17 July 2010

Scrub

Aku nak buat review pasal scrubs ke?
Bukan Scrubs drama orang putih popular suatu ketika dahulu. Bukan!
Tapi scrub pencuci muka! YEDDAA!! Satu langkah ke arah kematangan usia!!! hoho

Sejak bila pula aku mula berkecimpung dan berjinak-jinak dalam dunia kosmetik pula nih?
pasti aku telah membuatkan org tertanya tanya bukan? (ceh, blah la lu.loser)

alkisah bermula....

Pada suatu hari, sudah menjadi rutin harian bagi Flinzoe, seorang pengawas, tinggi lampai muka kecil pergi ke tandas setelah penuh semangat membaca Al-Mulk. Beliau suka ditemani. Bukan, bukan kerana takut tapi. Ye la.
Aku pon tak tau nak sorok hakikat ni macam mana lagi. BAHAHAHA. Sambung2. Okehh. Peneman beliau yang setia lagi patuh ialah seorang handal dalam bermain botam, iaitu Fy-lar. Muka beliau iras-iras Lilo dalam siri Lilo & Stitch. Barangkali keturunan Hawaii dominant dalam DNA beliau, agaknya.

Selalunya, aku tak gemar turut serta dalam rombongan mereka ke tandas yang tepat bermula pada jam 11.40 malam. Indie la katakan. hoho. Dah la sesak. Sungguh tak menyenangkan! Tapi, hari ahad hari itu, aku pergi juga. Memang riuh suasana tandas. Singki-singki penuh dengan bakul bakul comel warna pastel yang tersusun rapi di tepi2 sinki. Kalau di usha setiap bakul tanpa rasa malu, huiiihh! Bedak sejuk, Fair and Lovely, Safi, Nivea dan jenama2 tempatan yg iklan liplap di tv dengan suara latar menggoda juga ada.

Ketika aku memberus gigi bersama Fy-lar, Flinzoe keluarkan produk pencuci muka yang jarang beliau gunakan.

"Aikk, apa tu? Nak!! NAK!!!!!" aku meminta bagai peminta sedekah tak makan 2 hari.

"Ambik la. Cuba try" Flinzoe membalas.

Setelah dilumur-lumur, aku sental2 biji2 apricott dalam scrub tersebut di sekitar wajah, kononnya lebih efisyen jika berbuat demikian. Fy-lar pon join sekali. Terasa liang roma bersih dan bernafas (ceh ayat mcm nak promote produk kecantikan yang ada mineral untuk kulit berseri je~)

"Nanti bila dah scrub, kulit rasa lembut gila. Fare pon try hari tuh" Flinzoe berkata panjang lebar, tapi hanya ini yang aku igt. HOHO.

Setelah puas tonyoh scrubs ke kulit wajah, step berikutnya iaitu rinse pon aku lakukan.

WAAAAHHHHH!!!!!! LEMBUTNYA!!!
jd kawan-kawan mari cuba scrubs. pakai 3 hari sekali ye!!



SELAMAT MENCUBA!

10 June 2010

Ruangan masak-masak

oh! Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, (amboi berjela nk menaipnye!)
kepada para pembaca blog ku yang ku kasehi sekalian,
hari ini ingiiiin sekali, Ma'am Besar (gelaran buat diri sendiri hoho!) berkongsi bersama ye, sejenis masakan resepi turun temurun ye, oleh keluarga Tok Samad (tipu) iaitu Jejari Ayam Hot & Spicy. Bukan jari yg melekat kat kaki ayam tu! BUKAN! jgn pikir melalut-lalut pula. Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ter'latest', mengatakan jejari ayam itu boleh juga disebut sebagai Nugget~ (huiih, x ke senang cerita dari awal)

procedure;
1. keluarkan 1 beg Jejari Ayam Ayamas

2.kalau anda baru membelinya dan tidak pernah menggorengnya lagi, gunting beg tersebut dibahagian atas. ATAS ye. ATAS (penekanan perkara yang tak patut :D )

3.dan kalau anda x basuh lagi kuali, ambil sedikit masa dan basuh lah dengan pencuci pinggan mangkuk Sunlight seperti Ma'am Besar tadi! huhuii!!~

4.kemudian letak kuali di atas dapur dan masukkan minyak untuk dipanaskan (tips; pastikan kuali benar-benar kering agar x berlaku letupan bak bom ketika zaman penjajahan jepun)

5.sebaik sahaja panas minyak, masukkanlah Jejari Ayam Ayamas ke dalam minyak tersebut sepantas yang boleh dan larikan diri daripada percikan percikan minyak

6.bila dah agak agak macam reda percikan tu, boleh la kalih kalih kan nugget tersebut dan angkat untuk dihidangkan! Wallaaa.

step 5

step 5 juga :))

hasil seni yang tiada tolok bandingnya! siap untuk dijamah~~

Hoh! hebat sungguh penerangan ak. detail beb~ kagum kagum. . .

09 June 2010

Pasar malam, ini dia Stazel datanggg!

kami semua tgh bersiap sedia nak pergi pasar malam ni!
kenapa seperti satu keriuhan untk pergi ke pasar malam?
sebab ni la pasar malam first yg ak pergi tahun ni~
sedih weh, sedih!!!
as for kakak, kat indon mungkin dy x pergi pasar malam kot? or maybe kat sane x de (?)
wallahualam
huii~ pasaar malamm~ pasaar malamm~
yihhaaa makan! makan! (sambil menghentak meja)

beberapa jam kemudian; yeddaa
semangat meng'unpacked makanan huhuii :D

wahhh!! Menggugat keimanan~ harganya RM2.00 shj



lorh, kok terbalik fotonya!! ARGHH! lantakla~ Oblong ayam RM 3.00

Sebenarnya banyak lagi makanan yg kami beli seperti nasi kerabu, nasi ayam masak merah, keropok lekor (habis dlm perjalanan), sosej bbq (habis dlm perjalanan), ice blended chocolate (habis dlm perjalanan) ya allah!! nggak normal!! kejap2~ ade lagi nih, air soya, yong tau fu. ha! tu dia kawan kawan. mengalahkan berbuka puasa. haha:D

08 June 2010

hello baby

tadi tgh tgk cite Hello Baby with SHINee. hoho. comelnya si Taemin~ hoho

okeh, meh dengaq stori mori!
hari jumaat minggu lepas, ak sampai dari Muar ke Shahab(?) Perdana, Alor Setar.
Pukul 7.00 pagi gitu. Dalam pukul 2-3 bertolak pergi Klang pulak untuk menghadiri majlis pernikahan dan persandingan Kak Nana.
"Jadi ape motifnye Najwa balik Kedah terlebih dahulu?" pakcik ku bertanya. "Kenapa tak naik bas terus gi KL dari Muar?" dia bertanya lagi.
Jwb ku dengan ringkas dan pendek, "Sajaaaa..HAHAHA"
perabih duit sungguh!

kat sana ktorg reunite la dengan kakak, Izzah, makngah and family kat rumah kak akmal.
Tido satu malam kat Klang, 1 malam kat Kajang, 1 malam kat Hotel Awani, Bangi.

pernikahan;


huihh, comey:D



amboi kaki silang-silang lagi:)

persandingan
huihh, macam tgk segment perkahwinan dalam majalah WANITA!
grand betul, meriah dengan bunga-bunga fresh dari tak tau la.
Untuk persandingan ni, 1 je la gambanye sbb baju ku x lawa.


pokok pangkalnye, best pegi kenduri kahwin ni. Ak mmg suke pegi kenduri kendara ni. Mungkin sbb makanan nye sedap kut. huhuii, segan utk mngakuinya~
babai y'all tarra~


22 May 2010

sekali sekala men tag tag ni~ uhuii~

The rules : Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag :)


1. haih, esok balik. x mo. x mo!!!
2. dinner ni mkn bihun tom yam ah :)) yeaaa
3. teringin nk main badminton tym mlm2 dekat jalan raya~ hoho!!
4. ak pandai menilai perangai seseorg dan selalunye betul ape yg aku tekakan tu
5. kat mane ade bihun tom yam yg sedap kat jitra nih??
6. esok nk tempah baju kurung! yey yey!!
7. kesian aisyah, ak x bg hadiah besday untuk dy.. sabo laa nak
8. ak rase x bersedia langsung nk spm taon ni
9. rase cam x sesuai la umo ak 17 dgn kematangan otak ak nih!! ptotnye, umo ak 14-15 lagi nih!
10. cuti lagi 2 minggu!!! yehhhaaa!!!
11. solehah+warak=Afiqah Najwa
12. fakta; ak suke dok kedah<3
13. goal; 9a la beb. wut the fish punya soklan
14. habits; xde
15. twilight is a stupid movie
16. tak tau nk kate pe dah...
17. restoran bihun tom yam yg sedap kat alor setar ade la..
18. ape nak jd ngan kes buang bayi yg smakin menjadi-jadi nie!
19. nabilah nk buat kek batik dan nk bg budak2 kelas rase~ sediakan antibiotik everybody!!!
20. Happy mother's day
21. Baik+Berbudi=Stazel
22. jgn pinjam barang junior!
23. huih! habes ponn!!! ahahhaha lega~


nak tag pokon, azwa, tipah, nachos ngan aini kot! SAHUT CABARAN NI!! sekian..