diwajibkan untuk turun padang ke...
Mula mulanya kitorang ingatkan salon. but no, we went to a special school. sekolah luar biasa nama dy. tudiaa aih. sebenarnya sekolah ni menempatkan kanak kanak and remaja yang ada masalah perkembangan seperti mental retardation, cerebral palsy, autism dan lain lain.
I went there expecting nothing. neither was I feel excited nor burdened. i went there heartlessly. entah lah, aku pon tak tahu why. what is wrong wif meee!
Sekolah Luar Biasa tu terletak di bandung. cantik sekolahnya kalau nak dikomper kan dengan sekolah di jatinangor yang aku pergi untuk jatinangor cohort tempohari. nampak macam sekolah kaya gituww. aku fikir mesti kebanyakan mereka ini adalah anak kepada orang kaya. tapi sampai kesudah pun aku tak tahu andaian itu betul atau tidak. haha gaye macam dah solvekn misteri bukan?
Bila difikirkan balik, sekolah ni pastinya menerima kunjungan dari ramai pihak, jadi sumbangan mestilah dihulurkan setiap kali deme datang ye dak. so itu mungkin merupakan salah satu sumber ekonomi sekolah tersebut. I forgot to mention, this school also sells plushies and teddies that the students made by their own. i bought myself a penguin keychain basically because i only brought 10 thousands with me that time, and 5 thousands I had use to buy myself chocolate milk.
Di sana aku masuk ke setiap kelas. setiap kelas untuk subjek tertentu. contohnya keterampilan diri, bahasa, ilmu alam, mathematics and the list goes on.
Apa yang memfacinates kan aku ialah cikgu cikgu sekolah tu. ada seorang cikgu ni, dy ditugaskan untuk jaga kelas untuk kanak kanak yang mental retarded kot. tak ingat sangat. tapi kanak kanak tu hyper2 belaka. tapi cikgu ni sneyum je, sabar sungguh. semoga Allah membalas kebaikan nya.
Aku terfikir, macam mana beliau boleh sesabar itu. melayan kan sahaja kerenah budak budak tu. budak yang hyper tu tak kurang hebatnya, baling mainan sana sini, takut juga aku pada mulanya. hehe.
Cikgu cikgu lain pon tak kurang berperanan macam mak and ayah. sangat sabar. bab bab sabar ni aku respek sikit sebab aku ni bukanlah penyabar orangnya. kalau kome mengenali aku, pasti kome tahu fakta itu.
Setelah mengobservasi anak luar biasa pula timbul semacam rasa syukur kerana aku dilahirkan sihat mental dan fizikal. memang klishe kan, tapi itulah hakikat. kalau Allah jadikan kelainan pada apa apa part of dna ke, otak ke efeknya memang dapat dilihatlah seperti anak2 luar biasa tu. kadang kadang benda kecil macam enzyme deficiency, cell cell neuron tak normal, benda yang kita tak boleh nak compare pon kalau dilihat dengan mata kasar, tapi punya efek besar yang boleh mengubah hidup.
Ibu bapa kepada anak luar biasa ni pun tak kurang hebatnya. Allah SWT turunkan ujian sesuai dengan tahapan orang tu. terbuktilah disini yang the parents have an amazing patience and that is why Allah tested them with these special, gifted children.
The children are amazing. they seemed so happy and they laugh a lot too. bila kitorang masuk je dalam ruangan tu, deme dah pun menghulurkan tangan nak salam. they are so nice. ada yang malu malu kucing. kalau yang perempuan, bila nampak budak laki kitorg terus excited, yang laki pon sama. cikgu tu kata, dorang pon ada phase admire admire macam remaja lain. ada yang suapkan nasi goreng dekat kawan, tolakkan wheelchair kawan, main games dekat tab sama sama. perghh aku pon tak de buat itu semua. salute. i hope they are treated well throughout their lives because they are good people. cuma keupayaan je yang membezakan kita.
Ada satu kelas tu, dalamnya bukan kanak2 disabled, tapi orang dewasa. macam 20 lebih gitu. cikgu sekolah tu kata dy tu sebenarnya putera mana tah. sepatutnya dy la yang naik takhta nanti, tapi sebab keadaan dy macam tu, putera tu tak naik takhta, adik dy yang dapat. putera tu senyum je as if dy faham perbualan kitorang, tapi cikgu tu kata dy tak faham pon. putera tu suka datang sini even dah nak dekat 30 an dah usia. sebab kalau dekat rumah pun dy tak buat pape. so lebih baik dy bersosial dan beraktiviti dekat sini. Amna tanya macam mana penerimaan mak putera tu bila dapat anak cacat, cikgu tu kata ibu dy macam tak berapa fokus dengan putera ni which i found a bit sad.
Lepas melawat, ada majlis penutup sekejap and we olls pon balik.
If we think we are perfect, remember, they are perfect too. Allah's creations is perfect just the way He wants it to be.
Oh lupa nak bagitau, gambar dengan anak anak luar biasa ni takde. sebab tak boleh keluarkan gadget dekat sekolah tu, takut dorang distracted. so ada gambar dekat luar sekolah je :)
No comments:
Post a Comment