that's my bed. yang tengah nak pakai stokin tu flinzoe
kat mana tah cerita haritu tergantung? last sekali aku cakap yang aku takut kena kidnap tu kan? haha. (malas nk baca balik, so aku assume yg tu la noh) wokey, so aku pon bawak laa handphone pergi sekolah.
Selaku budak baik, hati aku rasa tak aman bawak phone. aku bukan nya menggunakan nya pon. jujur ku katakan! aku hanya guna ketika berada di dalam bas sahaja, melaporkan setiap selang 3 jam lokasi di mana aku berada kepada mama. lepaih tu haram tak guna phone ponnn.
Selang dua hari, aku rasa terbeban nak simpan fon ni. ye laa maunya ada buat spotcek, kena rampas dengan Cg. Azman pula. kalau rampas sekejap itu takpe lagi, aku memang tak mau simpan fon tu pon, maunya dicurik oleh orang yang berhasad dengki akan kecantikan aku ni (tak de kaitan!) jadi lebih baik warden pegangkan. tapi Cg Azman ni jenis tak bagi balik sampai hujung tahun. tak boleh la begitu.
Roomate aku cadangkan bagi dekat Miss Hida. guru kelas kami. aku pula rasa macam takut pula. ye laa kalau nanti dia kata kenapa hari ketiga baru nak bagi sedangkan dah lama balik SAMURA? aku jadi keliru nak bagi ke idok. kekeliruan berpanjangan, last2 aku tak bagi haha.
sebab takut dekat dorm dibuat spotcek time kami kat kelas, aku pon bawakla fon pegi kelas tiap hari. terserlah kebijaksanaan kan?? ptuihh
suatu malam jumaat, kami kena turun solat di surau. aku pon bersiap siap lah seawal 7 malam bersama rakan rakan yang boleh solat. yang tak boleh solat boleh lepak dekat dorm dengan santainya. selalunya solat akan habis sebelum 10 malam sebab lepas tu kena pergi DM. aku pon dengan rasa senang hatinya turun ke surau tanpa rasa waspada. phone aku biarkan didalam beg beserta charger sekali. beg pula aku letak di atas meja dorm yakni di tengah tengah bilik. terserlah kebijaksanaan buat kali kedua!
setelah solat dengan khusyuk dan bersungguh sungguh, berwirid dan berzikir sambil menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan (ekzajerit sikit ya hehe) dan diikuti dengan bacaan yassin, kami pon siap ingin bergerak ke dorm semula untuk tukar tudung. selangkah masuk ke pagar, aura rasa lain dari kebiasaan. budak budak yang tak boleh solat rupanya kena berkumpul di bilik rehat. aku fikir, mungkin usrah panjang kot. aku pon nak naik laa bilik.
baru nak naik tangga, baru aku nampak tangga dah kena pagar! woishh apaan ini? aku buat tenang dan tanya orang lain. ternyata ada spotcek sdg dijalankan. hang rasa apa perasaan aku ketika itu?
Tak lama lepas tu, pagar tadi dibuka dan aku sambil buat tenang macam tadi naik tangga perlahan lahan. masuk dalam bilik pon tenang. pergi ke arah meja dengan tenang. selongkar beg dengan tenang...
aku senyum.
YAAA SELAMAT! nasib baik fon masih ada dalam beg walaupun charger nya nampak terkeluar dari zip beg. aku kira, mesti yang spotcek tu kawan aku kot. tu yang boleh terlepas tuuu!
lepas insiden tu, aku terus simpan fon dalam kotak kek swis roll. tu je tempat yang aku boleh fikirkan dan aku rasa paling selamat. hahahahahhahaha bengong juga aku dulu :) lepas tu juga, setiap kali solat dekat masjid aku terus kunci loker sebab sebelum ni memang aku suka loker aku ternganga. untuk pengudaraan~
yuhhiee dan shyries dengan aktiviti haram mereka di dorm HAHAHA PADAN MUKA KANTOII
pesanan penaja : kalau jadi baik sangat dekat sekolah tak thrill la hidup. :D